*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......
� Hadarat Wujud (Peringkat Wujud)
Wujud ini ada berperingkat-peringkat (hadarat). Tiap-tiap hadrat (plural =
hadarat) itu membayangkan, seperti cermin, hadrat yang di atasnya Hadrat
al-Hiss (hadrat alam nyata) dianggap sebagai bayangan (reflection) hadrat
yang di atasnya iaitu Hadrat al-Mithal (peringkat alam mithal). Hadrat ini
pula membayangkan Hadrat al-Arwah (peringkat alam roh). Begitulah seterusnya
hingga sampai kepada benda-benda yang menjadi bayngan ZAT MUTLAK itu
sendiri. Hadrat-hadrat ini bukanlah alam yang berasingan dan berbeza antara
satu dengan lain. Misalnya, manusia terzahir dalam alam nyata ini dalam
bentuk badan, dan dalam alam roh dalam bentuk keruhanian, tetapi ini tidak
bererti badannya (bentuk fizika) itu berlainan langsung dari bentuk
keruhaniannya (rohnya). Ini juga tidak bererti Hadrat al-Arwah berbeza
langsung dari segi zat dan dasarnya dari Hadrat al-Hiss.
Setelah memahami maksud hadrat itu, maka kesamaran dalam theori ini dapatlah
dijelaskan. Tidak ada suatu pun yang sebenarnya dibuat atau diadakan oleh
Allah dan manusia, tetapi segala sesuatu itu bolehlah dikatakan disimpan
oleh Allah dalam salah satu dari hadarat tersebut. Oleh itu, mengadakan atau
mencipta dalam pengertian menyimpan apa yang telah memang ada dalam satu
atau semua hadrat, bolehlah disifatkan kemapada manusia. Hati Insan Kamil
adalah pusat bagi semua kegiatan Ketuhanan. Ianya membayangkan, seperti
cermin, semua bentuk dalam mana Hakikat itu menzahirkan dirinya. Dengan
konsentrasi (menumpukan pandangan) kepada bentuk sesuatu dalam satu atau
lebih hadrat ini dengan cara Himmah (iaitu kuasa hati), si Sufi itu dapat
mengawal perkara tersebut dan melalui kawalan (control) ini sesuatu perkara
itu disimpan dalam sesuatu hadrat selagi konsentrasi terhadap Himmah itu
diteruskan. Inilah apa yang dimaksudkan dengan kegiatan kreatif si Sufi ini.
Hati si Sufi menganjur (project) melalui apa yang terbayang di dalamnya dan
objek yang padanya Himmah itu dikonsentrasikan kelihatan zahir, tetapi orang
lain tidak melihatnya di alam nyata ini kecuali si mistik juga.
Perbezaan antara penciptaan Tuhan dengan penciptaan manusia (Insan Kamil)
dalam theori ini ialah ciptaan Allah terpelihara atau tersimpan sentiasa
dalam semua hadrat kerana Allah tidak pernah lupa dan lalai terhadap makhluk
(penciptaan)-Nya; tetapi ciptaan manusia hanya terpelihara pada satu-satu
masa dan dalam satu-satu hadrat saja bukan dalam semua hadarat. Apabila
manusia lupa dengan ciptaannya itu, ciptaan itu pun hilang dan lenyap bukan
lenyap dari wujud langsung kerana tidak ada satu pun yang hilang dan lenyap
dari wujud. Ianya lenyap dari hadrat yang dilupai oleh manusia itu.
Ada juga satu cara lain untuk menerangkan theori ini tanpa menyentuh perkara
hadrat. Dalam keadaan keruhanian tertentu, khususnya dalam fana', si mistik
menyedari kesatuannya dengan Yang Esa sebagai Pencipta Tunggal. Dalam
keadaan fana' ini perbuatan si mistik itu adalah perbuatan Allah. Si Sufi
itu jadi alat yang melaluinya kegiatan ciptaan Allah itu dizahirkan.
Misalnya Allah menjadikan burung dari tanah liat melalui Nabi Isa a.s.
Begitu juga Abu Yazid menghidupkan semut yang telah mati. Abu Yazid hanya
alat untuk menzahirkan kekuasaan Tuhan Yang Menghidupkan.
Ibnul Arabi di dalam tulisannya "Fusus al-Hikam",
"Ketahuilah bahawa badan-badan alam tinggi menyahut (tanfa'il) kepada himam
(plural "himmah") roh-roh apabila mereka dalam keadaan fana' (kesedaran
kesatuan dengan Allah), dan kami sendiri menyaksikannya."
Di dalam menjelaskan maksud mukjizat Nabi Isa a.s. yang mencipta burung dari
tanah liat itu, apabila roh itu mencapai peringkat keruhanian yang tingi,
roh itu membayangkan atau membalikkan perkara-perkara dalam alam tinggi dan
bersedia menerima Nafas (an-Nafkh) Ketuhanan. Nabi Isa a.s bukan membuat
burung dari "tiada". Burung itu telah memang ada tetapi bukan keseluruhan.
Roh burung itu ada dalam Nafas Ketuhanan dan badannya dalam alam tabi'i.
"Kalimat" (perkataan) Nabi Isa a.s. menyatukan roh dengan badan burung itu.
Meskipun orang 'arif (mistik) memiliki kuasa yang digelar Himmah ini, namun
'arif yang sebenar enggan mempraktikkan kuasa ini, kerana dua sebab :
1. Ia menyedari bahawa dirinya hanya hamba Allah dan dengan itu ia lebih
baik membiarkan kuasa mencipta itu kepada Allah semata.
2. Ia sedar bahawa Yang Mempunyai Kuasa dan yang diberi kuasa itu adalah
hakikatnya satu jua.
Syeikh Abdul Su'ud Ibnul Syibli dan Abu Madyan adalah orang Sufi yang enggan
mempraktikkan tasarruf (kuasa himmah) itu, tetapi seorang Sufi boleh
mempraktikkan tasarruf jika Allah menghendakinya berbuat demikian, misalnya
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.
Wallahu ta'ala a'lam.......
Wassalamu.......
Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>