*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


-------- Original Message --------
Subject: malaysiakini NEWS (June 25) Part 3 in Bahasa
Date: Mon, 24 Jul 2000 15:46:40 -0000
From: "Editor " <[EMAIL PROTECTED]>
Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]

ANNOUNCEMENT

Excessive traffic into Malaysiakini has shut down our server in the 
United States today (Monday, July 24). Our web host informed us that 
its server is unable to handle the heavy flow of traffic, and thus we 
are in the process moving the website elsewhere. Malaysiakini should 
be back online in the next few days. We apologise for the unforeseen 
problem. Meanwhile, here are today's news reports.


----------


PAS anggap permintaan polis `tak munasabah'
Ariani Rustam

3pm, ISN: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Hatta Ramli memberitahu 
malaysiakini hari ini bahawa parti tersebut tidak akan memberi 
senarai nama ahlinya kepada pihak polis dan menganggap permintaan 
tersebut "tidak munasabah".

Memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah 
menuduh PAS terlibat dalam mempengaruhi anggota kumpulan Al-Ma'unah, 
pihak berkuasa haruslah membuktikan tuduhan tersebut, kata Dr Hatta, 
yang juga setiausaha politik Presiden PAS Datuk Fadzil Noor.

Kementerian Dalam Negeri semalam meminta PAS menyerahkan senarai 
ahlinya bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan yang 
lengkap terhadap peristiwa rompakan senjata yang melibatkan anggota 
kumpulan Al-Ma'unah.

Timbalan Menteri Datuk Zainal Abidin Zain berkata langkah ini akan 
membantu pihak polis "menyediakan laporan yang terperinci tentang 
penglibatan PAS" dalam peristiwa tersebut kerana terdapat pihak yang 
mengatakan bahawa kebanyakan anggota Al-Ma'unah turut merupakan ahli 
atau penyokong PAS.

Menurut Hatta, adalah lebih munasabah jika PAS diberi senarai nama 
anggota kumpulan tersebut. PAS mempunyai lebih 400,000 ahli berdaftar 
seluruh negara manakala keanggotaan kumpulan Al-Ma'unah dilaporkan 
lebih kurang 1,800 orang.

"Tidak ada sebab PAS harus menyerahkan senarai ahlinya," tambah 
beliau lagi.

PAS juga akan memohon perintah mahkamah yang melarang mana-mana pihak 
mengaitkan parti tersebut dengan peristiwa Sauk itu.

"Persiapan kami sekarang di peringkat akhir dan kami akan memfailkan 
kes tersebut secepat mungkin," kata Hatta lagi.                 
                                                        
Dr Mahathir minggu lalu berkata bahawa kebanyakan anggota kumpulan Al-
Ma'unah ialah ahli PAS dan "mendapat inspirasi daripada PAS setelah 
terpengaruh dengan dakyah parti" tersebut.

Ketua Penerangan Umno Datuk Mustapa Mohamad semalam mencabar PAS 
untuk memberi bukti yang "menafikan bahawa pemimpin Al-Ma'unah ialah 
ahli atau penyokong PAS." 
   

----------


Pemuda Keadilan: Program `Gerakan Menghukum Mahathir' berjaya
'Ein Azmi dan Ariani Rustam 

5.15pm, ISN: Pergerakan Pemuda Keadilan menganggap program "Gerakan 
Menghukum Mahathir" yang dilancarkan bulan lalu berjaya memberi 
penerangan kepada orang ramai tentang tuduhan penyalahgunaan kuasa 
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Dilancarkan 25 Jun lalu, tujuan program tersebut adalah untuk membuat 
laporan polis terhadap tuduhan tersebut, yang dibuat berhubung dengan 
kenyataan Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi 12 Jun lalu. 

Shafie, yang merupakan bekas ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah, 
telah memberi kenyataan bahawa beliau diarah oleh Mahathir agar 
segera menghentikan siasatan ke atas bekas ketua Unit Perancang 
Ekonomi Datuk Ali Abul Hassan walaupun wang tunai berjumlah RM100,000 
ditemui di biliknya.

Menurut satu kenyataan daripada Pemuda Keadilan, tindakan Mahathir 
itu satu penyalahgunaan kuasa untuk melindungi perasuah dan 
menghalang perjalanan proses pengadilan.

Pergerakan tersebut telah pun membuat laporan polis di setiap negeri 
di Semenanjung Malaysia, bermula di Kuala Lumpur dan berakhir hari 
ini di Johor Bahru. Menurut pihak penganjur, selain membuat laporan 
polis, risalah tentang perkara tersebut turut diedarkan. Sebanyak 
sejuta risalah telah disediakan untuk tujuan tersebut.

Ketika dihubungi malaysiakini hari ini, Ketua Pemuda Mohamad Ezam 
Mohamad Nor berkata bahawa program tersebut telah mendapat sambutan 
yang memuaskan daripada orang ramai. Namun begitu, beliau agak kecewa 
dengan pihak polis yang nampaknya tidak mengambil apa-apa tindakan 
setakat ini.

"Di setiap ibu negeri di Semenanjung Malaysia yang telah kami lawati, 
berpuluh-puluh orang tampil menyatakan sokongan dan menurunkan 
tandatangan menggesa polis membuat siasatan terhadap Mahathir," kata 
Ezam. Selain itu, menurutnya, hanya satu dua risalah sahaja yang 
tidak dibaca daripada setiap seratus yang diedarkan.

"Ini membuktikan yang kredibiliti kerajaan kini berada pada tahap 
yang terendah," katanya. 

Menurut beliau lagi, jika pihak polis masih tidak mengendahkan 
permintaan tersebut, Pemuda Keadilan akan mengadakan satu perhimpunan 
secara aman pada bulan Ogos nanti untuk menggesa siasatan selanjutnya.










------------------------------------------------------------------------
Shoes? On the web? 
Click Here!
http://click.egroups.com/1/7061/14/_/95437/_/964453603/
------------------------------------------------------------------------

To Post a message, send it to:   [EMAIL PROTECTED]

To Unsubscribe, send a blank message to:
[EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke