*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>MALAIKAT MAUT:
>>TETAMU YANG KERAP BERKUNJUNG
>>Oleh: YAB Tuan Guru Hj. Nik Abul Aziz Nik Mat
>>
>>
>>BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu
>>dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat
>>tersebut,
>>nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat
>>maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu
>>manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
>>
>>Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang
>>riang
>>dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan
>>direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang
>>miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk
>>akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
>>
>>Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,
>>bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
>>
>>"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70
>>kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati
>>orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah
>>hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala
>>untuk
>>mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
>>
>>Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat
>>maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan
>>ini
>>tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana
>>mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai
>>perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya
>>dengan malaikat maut.
>>Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak
>>mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata
>>hati
>>mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
>>
>>Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan
>>mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang
>>menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat
>>golongan
>>atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan
>>sebab-sebabnya yang zahir sahaja. Dia mengambil logik bahawa banyak
>>kematian
>>disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan,
>>bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan
>>sama
>>ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.
>>Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit
>>yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi,
>>ta'un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut
>>sebab musabab yamg lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu
>>dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di
>>kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si pulan itu mati,
>>sakitkah atau kemalangankah?"
>>
>>Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat
>>maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan
>>malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti
>>memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
>>Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan
>>sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja,
>>ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT
>>menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika
>>diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian
>>tersebut.
>>
>>Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang
>>sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada
>>waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang
>>kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh
>>walau sesaat.
>>
>>Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi
>>sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya
>>sakit
>>tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi
>>rahmat
>>bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan
>>menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan
>>masa
>>atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari
>>dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk
>>akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.
>>
>>Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan
>>menjadi
>>pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya
>>mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri,
>>menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana
>>sekiranya
>>ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak
>>berguna.
>>
>>Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada
>>dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana
>>betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT
>>mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu.
>>Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah
>>SWT
>>tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat
>>orang
>>yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran
>>terlebih
>>dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.
>>
>>Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi
>>janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas
>>r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa
>>Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh
>>makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk
>>manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w.,
>>para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.
>>Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak
>>disenangi
>>oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut
>>roh
>>manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan
>>sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.
>>
>>Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai
>>sebab-sebab
>>kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan
>>Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab
>>yang
>>dialami oleh mereka. Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa
>>si
>>anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan,
>>mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku
>>itu.
>>
>>Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan
>>kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus
>>oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu
>>bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.
>>
>>Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah
>>termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah,
>>bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah
>>tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah
>>diamanahkan
>>kepadanya.
>>Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan
>>kematian
>>seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan
>>pada
>>awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak
>>mencabut
>>roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam
>>keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan
>>terhadap
>>manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal,
>>sama
>>ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar.
>>
>>Firman Allah Taala:
>>Yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang
>>ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak
>>dapat
>>(pula) mencepatkannya."
>>(Surah Al-A'raf: ayat 34)
>>
>>
>>
>>
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Jebat Derhaka" <[EMAIL PROTECTED]>