*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Kelancaran mulut pihak-pihak berkenaan mengulang-ungkit kisah memali, dan 
terus-terusan menuduh al-syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya 
sebagai penganut ajaran sesat menyebabkan nostalgia Memali tanpa diundang 
kembali menerjah ke dalam kotak pemikiran kita. Tanpa mereka sedar, mereka 
telah membuat kesilapan yang besar; kerana sesungguhnya, bagi majoriti 
generasi muda yang berjiwa Islam di Malaysia hari ini, tragedi Memali bukan 
sekadar satu sejarah, tetapi sebenarnya lebih besar dari itu.

MEMALI BAGI MEREKA ADALAH SATU LEGENDA; GUGURNYA SYUHADA DI MEMALI TELAH
MEMBANGKITKAN JIWA-JIWA SYAHID DI KALANGAN MEREKA. SESUNGGUHNYA, BAGI 
ANAK-ANAK MUDA INI, YG MAJORITINYA MASIH ANAK-ANAK KECIL KETIKA TRAGEDI MEMALI 
BERLAKU, PARA SYUHADA YANG GUGUR DI MEMALI ADALAH MERUPAKAN IDOLA-IDOLA PUJAAN 
MEREKA!!

Mana mungkin puak-puak sekular membenamkan rasa hormat anak-anak muda ini 
kepada para "Awallun" (perintis) itu, hanya dengan sekadar mengatakan Ustaz 
Ibrahim Libya dan anak-anak buahnya di Memali adalah penganut ajaran sesat dan 
menyesatkan; sedangkan dalam masa yang sama mereka yang menuduh sesat kpd
pejuang Memali ini masih terus-terusan menghina Islam secara terbuka [rujuk 
kes Gillette vs Janggut nabi, kes Mufti vs Ratu Cantik dan kes JAIS vs Peminum 
Arak.

Untuk itu, sebagai satu kenangan, dipaparkan di sini satu nostalgia dari 
ribuan kisah Memali yang saya terjumpa di sebuah journal peribadi seorang 
sahabat.

Sama-samalah kita hayati kisah ini, moga ada manafaatnya.

Wassalam.

=============================================================================


KISAH MEMALI - Part 1

Assalamualaikum,

Tanggal 19 November 1998 lalu, genaplah 13 tahun tragedi Memali berlaku. 
Rasanya, ramai di antara sahabat-sahabat sekalian yang masih di bangku sekolah 
atau baru saja melangkah ke alam pekerjaan ketika tragedi tersebut berlaku. 
Kerana ianya adalah satu tragedi yang penuh dengan pengajaran dan
sesetengahnya masih menjadi misteri, maka ada baiknya diceritakan semula di 
sini untuk tatapan bersama.

Hujung minggu lalu, saya ke Baling untuk mengesahkan semula cerita-cerita yang 
pernah saya dengar sekitar tahun 1985 dan awal 1986 dahulu. Kerana cerita yang 
saya dengar itu mempunyai versi yang berbeza, maka kekadang saya sendiri jadi 
confuse bila ditanyakan orang akan cerita yang sebenarnya..

Masih saya ingat kata-kata Pak Ya, seorang hardcore UMNO dua tiga bulan 
selepas kes tersebut. Kata Pak Ya, "Ala, Berahing Libya tu, dah habis jual 
bergolok bergadai, jual lembu, jual tanah, jual harta nak menang pilihanraya, 
lepas tu kalah. Dah tak ada apa dah tinggal, nak tunggu apa lagi? Ma_pooh (mam 
pus) la, lagi molek!!". Pak Ya ni harcore sungguh, masa tengah menjual kain,
sempat lagi dia sembang bab politik, dia kata, "Ala, nak buat apa hudud-hudud 
ni, nanti kalau semua orang kena potong tangan, siapa nak gi menoreh?". Selain 
dari itu, banyak juga cerita terperinci Memali yang diceritakannya kepada 
saya, semuanya berbau pekat UMNO.

MALANGNYA - PAK YA SUDAH PUN KEMBALI KE RAHMATULLAH . CERITA
MEMALI VERSI PAK YA CUMA TINGGAL SAMAR-SAMAR DALAM KEPALA SAYA.
APA-APA PUN, KERANA HUBUNGAN KELUARGA, SAYA TURUT SERTA
MENYEMBAHYANG DAN MENGIRINGI MAYATNYA KE LIANG LAHAD. SEMOGA
ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA PAK YA!

Sekitar 1985 juga, saya sempat berbual dengan seorang hardcore PAS di 
pedalaman Baling. Beliau tak habis-habis menyanjung allahyarham Ustaz Ibrahim 
Libya. Bila timbul isu Syahid, beliaulah antara yang paling lantang 
mempertahankan al-syahid Ust Ibrahim Libya. Pakcik Dolah bukanlah mengaji 
tinggi sangat, sekolah attap pun tak sure habis ke tidak, tapi tang bab agama, 
dia jenis 'Samekna
Waatoqna" (Kami Dengar dan Kami Patuh). Kerana itu, bila saya tanya, "Mana 
Pakcik Dolah tahu kata Ibrahim Libya tu mati syahid?. Jawab Pakcik Dolah, "Mu 
tak caya, mu gi tengok kitab di Pondok Lanai!!". Termenung saya.

MALANGNYA - PAKCIK DOLAH JUGA SUDAH KEMBALI KE RAHMATULLAH.
SEPERTI JUGA PAK YA, SAYA TURUT MENGIRINGI MAYAT PAKCIK DOLAH KE
LUBANG KUBUR. MOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA PAK YA DAN
PAKCIK DOLAH, SEMOGA ANAK CUCU MEREKA BERDUA AKAN DIBERI HIDAYAH
UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA MARUAH ISLAM DI MUKA BUMI!

Oleh kerana kedua-dua Pak Ya dan Pakcik Dolah sudah tidak ada lagi untuk 
mengesahkan cerita-cerita yang pernah mereka sampaikan kepada saya dulu, maka 
saya tidak ada pilihan, selain ke rumah seorang lagi sahabat yang pernah 
mengisahkan cerita Memali ini secara panjang lebar kepada saya sekitar tahun 
1985 dulu. Rakan2 beliau adalah antara yang tertembak dan gugur syahid
semasa kejadian itu, dan beliau sendiri, walaupun tidak menyatakan kepada 
saya, tetapi menurut seorang teman, dan juga melihat akan air mukanya, beliau 
nampak seakan terkilan kerana hari kejadian itu tidak jatuh pada hari giliran 
beliau mengawal rumah al-syahid ust Ibrahim Libya!!

Cerita beliau inilah antara yang paling reliable.

Malangnya, pada hari sabtu yang lalu, beliau tidak ada di rumahnya kerana ada 
urusan di luar Baling. Saya jadi sedikit terkilan. Pun begitu, mungkin kerana 
niat saya ikhlas, saya ditakdirkan bertemu dengan anak cucu sahabat2 yang 
gugur syahid atau ditembak dan ditawan di medan tempur kg Memali itu, dan 
mereka ini merupakan anak jati kampung Memali. Banyak kisah menarik yang
diceritakan.

Maka itu, dengan gabungan2 cerita dari anak cucu mangsa Memali itu, juga 
sedikit cerita dari Pak Ya, Pakcik Dolah dan juga sahabat tersebut, dicampur 
pula dengan beberapa sedutan dari buku "Perisai Memali" karya C.N Al-Afghani, 
insyaallah kita akan bercerita lagi.

(bersambung)

KISAH MEMALI - Part 2


Meneruskan cerita Memali.

Bila ditanya orang kampung Memali akan asal nama Memali - ada dua cerita 
berbeza, seorang mengatakan bahawa Memali berasal dari sejenis pokok bernama 
'Memali' yang ada terdapat di sekitar Memali. Seorang lagi pula mengatakan 
bahawa Memali berasal dari perkataan 'Memali' (bahasa Baling - melayu patani) 
iaitu sejenis penyakit/hama di atas kulit kepala yang menyebabkan
rambut gugur. Wallah hu aklam.

Dalam tulisan-tulisan seterusnya kita akan bertemu dengan beberapa perkataan 
atau bahasa yang jarang-jarang kita dengar, kerana penduduk Memali seperti 
juga majoriti penduduk Baling adalah berketurunan Melayu Patani. Bahasa yang 
digunakan adalah bahasa melayu dialek Patani - iaitu seakan-akan campuran 
bahasa Kelantan, Terengganu, Kedah dan mungkin ada sedikit-sedikit pengaruh 
Siam. Namun begitu, mungkin kerana sudah terpisah dari datuk nenek mereka 
beratus
tahun yang lalu, tak ramai penduduk Baling yang perasan bahawa mereka 
sebenarnya berketurunan Melayu Patani.

Sebetulnya, sekitar awal tahun ini, Baling digemparkan lagi dengan penangkapan 
dan penghantaran pulang Baba Bedul atau nama betulnya Tuan Guru Abd Rahman, 
seorang Tok Guru di Pondok Haji Ding, Kg Sungai Limau, Baling; beliau 
merupakan the Supreme Leader (Pemimpin) Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu 
(PULO Baru). Selepas dicekup dan diarak pulang ke Siam, tidaklah diketahui apa 
untung nasibnya hingga ke hari ini. Apa-apa pun, sejarah mungkin akan terus
menyaksikan kemunculan wira-wira dari Baling untuk meneruskan kesinambungan 
perjuangan agama dan bangsa dan negara.

Berbalik pada cerita Memali, persoalan yang utama orang nak tahu mungkin "Apa 
Ceritanya" dan "Apasal Boleh jadi Macam tu?" . Insyaallah, saya akan cuba 
huraikan satu persatu.

Al-syahid ustaz Ibrahim Libya bukanlah calang-calang orang, bukanlah Tok Guru 
kampung yang kerjanya semata-mata mengajar bab wuduk, bab puasa atau pun bab 
nikah kahwin. Kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah beliau sentiasa mendapat 
sambutan, selalu dipenuhi dengan seruan-seruan jihad, persoalan-persoalan 
akidah dan seringkali dilaungkan dengan tegas akan perbezaan akidah antara 
perjuangan PAS dan UMNO. Mungkin ada orang mengatakan cara beliau terlalu 
extreme,
fanatik dan sebagainya, tetapi itulah cara perjuangan beliau, dan cara itulah 
yang telah membawa beliau menemui syahid yang diidam-idamkan.

Bagi al-syahid, antara golongan sekular dan golongan yang berkehendakkan Islam 
mesti ada garis pemisah yang jelas, tidak kira siapa, jiran , kawan atau pun 
kaum keluarga. Selagi tidak diwujudkan garis pemisah itu, selagi itulah tak 
akan tertegaknya Negara Islam yang dicita-citakan. Contohnya, dalam buku 
"Perisai Memali", beliau ditulis sebagai berkata:

"Maka pada ketika itu golongan yang hendak pada Islam dan golongan yang 
menentang Islam itu terasing dan terpisah. Maka sekarang ini tidak ujud lagi 
ciri-ciri seperti itu. Sekarang ini ujud golongan yang masih berdamai dengan 
musuh-musuh Islam dengan alasan tidak mahu memecah belahkan masyarakat. Adakah 
orang sedemikian rupa boleh berperang pada jalan Allah atau boleh
mencapai mati syahid? Sejauh manakah keikhlasan kita dalam menegakkan aqidah 
dan keimanan kita kepada Allah dan rasulnya?".

ADA KA LAGI ORANG YANG BERANI CAKAP MACAM TU SEKARANG NI???

Dalam buku "Perisai Memali" diceritakan detail kejadian itu dari sudut 
pandangan Pak Teh Mat Piah, tetapi setelah ditembak, tak banyak yang mampu Pak 
Teh ceritakan. Insyaalah dalam tulisan ini, kita akan menceritakan kisah-kisah 
lain yang tidak terdapat dalam buku tersebut seperti yang diceritakan oleh 
seorang perawi yang sempat bersembang panjang dengan beberapa orang mangsa
yang ditembak atau yang meninggal dunia tak beberapa lama selepas hari 
kejadian.

[Sila dapatkan buku "Perisai Memali" yang ditulis oleh C.N. Al-Afghani - 
menceritakan kisah Memali hasil interview dengan Pak Teh Mat Piah, yang 14 
biji peluru menghujani badannya, tapi alhamdulillah masih hidup untuk 
menyampaikan cerita. Harganya cuma RM15].

Al-syahid bukan saja tegas dengan puak-puak sekular, tetapi juga tegas dengan 
mereka yang mengaku berjuang dalam jemaah Islam. Antaranya, beliau berkata:

"Kita hendaklah basuh hati dan jiwa kita dengan jihad pada jalan Allah. 
Golongan yang masih berkarat dengan penyakit dunia itu keluarlah dari parti 
Islam (PAS). Kalau hendak cari kesempatan dengan parti Islam tidak payahlah, 
keluar sahaja, buat mati jahilah atau mati kafir sahaja. Janganlah kalau 
diajak kenduri cepat saja pergi, tetapi bila diajak bertamrin takut. Sejauh 
manakah laungan
'Allah hu Akbar' yang kita kumandangkan ke angkasa dalam mana perjuangan kita 
masih di takuk lama.".

Banyaklah lagi ucapan-ucapan beliau yang menggerunkan kawan dan lawan. 
Semuanya ini merupakan bunga-bunga syahid yang sekian lama ditunggu-tunggu 
oleh beliau dan rakan-rakan. Antaranya, beliau juga pernah berkata:

"Samada yang bekerja sebagai petani, buruh kasar atau di pejabat swasta atau 
pejabat kerajaan, samada yang bekerja sebagai UKK, polis pacak, askar atau 
tentera atau FRU, kita mengingatkan kepada mereka ini bahawa kamu juga 
mengucapkan dua kalimah syahadah. Ketika kamu telah menjadi seorang Islam,maka 
janganlah cuba menyekat perjuangan kami di dalam Parti Islam (PAS)
ini untuk menegakkan syariat Allah dan kalimah Allah yang tinggi. Jika 
disekat, kami akan tentang kamu dan jika kami mati atau gugur, maka gugur kami 
sebagai syahid, dan kamu pula dalam hal itu mati katak semata-mata, mati 
sia-sia. Kepada orang-orang Islam yang menjadi alat kepada kerajaan toghut dan 
zalim, kamu diingatkan berkali-kali mengenai tindakan Allah ke atas kamu 
kelak."

DR MAHATHIR DALAM UCAPANNYA DI PADANG BOLA, PEKAN KUALA KETIL
(DEPAN STESEN SHELL) BEBERAPA MINGGU SELEPAS KEJADIAN MEMALI, BELIAU
BERKATA:

"Mati Syahid Apa - MATI KATAK ADA LA!!!"

Sesungguhnya, siri-siri ucapan al-syahid itu telah menyebabkan timbulnya rasa 
kurang senang di pihak Nasionalist Sekular. Sejak dari itu, tindakan untuk 
memusnahkan perjuangan beliau dan rakan-rakan pun dimulakan secara aggresif. 
Insyallah kita akan bercerita lagi.

Sebelum itu, ada satu petikan yang ingin disampaikan. Apabila ditanya kepada 
seorang UMNO yang merupakan salah seorang perawi dalam cerita ini, "Betul ka 
Ibrahim Libya bawa ajaran sesat?".

Kata beliau:

"TAK, TAK, DIA TAK BAWA AJARAN SESAT, CUMA DIA TU TAKSUB SANGAT!"

[Taksub inilah rupa-rupanya yang membawa beliau menemui syahid, masyaallah!].

(bersambung)

KISAH MEMALI - Part 3

(Meneruskan cerita Memali)

Dalam Part 2, kita telah bercerita tentang ketegasan al-syahid berhadapan 
dengan puak-puak mungkar dan kaum nasionalist sekular. Sikap tegas beliau 
inilah yang membuatkan pihak-pihak berkenaan terutamanya puak-puak UMNO jadi 
tidak senang duduk dengan tindak tanduk al-syahid dan rakan-rakan.

Sebelum itu, baik rasanya ditinjau dahulu latar belakang beliau untuk rujukan 
bersama.

Al-syahid bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Weng, Baling Kedah. 
Kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Agama Ittifaqiah, Kg Carok Putih, 
Weng. Selepas itu ke Pondok Al-Khariah, Pokok Sena, Seberang Perai. Kemudian 
ke Nilam Puri, Kelantan. Seterusnya ke Deoband, India. Selepas itu, 
melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir, dan seterusnya ke Libya 
[Ibrahim Libya?].

Sekembalinya dari Libya, beliau bekerja sebagai pegawai pendakwah di Pusat 
Islam. Menurut cerita, beliau pernah muncul di kaca TV dalam satu rancangan 
'Hal Ehwal Islam' di RTM. Wallah hu aklam.

