*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam,

Sesat atau tidak syi'ah itu, perlu kita tinjau segala amalan dan akidah
mereka dan ditimbang-tara dgn al-quran dan al-hadith. Sekiranya bertentangan
2 sumber utama, maka sudah tentu sesat.

Perbuatan manakah yg teruk spt mengkufurkan para sahabat yg utama?

Wassalam.

----- Original Message -----
From: azman alias <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, July 18, 2000 7:44 PM
Subject: H-Net* Re: [islah-net] Fwd: Problem


>
>
> >From: "Lobotes Surinamensis" <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: Re: [islah-net] Fwd: Problem
> >Date: Mon, 17 Jul 2000 22:26:16 MYT
> >
> >
> >
> >Menurut pengetahuan saya, pengamal syi'ah mempunyai pegangan akidah yang
> >dikatakan mardud (ditolak). Pendapat ini (kalau tak silap) saya baca
dalam
> >tulisan Imam Al-Ghazali, walaupun tidak pula disebut kafir.
> >
> >Oleh kerana pegangan akidah mereka tidak diterima, maka tentulah menjadi
> >masalah bagi penglibatan mereka sebagai wali perkahwinan.
> >
> >Moga-moga yang lebih pengetahuan boleh menambah penjelasan yang lebih
> >bernas......
> >
> ------------------------------------------------------------------------
>
> Saya amat memandang berat tuduhan-tuduhan seperti di atas.
> Pegangan akidah ditolak hanya kerana menurut tulisan Imam Al-Ghazali?
> Betulkah cara begini diajar oleh agama kita? Menghukum seseorang
berdasarkan
> pendapat seseorang yang lain? Bukankah kuasa menghukum itu terletak pada
> Allah s.wt.?
>
> Cara ini adalah tidak betul. Firman Allah " Jika kamu berselisihkan
tentang
> sesuatu perkara, maka rujuklah kepada Allah dan rasulnya jika kamu beriman
> dengan Allah dan hari kemudian."
>
> Tuduhan seperti itu adala amat berat, kerana menganggap seuatu kumpulan
itu
> akidahnya tidak diterima, sama seperti menuduh mereka itu sesat, sama
> seperti menuduh mereka keluar dari ajaran Islam. Yang lebih malang lagi,
> orang-orang yang seperti saudara turut memanjang-manjangkan fatwa atau
> pendapat tersebut tanpa usul periksa tanpa mengetahui hujung pangkal
sesuatu
> perkara itu. Apakah Islam mengajar kita bertaklid secara membabi buta dan
> dengan cara semberono?
>
> Saudara tahu tak akibat mendakwa perkataan-perkataan seperti di atas?
> Menurut sebuah hadis, jika seseorang itu menuduh satu kumpulan yang lain
> kafir, sesat dan seumpamnya sedangkan kumpulan yang didakwa itu tidak
> mempunyai apa-apa sifat seperti yang didakwa, panggilan itu kembali kepada
> orang yang memanggilnya." Dengan lain perkataan, perkataan itu akan
kembali
> kepada salah satu dari dua orang, iaitu pemanggil atau yang dipanggil.
>
> Bukankah lebih baik saudara berdiam diri tentang apa yang saudara sendiri
> tidak mengetahui, atau saudara sendiri mengkaji fahaman orang yang saudara
> tuduh sesat itu dan saudara sendiri membuat keputusan berdasarkan kitab
> Allah dan sunnahnya. Atau saudara sendiri bertanyakan masalah itu kepada
> orang yang lebih mengetahui juga berdasarkan kitab Allah dan rasulnya?
>
> Dengan mengulang-ulang perkataan orang tanpa mengetahui hakikat sebenar,
> bagaimana boleh kita  mendakwa diri kita lebih baik dari seekor burung
kakak
> tua?

> Pengirim: "azman alias" <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abu Az-Zuhri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke