*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
At 08:41 AM 7/19/00 MYT, you wrote:
>
>
>
>>From: "Mohammad Saad" <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
>>[EMAIL PROTECTED]
>>Subject: Fwd:BAYAN MAULANA SHAMIM
>>Date: Tue, 18 Jul 2000 17:31:19 PDT
>>
>>Bayan Maulana Syamem
>>
>>
>>              Keadaan ummat hari ini yang begitu teruk membuatkan
>>              kita menangis. Ulama' patut lebih lagi menangis. Ummat ini
>>              merupakan khazanah bagi mereka. Ummat in adalah ummat
>>              yang terbaik dijadikan Allah SWT. Kalau hilang ummat ini
>>              maka hilanglah khazanah ini. Ulama' merupakan pewaris
>>              kepada Rasul-rasul AS. Rasul-rasul AS amat prihatin dan ambil
>>              tahu akan keadaan ummat mereka dan mereka sering
>>              menangis atas keadaan mereka.
>>
>>              Rasulullah SAW beritahu bahawa Baginda adalah mu'allim
>>              dan muballigh. Tapi kita dah lama tinggalkan usaha ini. Kita
>>              sudah tidak lihat lagi ummat dan hati kita tertutup. Qur'an 
>>dan
>>              Hadith dalam dada kita sebenarnya bukan kita punya, tetapi
>>              adalah amanat untuk ummat. Kita jangan kumpul sahaja, tapi
>>              perlu sampaikan juga.
>>
>>              Sahabat-sahabat ra. merupakan ulama' besar ummat ini.
>>              Mereka lebih alim mengenai ma'rifat, terutamanya Abu Bakar
>>              ra.. Beliau paling faham dengan maksud nubuwwah, kerana
>>              pengorbanannya yang paling banyak. Beliau paling banyak
>>              fikir tentang ummat. Siapa yang paling rapat hubungan dengan
>>              Rasulullah SAW, dialah yang paling banyak fikir tentang
>>              ummat. Ketika ummat dalam keadaan kucar-kacir selepas
>>              kewafatan Rasulullah SAW, Abu Bakar ra. telah usaha untuk
>>              jaga tahap ugama. Beliau tidak sanggup ugama kurang.
>>              Aishah ra. berkata kalau tak ada Abu Bakar ra. waktu itu,
>>              entah mungkin mereka jadi musyrik. Orang alim adalah pewaris
>>              Nabi AS. Orang alim dan khawwas kena fikir macam
>>              Abu Bakar ra.. Rasulullah telah tarbiah orang macam
>>              Abu Bakar ra.. Umar ra. berkata dia sanggup
>>              menukarkan segala amalannya dengan satu hari dan
>>              satu malam Abu Bakar ra.: satu malam ketika hijrahnya
>>              Abu Bakar ra. bersama Nabi SAW, dan satu hari ketika
>>              kewafatan Rasulullah SAW. Abu Bakar ra. mempunyai
>>              fikir dan risau agama.
>>
>>              Ilmu sebenarnya bukan bahagian yang asing dalam agama.
>>              Ilmu adalah untuk tujuan dakwah. Qur'an diturunkan bila ada
>>              keperluan dalam menjalankan dakwah. Taurat, Zabur, Injil dan
>>              suhuf-suhuf diturunkan sekaligus, tetapi Qur'an mengambil
>>              masa 23 tahun diturunkan, iaitu sama dengan bilangan tahun
>>              kenabian Rasulullah SAW.
>>
>>              Rasulullah SAW bawa serentak dakwah, taalim dan tazkiyah -
>>              mereka ini tidak terasing, dan dengannya ugama diamalkan.
>>              Seperti hadith Khaira qurn qarni.. (Kurun terbaik adalah 
>>kurun
>>              aku, kemudian yang selepasnya, kemudaian yang selepasnya),
>>              ada tafsir kita tahu mengatakan ia bermaksud zaman Nabi SAW,
>>              kemudian zaman Abu Bakar ra., kemudian zaman Umar ra.,
>>              tetapi ada tafsir yang mengatakan maksudnya zaman
>>              (Rasulullah SAW dan) Sahabat ra., kemudian zaman tabiin,
>>              dan kemudian zaman taba-tabiin. Ada alim besar yang berkata
>>              bahawa zaraf (zaman) itu bermaksud mazruf (benda yang ada
>>              di zaman itu). Zaman sahabat ra. ada dakwah, taalim dan 
>>tazkiyah.
>>
>>              Dengan dakwah, ilmu ada kesan, kalau tidak ia sekadar
>>              maklumat sahaja. Kekuatan untuk amal datang dengan dakwah.
>>              Saya berani bersumpah dengan nama Allah SWT, bukan semua
>>              sahabat ra. alim, tapi semua amalkan Qur'an seluruhnya.
>>              Bila ini disatukan dengan tazkiyah pula, datanglah kehadiran
>>              hati. Kita perlu satukan dakwah, ilmu dan tazkiyah. Bahkan
>>              ilmu Qur'an dan ilmu Hadith itu adalah untuk tujuan dakwah.
>>
>>              Dalam hadith tadi, zaraf diertikan sebagai mazruf - zaman
>>              diertikan sebagai benda yang ada di zaman tersebut. Misalnya
>>              bila dikatakan hidung meleleh, sebenarnya yang di dalam
>>              hidung itu yang meleleh.
>>
>>              Zaman di mana ada tiga amalan tadi (dakwah, taalim dan
>>              tazkiyah) serentak adalah zaman yang paling mirip kepada
>>              zaman Rasulullah SAW. Alhamdulillah di zaman ini telah
>>              wujud dakwah dan ugama wujud dalam pelbagai lapisan
>>              masyarakat. Dalam satu jemaah kita lihat ada alim, ada 
>>doktor,
>>              ada tukang jahit, ..., ada orang India, ada orang Asia, ada
>>              orang Eropah,... Apakah yang meyatukan mereka?
>>              Demi Allah SWT, itulah dakwah! Amerika Syarikat belanjakan
>>              ribu-ribu untuk satukan orang hitam dan orang putih
>>              tetapi gagal. Dengan dakwah, mereka ini yang dahulu saling
>>              membenci, kini bersatu dan makan dari satu bekas dan
>>              di atas satu safrah. Allah SWT telah beri permata kurun
>>              pertama ini, iaitu dakwah dan para ulama'. Khawwas dan
>>              orang awam harus bersatu untuk buat usaha ini.
>>              Dengan itu agama akan tersebar.
>>
>>              Ummat terbahagi dua - orang awam dan orang khawwas.
>>              Orang khawwas ada tiga jenis - ulama', yang punyai ilmu,
>>              pejawat jawatan tinggi, yang punyai pangkat, dan orang kaya
>>              dan peniaga, yang punyai harta. Orang khawwas perlu
>>              hazamkan ilmu, pangkat dan harta ini, iaitu rendah diri
>>              dengan benda-benda ini. Dengan itu mereka mendapat
>>              kemuliaan. Tapi ini bukan mudah.
>>
>>              Kaki orang khawwas adalah orang awam, dengan mereka orang
>>              khawwas boleh bergerak. Orang awam perlu digunakan untuk
>>              agama, jika tidak, kebatilanlah menjadi kaki kepada orang 
>>khawwas.
>>
>>              Untuk dapatkan sifat tawadhu', kita perlu buat usaha dakwah.
>>
>>              Jika semua kuasa batil berhimpun, mereka tak boleh lawan 
>>dakwah.
>>              Tapi sebab kita telah tinggalkan dakwah, ummat telah berpecah
>>              dua - khawwas satu arah, dan awam satu arah lain, dan tak
>>              bertemu, kecuali untuk faedah-faedah sendiri.
>>              Dengan dakwah, ummat bersatu. Orang 'alim kena jadi 'alim
>>              dan pendakwah. Peniaga kena jadi peniada dan pendakwah.
>>              Doktor kena jadi doktor dan pendakwah. Musafir kena jadi
>>              musafir dan pendakwah. Dengan ini datanglah nusrah Allah
>>              SWT dan nizam pemeliharaan malaikat. Allah SWT beri
>>              peluang kepada kita untuk keluar korban diri dan harta, 
>>supaya
>>              kalimah Allah SWT tersebar. Khawwas akan dapat faedah
>>              dan orang awam akan dapat faedah.
>>
>>              Kalau seseorang itu sembahyang di depan hajarul aswad
>>              dengan khusyu' dan seorang buta sedang jalan nak masuk 
>>perigi,
>>              maka dia kena tinggalkan sembahyang dan selamatkan
>>              orang buta itu. Jika dia teruskan sembahyangnya dan
>>              orang buta itu jatuh perigi dan mati, maka sembahyangnya
>>              menjadi asbab dia masuk neraka. Hari ini keadaan ummat
>>              begitu teruk, tak bolehkah kita tinggalkan perniagaan dan
>>              kerja kita? Ummat begitu teruk dan kita mabuk dengan kerja
>>              dan kehidupan kita - kalau mati dalam keadaan ini bagaimana?
>>              Ayat Qur'an menyuruh: belanjakanlah di jalan Allah SWT dan
>>              jangan campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.
>>              Segala kerja kita menghancurkan kita sebab kita tak buat
>>              dakwah. Berilah azam, dan buatlah kerja dakwah ini kerja 
>>kita.
>>              Untuk dunia, kita faham dulu baru kita buat,
>>              tapi untuk akhirat, kita buat dulu baru kita faham.
>>
>>              Para ulama', silalah keluar ke jalan Allah SWT.
>>              Kalau tuan-tuan tak dapat keluarpun, sekurang-kurangnya
>>              berilah sokongan dengan kata-kata tuan-tuan. Orang-orang
>>              khawwas juga, berilah kata-kata yang positif berkenaan usaha
>>              ini, misalnya kepada orang-orang yang datang jumpa tuan-tuan.
>>              Ini juga memberi kesan ke atas diri kita sendiri -seperti 
>>jaga
>>              yang melaung "jangan tidur! jangan tidur!" sebenarnya dia
>>              sendiri terhindar dari tidur.
>>
>>              Satu jemaah pergi ke Palestin dan dakwah seorang peniaga
>>              supaya dia menjaga sembahyang. Peniaga itu kata susah nak
>>              buat demikian, jadi mereka suruh dia menyuruh kuli-kulinya
>>              sembahyang dan dia kata ini mudah. Lama-kelamaan dia
>>              sendiri telah sembahyang. Inilah keistimewaan dakwah.
>>              Ia memberi kekuatan.
>>
>>              Untuk itu azamlah 4 bulan...
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>
>________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mozaid Al-Habshi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke