*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum saudara,
Saya ingin memberitahu agar saudara berhati-hati dlm.
menggunakan perkataan "bersatu dgn. Allah" kerana
takut mungkin disalah erti oleh sebilangan orang.
Sebagaimana yang saya fahami dari Guru-guru Sufi yang
pernah saya ikuti bukan "bersatu dgn. Allah" yg.
dimaksudkan fana' oleh para Sufi tetapi tetapi hilang
lenyap zat makhluk apabila di depan Zat Allah atau
dlm. lain perkataa yg. wujud pada masa itu hanya lah
Allah sahaja. Maka wujud makhluk ini hanyalah wujud
yang majazi dan bukan wujud yang sebenar-benarnya
hanya wujud Allah -lah wujud yang Haqiqi.
Wassalam.
--- Abdul Jamil Lam <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......
>
>
> MATLAMAT PERJALANAN AHLI SUFI
>
>
> Pada umumnya ahli-ahli Sufi mengatakan bahawa
> matlamat akhir perjalanan
> keruhanian orang-orang Sufi ialah mencapai
> "kesatuan" dengan Allah SWT.
> Mereka gunakan perkataan "fana'" (lenyap atau hilang
> binasa) untuk perasaan
> "kesatuan" dengan Allah itu. Fana' ialah aspek
> negatif pengalaman
> keruhanian. Aspek positifnya ialah "baqa"
> (berkekalan dan berterusan). Fana'
> dan Baqa' ini bersifat relatif (nisbah). Fana' yang
> mutlak tidak bererti
> apa-apa.
>
> Apa yang dimaksudkan dengan "kesatuan dengan Allah"
> ialah satu "keadaan" di
> mana kesatuan yang sememangnya ada itu disedari atau
> disahkan. Si Sufi itu
> bukan menjadi Allah, kerana tidak ada "menjadi"
> dalam theori ini. Pada
> hakikatnya si Sufi itu memang "bersatu" dengan
> Allah. Begitu juga tiap-tiap
> sesuatu itu memang "bersatu" (dalam segi pandangan
> keruhanian orang-orang
> Sufi) dengan Allah SWT. Apa yang diketahui oleh si
> Sufi itu memang
> dialaminya. Kalau ada orang mengatakan ia jadi Tuhan
> maka itu adalah bohong
> semata-mata.
>
>
> · Maksud Fana'
>
> Maksud "fana'" termasuk dalam dua perkara di bawah
> ini :
>
> 1. Fana' dalam pengertian mistik. Ini bermaksud
> lenyapnya kejahilan dan
> tinggallah (baqa') ilmu yang benar (diperolehi
> dengan ilham) tentang keesaan
> Keseluruhan pada hakikatnya Mistik tidak lenyap dan
> hapus dari "diri"-nya
> tetapi ia sedar bahawa ia sebagai bentuk, wujudnya
> tidak ada pada hakikat.
>
> 2. Fana' dalam pengertian metafizika. Ini bererti
> lenyapnya "bentuk-bentuk"
> Alam Kasar ini dan berterusan serta kekal (baqa')
> Zat Yang Esa.
>
>
> Kata Ibnul Arabi, "Lenyapnya sesuatu bentuk itu
> adalah fana'; atau hapusnya
> sesuatu bentuk pada ketika tajalli (penzahiran)
> Allah dalam bentuk yang
> lain."
>
> Fana' mistik itu tidak sempurna. Si Mistik atau si
> Sufi menyedari bahawa ia,
> sebagai bentuk, tidak ada wujud hakiki, tetapi oleh
> kerana keadaan tabi'i
> bentuk itu sendiri ia tidak dapat lenyap langsung
> dari wujud. Bagaimana
> mungkin, walaupun bagi si Mistik, "mati" sebelum
> mati (meninggal dunia) dan
> pada masa yang sama sedar pula tentang Allah sebagai
> Hakikat atau Zat yang
> meliputi segala? Bukankah kesedaran itu sendiri
> menunjukkan adanya "diri"?
>
> Inilah perbezaan antara dua keadaan mistik itu :
>
> 1. Hilang lenyapnya "diri" atau "peribadi" dari
> semua kesan dan ciri-ciri
> (al-fana 'an al-rasm wa halan). Keadaan ini seperti
> keadaan tidur. Si Sufi
> itu bukan dengan "diri"-nya dan bukan dengan
> "Tuhan"-nya. Dia tidur, dia
> jahil.
>
> 2. Lenyapnya "diri" dalam keadaan ilmu intuisi
> (ilham) di mana kesatuan
> Keseluruhan itu dibukakan dalam kesedaran. Inilah
> aspek pengalaman
> keruhanian yang ditekankan. Ini adalah ilmu yang
> tidak ada cacat cela.
> Inilah yang dicari. Mengatakan "Aku jadi Tuhan atau
> mati diri" dalam
> pengertian yang hakiki adalah bodoh dan jahil dan
> melihat "diri" sendiri
> saja dalam pengalaman keruhanian adalah syirik.
>
> Yang sempurna ialah Sufi yang melihat Allah dan juga
> dirinya dalam
> pengalaman keruhanian, dengan cara ilmu mistik dan
> perasaan ('ilman wa
> halan) dan melihat "diri"-nya dengan pengetahuan
> mistik sahaja ('ilman la
> halan). Dengan lain perkataan, si sufi yang sempurna
> ialah orang Sufi yang
> mengenal Wujud Mutlak dan "bentuk" dan menyedari
> kesatuan (pada realiti atau
> hakikat) antara keduanya dan tidak wujudnya bentuk
> itu secara hakiki. Inilah
> fana' yang paling sempurna yang boleh dicapai oleh
> si Sufi dalam dunia ini.
> Fana' sebenar dicapai selepas meninggal dunia
> apabila bentuk itu hilang
> binasa langsung.
>
>
> · Fana' Sebagai Proses Yang Beransur-ansur
>
>
> Fana' itu adalah proses yang beransur-ansur yang
> terdiri dari beberapa
> peringkat. Dalam peringkat itu si Sufi tahu secara
> intuisi atau rasa (dhawq)
> kedudukannya di samping Tuhan.
>
> Peringkat ini adalah seperti berikut :
>
> 1. Fana' dalam lakuan Allah. Dalam peringkat ini si
> salik (orang yang dalam
> perjalanan menuju Allah) itu menyedari bahawa semua
> lakuan dan tindakan
> adalah lakuan Allah belaka. Si Salik itu pada
> peringkat ini berada dalam
> hadrat Cahaya Semata (hadrat al-Nur al-Mahd) iaitu
> Kebaikan Semata (al-Kahyr
> al-Mahd). Menganggap lakuan dan perbuatan anda itu
> kepunyaan anda sendiri
> adalah dalam hadrat Gelap Semata (hadrat al-Zulmah
> al-Mahdah) dan ini adalah
> syirik.
>
>
> Dalam peringkat ini si Salik menyedari bahawa Allah
> itulah saja agent atau
> pelaku dalam alam raya ini.
>
> 2. Fana' dari semua sifat makhluk. Si Salik
> menyedari dalam peringkat ini
> bahawa semua sifat (kualiti) makhluk adalah
> sebenarnya sifat dan kualiti
> Allah.
>
> 3. Fana' dari personaliti (zat) sendiri. Dalam
> peringkat ini si Salik merasa
> dan sedar bahawa diri fenomenalnya tidak ada dan
> yang baqa' (kekal) adalah
> rohnya yang menjadi bayangan Tuhan itu.
>
>
> 4. Fana' dari seluruh dunia, iaitu terhenti dari
> memandang dan memikirkan
> aspek fenomena (zahir) alam ini dan menyedari aspek
> hakiki yang ada di
> sebalik yang zahir itu.
>
> 5. Fana' dari "selain Allah" bahkan dari fana' itu
> sendiri. Dalam peringkat
> ini si Salik itu lupa langsung apa saja selain Allah
> dan juga fana' itu
> sendiri. Di peringkat ini juga si Salik itu tidak
> sedar dirinya sebagai yang
> "memandang". Allah itu sendiri "yang memandang" dan
> "yang dipandang". Dia
> kelihatan dalam semua keadaan (syu'un) iaitu
> penzahiran-Nya.
>
> 6. Fana' dari semua sifat Allah dan nisbahnya iaitu
> memandang Allah sebagai
> zat alam raya ini. Si Mistik itu tidak lagi
> menganggap alam ini sebagai
> kesan dari satu penyebab tetapi "sebagai Hakikat
> dalam zahir" (Haqq fi
> Zuhur). Ia sedar betapa pada pandangannya, yang lain
> tidak ada. Dalam
> peringkat ini disedarilah sepenuhnya kesatuan dan
> keesaan segala sesuatu. Di
>
=== message truncated ===
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail – Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: nukman naufal <[EMAIL PROTECTED]>