*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.
Sorry le kawan-kawan , mencelah nak bual ringan-ringan sikit. Bila kita
kata tentang bual-bual , ade orang yang tak setuju , kerana maksudnya tak
begitu tepat, ade baiknya di sebut sembang-sembang. Ini orang kata selisih
bahasa dan bukannya selisih faham. Mencelah sendiri bukannya pakar
bahasa,nak cakap tentang bahasa...lainlah bagi mereka yang kerja di dewan
bahasa....mereka tu kaya dengan bahasa.
Kita selalu dengar orang kata 'Bahasa menunjukkan bangsa'. Sekali imbas, ini
bermakna setiap bangsa mesti memiliki bahasa sendiri. Kalau dia tak ada
bahasa .bermakna dia tidak berbangsa! Jadi orang bisu berbahasa
international , jadi dia orang ni...berbangsa international. Sebenarnya yang
di maksudkan bahasa di sini ialah, bagaimana seseorang itu
bertutur...berbicara....melafaskan kata-kata..lebih indah iaitu sopan ke
tidak. Kalau orang yang biadap.orang kata 'tak berbahasa', ini
bermakna...kita tak tahu apa dia punya bangsa.
Bila cakap tentang bangsa, amno lah yang paling sensitif. Sebab mereka ni
berpegang kepada kata-kata Hang Tuah 'Takkan melayu hilang di dunia'. Tapi,
kalau menurut Tok Guru Nik Aziz ...melayu tak perlu di jaga;
Nik Aziz: "Saya setuju sebab PAS memperjuangkan Islam. Islam ini menjadi
agama yang dibawa oleh nabi-nabi. Sejak daripada Nabi Muhammad naik ke
Nabi Isa, naik ke Nabi Musa terus. Semua nabi-nabi bawa Islam.Kita sebagai
orang Islam, Melayu baik Cina baik India baik mana-manapun, mesti jaga
Islam. Melayu tak payah dijaga kerana Melayu ini, jaga pun Melayu, tak jaga
pun Melayu. Bangsa Melayu serupa juga bangsa Cina, orang jaga bangsa ini tak
betul. Kita jaga benda yang
boleh jadi hilang, barulah kita perlu jaga. Bangsa Melayu, dia tidak akan
hilang. Bangsa Cina pun dia tidak akan hilang. Bangsa eskimo, bangsa asli
pun dia tidak akan hilang. Perlu apa kita jaga? Yang jaga ini ialah benda
yang boleh jadi hilang.
Islam ini boleh jadi hilang. (agama) Kristian boleh jadi hilang,
(agama)Yahudi boleh jadi hilang. Hak ini yang kita kena jaga. Bila jaga
Islam, Melayu juga terjaga sama, Cina juga terjaga sama, India juga
terjaga sama kerana Islam mengajar bahawa Melayu, Cina, India, seluruh
manusia dunia ini hanya daripada seorang bapa. Bapa orang Melayu Adam,
bapa orang Cina juga Adam, bapa orang Inggeris juga Adam. Jadi ia (Islam)
satu ajaran yang cukup baik, ajaran yang penuh dengan perpaduan. Bila bapa
kita satu, ibu kita pun satu, ertinya kita ini adik-beradik. Cumanya dua
pupu, seribu pupu, sepuluh ribu pupu tapi darah manusia semuanya satu dari
Adam waalaisalam. Satu ajaran yang cukup penuh dengan keamanan, dan
kesaudaraan. Melayu walaubagaimana miskinpun Melayu, bagaimana kuruspun
Melayu. Cina juga, kurus pun Cina, gemuk pun Cina, kecil pun Cina, tua pun
Cina, tak perlu dijaga. Bangsa tak perlu dijaga."
Memang ada benarnya apa yang di katakan oleh tok guru, sebab orang melayu
yang murtad pun tetap melayu juga , cuma islam yang terhina dan
termusnah.Itu lah pendirian bagi hamba Allah yang sayang akan islam
berbanding dengan pendirian orang amno.sayangkan melayu, islam punah ranah
tak apa!
Bila kita cakap tentang cakap ni.kawan-kawan, ade orang " banyak
cakap"(sikit kita tanya, berjela-jela dia nak cerita)..ade orang "cakap
banyak" (ini pesyen kuat menjawab..bagi orang sakit hati),.ade orang
"cakap ramah"(bagus tu...bagus, tapi biar le kena pada tempatnya, ini kalau
dalam bas pun tengah orang dok ramai-ramai tenjerit-jerit tegor kita, tebal
juga muka rasanya.)
Yang paling mencelah susah hati apabila bercakap dengan orang tak tahu nak
stop! Kita ada kerje lain, nak pergi cepat.tapi dia ni pesyen boleh
bercakap, tak mahu berhenti. Tapi nak kata dia tak mahu faham , kita ni
dah tunjuk bunga-bunga sikit, buat mengelisah-ngelisah.tengok-tengok jam
tangan...perhati-perhati kelangit, konon macam hari nak hujan kalau dok
dalam kedai makan, kita nak berhenti jadi panggil depa kira berapa harga
semua, tapi dia tak peduli juga mujur tuan kedai dah nak tutup, tidak tak
tamat khudbah.
Walau apa sekalipun yang kita tuturkan, yang perlu kita beringat
ialah...pesanan rasulullah kepada kita;
(Dari Abu sa`id dan Abu Hurairah r.a,keduanya mengatakan bahawa Rasulullah
saw bersabda: "Angkuh dan sombong adalah pakaian Allah Ta`ala. Maka siapa
yang menyaingi pakaian-Nya ,Allah Ta`ala akan menyiksanya.")
Ok...bye.
[EMAIL PROTECTED]
(HAK CIPTA TERPELIHARA)
p/s: [EMAIL PROTECTED], jangan lupa cmc dah bancuh...jadi jangan lupa beli
pegaga. Jangan kutip di tanah orang, takut kena yang di sembur racun
lalang...nanti berbuih mulut. Orang selalu kata 'duit bukan boleh di bawa
mati' tapi macam mana sekalipun....kena le juga simpan sikit, supaya tak
menyusahkan orang yang akan menguruskannya.
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>