*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Waalaikummussalam,
Baru-baru ni Exco Agama Kedah mengeluarkan kenyataan Seni Silat Abjad
salah satu dari 10 ajaran sesat di kedah.
Jadi kenyataan tersebut telah mendatangkan kekeliruan kepada Ahli dan
saya sendiri
setelah 16 tahun berada dalam pertubuhan ni. Sedangkan kita tak pernah
dipanggil, tiba-tiba ada satu nama pertubuhan yang nama nya ada
menyentuh pertubuhan ini.
Pertubuhan ini juga telah banyak berceramah di masjid surau, sekolah dan
di Pusat pengajian tinggi memberi penerangan secara terbuka bagi
menjelaskan kebenaran dan kesesatan yang berlaku dalam masyarakat.
Jabatan Agama Islam Perak telah menjemput pihak pertubuhan memberi
ceramah daripada 3-6 September 1996 serta ditugaskan menyiapkan kertas
kerja bagi Bengkel Pemurnian Aqidah dan penghayatan Keilmuan Tabib Islam
di Kem Ulu Kenas, kuala Kangsar, Perak.
Bengkel berkenaan telah di hadiri daripada Qadhi dan Pegawai dakwah
seluruh Malaysia termasuk Sabah dan sarawak.
Bagi mengelakkan kekeliruan kepada Ahli-ahli dan masyarakat, maka kertas
kerja yang di kira ringkas dan menyempurnakan kefahaman awam telah
disertakan di dalam ruangan ini, yang ianya tidak bermaksud menuduh
sesiapa cuma kerana Allah semata-mata.
Kertas kerja berkenaan juga di edar secara manual dimasjid-masjid,
surau, jabatan-jabatan dan balai-balai polis sebagai santapan ilmu.
Pihak pertubuhan juga bersedia memberi ceramah dan berbincang dalam
masalah ini demi mengajak diri sendiri dan saudara seagama atau yang
bukan beragama Islam untuk kembali kepada Allah dan mendapat keridhoan
allah di dunia dan akhirat.
Itulah maksud tujuan ringkas saya yang hina lagi banyak dosa.
Wallah Hu Taala A'Lam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Hj Mohamad bin Jusoh <[EMAIL PROTECTED]>