Tak banyak cerita yang saya perolehi mengenai kisah beliau semasa di Kuala 
Lumpur; cuma ada dua tiga cerita saja.

Seorang makcik yang berasal dari Memali menceritakan bahawa al-syahid turut 
terlibat dalam demonstrasi Baling 1974 bersama-sama dengan DSAI dan Ust 
Nakhaei .

KALAU BENAR CERITA INI, BERMAKNA SEMEMANGNYA AL-SYAHID ADALAH
SEORANG YANG BERJIWA PEJUANG!!

Tetapi cerita ini bertentangan dengan kisah yang dipaparkan oleh CN Al-Afghani 
dalam bukunya 'Rakyat Semakin Matang'. Dalam buku tersebut, CN Al-Afghani 
menceritakan bahawa semasa dalam tahanan ISA 1974, DSAI telah dikunjungi oleh 
al-syahid yang pada ketika itu bertugas di Pusat Islam, beliau memujuk DSAI 
supaya bekerjasama dan berlembut dengan kerajaan. Tetapi sebaliknya, DSAI pula 
yang menyergah beliau dengan berkata lebih kurang, "Hang tok sah lah dok
bersekongkol dengan puak-puak ni, baik hang balik kampung, pi ajaq orang 
kampung hang lagi baguih!". Dengan kata lain, DSAI menempelak beliau kerana 
bekerja dengan kerajaan, dan mencadangkan agar beliau pulang membimbing 
orang-orang kampung di Baling.

Tidak pasti pula sama ada kerana nasihat DSAI ini atau pun sebab lain, maka 
al-syahid akhirnya membuat keputusan berhenti kerja dan meninggalkan 
pendapatannya yang lumayan di KL, dan pulang ke Memali untuk berbakti pada 
orang-orang kampung.

Sekembalinya ke Baling, beliau bekerja sebagai seorang tenaga pengajar di 
Sekolah Agama Ittifaqiah, Kg Caruk Putih, bersebelahan kampung Memali. 
Mudirnya ialah Lebai Yaakob.

Bercakap pasal Lebai Yaakob, ada cerita menarik yang nak diceritakan. 
Allahyarham Pakya pernah menceritakan kepada saya kisah pergeseran UMNO-PAS 
yang turut menjadi bunga-bunga atau batu api kepada tercetusnya peristiwa 
Memali.

Lebai Yaakob ini adalah bekas calon PAS bagi kawasan DUN Bayu, tetapi 
kemudiannya telah berpaling tadah menyertai UMNO. Lebai Yaakob sebelum 
menyertai UMNO, begitu dihormati oleh orang2 Memali; selain dari itu beliau 
juga boleh dikatakan sebagai Tok Guru kepada al-syahid. Tetapi, selepas Lebai 
Yaakob berpaling tadah, al-syahid cukup tegas dengan isu itu. Beliau
dikatakan pernah berkata (dari mulut makcik tersebut):

'TOK GURU MACAM INI BAIK BUBUH ATAS KAPAL, HANTAR GI SEBERANG
LAUT!!"

Selain dari isu PAS-UMNO, al-syahid juga tidak puas hati dengan isu 
pentadbiran dan pengurusan kewangan Sekolah Agama Ittafaqiah tersebut. Kerana 
kerap menimbulkan isu ini, Lebai Yaakob jadi tak puas hati, ini juga 
menyebabkan wujudnya pergeseran antara mereka berdua.

Tidak lama kemudian, orang2 PAS kampung Memali yang telah membina sebuah surau 
baru di Memali menjemput Ustaz Ibrahim Libya menjadi naqib usrah di surau 
mereka. Seorang pakcik tua yang sempat saya temui minggu lepas menyatakan 
bahawa beliaulah antara yang bertungkus lumus memikul tiang besar untuk 
membina surau tersebut. Surau ini kemudiannya dinamakan Madrasah Islahiah 
Diniah, Memali.

Hari ini, Sekolah Agama Lebai Yaakob di Caruk Putih sudah tidak wujud lagi, 
kini dijadikan masjid; sementara Madrasah Islahiah Diniah Memali pula semakin 
hari semakin berkembang.

(bersambung)


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke