*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammu alaikum.

Kita perlu tanya apakah perkara-perkara yang menarik mereka ini ke arah
murtad. Di tempat-tempat lain, contohnya di Britain dan Amerika, agama
Kristian, Hindu, dll, adalah agama-agama yang nyawa-nyawa ikan. Banyak
gereja-gereja yang dah tukar jadi masjid. Agama Islam masih agama yang
paling laju berkembang di dunia.

Jadi kita perlu tanya mengapa di Malaysia ini berlainan pulak? Mesti ada
silap di kalangan umat Islam Malaysia sendiri.

Yang pertamanya, adakah kita menunjukkan sikap dan adab antara manusia yang
dihakkan dalam Islam? Contohnya, adakah kita masih bersopan santun kepada
ibubapa, kepada guru-guru, rakan-rakan sebagainya? Adakah kita membuat
kebajikan dan tolong-menolong sesama kita? Dengan memperbaiki akhlak kita
sahaja, bukan saja kemusykilan murtad boleh selesai, tetapi orang bukan
Islam pun akan tertarik kepada kita.

Keduanya, adakah kita sendiri menunjukkan kasih sayang kepada Allah dan
Rasul Allah s.a.w.? Sekarang ni bila kita berzikir lebih sikit saja, ada
yang akan katakan yang kita ni membuang masa kerana tidak berpolitik ataupun
tidak berbusiness. Bila kita bermaulud, ada pula orang-orang yang tak
berakal yang katakan yang ia kononnya haram. Tanpa zikir, maulud, dan
sebagainya, agama akan jadi bagaikan tin kosong dan tak hairanlah jika ada
orang yang membuangnya.

Lihatlah diri kita sendiri bila nak menangani masalah murtad. Kaunseling dan
usrah itu bagus, tapi tak cukup.

Hamba Allah yang lemah,

Osman Mia
http://dimashq.hypermart.net/osman/


----- Original Message -----
From: mona mz <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Saturday, July 15, 2000 10:45 AM
Subject: Re: [H-Net* kes murtad amat serius]


>
> Wa'alaikummussalam wr wbt wa Assalamualaikum..
>
> Last month ade sorg student tahun akhir dr MMU mengadu tentang bbrp junior
> muslimah berhasrat nak tukar agama.. nak murtad lah tu.. mengikut katanya
> beliau dan rakan2 telah cuba panjangkan hal itu ke pihak pentadbiran
> universiti.. tapi aduan mereka itu dipandang sepi.. mereka juga telah
mencuba
> beri kaunseling sedaya-mungkin utk menyedarkan mereka yg nak murtad tu..
> nampaknyer usaha mereka itu seperti mencurah air ke daun keladi...
Seingat
> saya ade bbrp cadangan yg diberi utk tarik mereka kembali to Islam.. as if
> mendekati mereka & mengajak mereka join their usrah group etc..
> Hingga saat ni saya yg masih tak sempat2 nak follow up kes ni.. ukhtie
Pabiyen
> ade follow up tak..? tolong update sikit...
>
> jzk.
>
>
>
>
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
>
> Assalamu'alaikum,
>
> Tuan2 tengoklah, non-muslim kat America tahu
> menghormati hak asasi orang.  Tapi pihak pentadbir
> sebuah sekolah di Seremban yang buang budak pakai
> kopiah dulu tak mahu minta maaf dan tarik balik.
> Sanggup dia orang pergi mahkamah dan akhirnya kalah.
>
> Di negara kita, di akui oleh pihak polis, kes gadis
> remaja hilang, besar kemungkinan untuk di murtadkan,
> terlalu lalu lalu lalu banyak. Sehingga kalau report
> dibuat, dah jadi macam accident report. Kenapa jadi
> begini? Jawabnya orang kafir sudah tak hormat akan
> hak2 Islam. Mereka sudah berani menyerang orang Islam.
> Bukan setakat pakaian tapi akidah. Padahal yang nombor
> wahid perlu dipertahankan oleh orang Islam bukannya
> harta dan nyawa, tapi akidah.
>







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Osman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke