*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh;
��.sambungan��.
Dalam perenggan ke 3 pula, menyatakan bahwa
diantara hukum-hukum syara` yang didapati di dalam
kitab-kitab fekah mazhab imam-imam tersebut ialah
hukuman yang bersabit dengan kesalahan yang dilakukan
oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah
syariah yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisos,
diat atau takzir.
[ Apabila kita bercakap berkenaan dengan fekah, maka
sumber rujukannya ialah daripada kitab-kitab fekah
yang dikarang oleh Imam-imam mazhab.Dan jinayah
syariah juga adalah salah satu daripada perkara yang
berkaitan dengan fekah.Apa yang kita faham tentang
undang-undang jinayah?�Lalu ustaz Ahmad Jailani pun
terangkan perbezaan diantara undang-undang jinayah
dengan undang-undang sivil yang terdapat dalam
mahkamah sekular yang ada dalam negara kita hari
ini.Contohnya; bila kita pi mahkamah ,lalu kita tengok
satu kes, misal kata kes Maybank Berhad menyaman
sipolan bin sipolan.Ataupun sipolan bin sipolan
melawan/menyaman seorang yang lain; maka kes seperti
ini dipanggil kes sivil.Tapi bila kita pi mahkamah
ataupun kita baca dalam suratkhabar; kita tengok tajuk
perbicaraan itu ialah seperti Pendakwaraya melawan
Anwar Ibrahim.Ataupun pendakwaraya melawan Karpal
Singh; maka ini adalah kes jinayah.Pasai apa kita kata
ini kes jinayah?�Kerana yang dikatakan �pendakwaraya�
itu ialah dia mewakili kerajaan.Ini adalah kefahaman
secara ringkas mengenai perbezaan antara kes sivil dan
kes jinayah.Oleh itu, dalam ertikata yang lain; kes
sivil adalah satu kes yang melibatkan antara satu
individu/kumpulan dengan satu individu/kumpulan yang
lain.Manakala kes jinayah pula, ialah diantara negara
dengan individu ataupun diantara negara dengan
warganegara.Jadi, wakil kepada negara, kita panggil
sebagai �pendakwaraya�.Dan orang yang dituduh pula di
dalm kes jinayah akan disebut namanya.Contohnya,
seperti dalam kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim,
maka disebutnya nama Anwar Ibrahim.Sebabnya ialah
kerana saudara Anwar Ibrahim ini didakwa oleh kerajaan
M`sia.Tapi dalam paper, dia tak bubuh la nama
�kerajaan M`sia�, yang dia bubuh ialah
�pendakwaraya�.Maka inilah undang-undang yang
dipraktis di dalam negara kita hari ini.
Manakala di dalam undang-undang syariah ,ia
juga terdiri daripada banyak undang-undang.Seperti
undang-undang jinayah, undang-undang munakahat,
undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan
Islam ataupun Kanun Dusturi Islami dan bermacam-macam
lagi undang-undang Islam yang ada.Tapi cumanya yang
kita nak jadikan text pengajian kita kali ini ialah
khusus berkenaan dengan undang-undang jinayah.Setelah
syariat hukum hakam ALLAH ini terbahagi kepada banyak
undang-undang; lalu di bawah undang-undang jinayah itu
pulak terbahagi kepada 4 jenis.Iaitulah hudud, qisos,
diat dan takzir.
i) Hudud � bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT
dan ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa
pun.Contohnya; kalau seseorang itu mengaku berzina,
maka dia wajib dihukum sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh ALLAH SWT, iaitu wajib sebat dia 100X
(bagi yang belum kahwin).Kalau dia mengaku mencuri
pula, maka tak boleh penjarakan dia dan tak boleh
dendakan dia, tapi wajib dipotong tangannya kerana ia
adalah satu batasan yang telah dibuat oleh ALLAH SWT.
ii) Qisos � bermakna balasan yang seimbang.Contohnya;
apabila ada orang karate atas tengkok kita, maka
balasannya kita kena karate balik atas tengkok orang
tu.Orang tu butakan mata kita, maka kita kena butakan
mata orang tu balik.Dia kerat kaki kita, maka kita
kerat kaki dia balik.Ini semua dipanggil sebagai
qisos.Sebab itu dalam firman ALLAH yang bermaksud,
�Dalam undang-undang qisos itu, ada jaminan kehidupan,
wahai golongan yang berakal fikiran.��Maknanya, kalau
kita buat undang-undang qisos ini, maka ianya membawa
jaminan kehidupan kepada manusia.Sebab itu,
saudara/saudari dan muslimin/muslimat sekelian; kita
berasa tak puashati apabila bekas Ketua Polis Negara
hanya dikenakan 2 bulan penjara sahaja.Walhal dialah
yang mendatangkan kecederaan yang teruk kepada seorang
saudara seagama dengan kita.Yang kita mau ialah
sebagaimana dia cederakan kawan tu, maka dia hendaklah
dicederakan balik.Dia mengaku yang dialah yang karate
atas tengkok kawan tu, maka sepatutnya tengkok dia
mesti dikarate balik.Macamana dia biarkan kawan tu 5
hari tak dapat sebarang rawatan perubatan, maka kita
biar dia pulak merengkok dalam penjara dengan 5 hari
tak dapat rawatan.Ini barulah adil dan barulah dia
merasai apa yang kawan tu rasa.Tapi yang realitinya
sekarang ialah dalam negara kita tidak ada qisos, maka
inilah yang menyebabkan berbeza layanan berlaku di
depan mata kita.Contohnya, kawan tu pi mahkamah dengan
mata lebam.Manakala dia pi mahkamah dengan di �escort�
oleh bodyguard yang pakai motor berkuasa tinggi.Inilah
perbezaan layanan yang ada dalam negara kita.Sebab
itulah dalam undang-undang Islam, yang keduanya ,
mesti ada qisos.
iii) Diat � iaitu compensation.Yakni pampasan atau
ganti rugi dalm kes-kes yang tertentu.Misalnya,
apabila mendatang kecederaan kepada orang lain dalam
keadaan tidak sengaja ,maka hendaklah dibayar pampasan
dan sebagainya.
iv) Takzir � ia adalah satu undang-undang yang cukup
luas yang diberikan oleh Islam kepada
pemerintah.Maknanya, apa bentuk hukuman pun, maka ia
terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah.Takzir ini,
dia tidak ada limitasi.Sebagai contohnya, katakanlah
dalam kes mencabul kehormatan yakni kes raba punggung
budak kilang di pasar malam, misalannya.Kemudian yang
ditangkap buat kerja ni pula ialah 2 orang.Seorang tu
memang orang jahat, manakala yang seorang lagi pula
didapati buat kerja ni ialah tok imam.Bila mereka
dibicarakan; mula-mula sekali yang dihadapkan ialah
orang jahat tu, yang memang di kampungnya, dia
terkenal sebagai samseng jalanan yang suka kacau
orang.Lalu apabila mahkamah tengok dia punya
background pun tak berapa elok, maka diberi penjara 2
bulan.Biar padan dengan muka dia.Kemudian giliran tok
imam pula untuk dibicarakan.Apabila ditanya pasai apa
tok imam buat kerja macam tu; maka tok imam pun tak
kata apa, lalu terus saja mengaku bersalah.Lalu hakim
pun menganalisa character tok imam tu, yang selama ini
merupakan seorang tok imam yang baik, tak pernah buat
jahat dalam masyarakat, semua orang kenal dia sebagai
orang yang berbudi bahasa, hormat kepada orang tua,
kasih pada kanak-kanak; tapi inilah kali pertama dia
buat salah kerana mungkin dia tak boleh nak control
hasutan syaitan ketika itu.Lalu dengan kerana itu,
hakim hanya beri amaran sahaja kepada tok imam
tersebut.( Samalah juga dengan apa yang diceritakan
oleh ustaz Ahmad Jailani perihal pengalamannya di
mahkamah, yang mana peguam boleh �slow talk� dengan
majistret, bagitau mengenai kebaikan client dia supaya
hukuman diringankan).Jadi disini, pasai apa ada 2
keputusan yang berbeza, sedangkan kedua-duanya
melakukan kesalahan yang sama?�Inilah yang dikatakan
takzir.Tapi kalau jatuh dalam hukum hudud; hang tok
imam ka, hang tok guru ka, hang samseng ka; kalau hang
mencuri, sama saja hukumannya.Tak dak kata nak �double
standard�,diskriminasi dan tidak ada perbezaan dalam
masalah hudud.Yang inilah bezanya diantara hukuman
hudud dengan hukuman takzir.
Tapi yang kita nak sebut ialah ada dikalangan
masyarakat kita yang telah salah anggap tentang
masalah perlaksanaan undang-undang Islam.Yakni mereka
menganggap bahwa negara kita telah pun melaksanakan
undang-undang Islam apabila hukuman takzir
dijalankan.Mereka kata walaupun tak buat hudud bagi si
pencuri, tetapi takzir tetap dikenakan ke atas pencuri
berkenaan, dengan didenda atau dipenjara.Ok la ni,
kita nak bagi tau bahwa dalam ajaran Islam ni,
undang-undang jinayah, dia ada 4.Dia ada hudud, qisos,
diat dan takzir.Keempat-empat ini wajib dilaksanakan,
maka barulah kita boleh sebut melaksanakan
undang-undang Islam.Kalau hanya takzir saja yang
diguna-pakai dengan mengenepikan saja yang lain,
kemudian kita kata bahwa undang-undang Islam sudah pun
dilaksanakan; maka ini merupakan satu
pembohongan/pendustaan kepada masyarakat.Lalu ustaz
Ahmad Jailani pun memberi contoh sebagaimana seorang
wanita berpakaian.Walaupun wanita itu tutup betis dia
serta tutup dada dia dengan pakai kebarung umpamanya,
tapi kepala dia tak tudung; adakah dia dikira sudah
menutup aurat?�Tidak tuan-tuan, dia masih dikira
berdosa.Begitu jugalah dengan undang-undang jinayah
syariah ni tuan-tuan.Walaupun kita melaksanakan takzir
dengan mengatakan takzir ini sebahagian daripada
ajaran Islam, tapi apabila kita meninggalkan hudud
yang diwajibkan oleh ALLAH SWT, maka kita tetap dikira
berdosa kerana meninggalkan kewajipan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH SWT. ]
Kemudian pengarang kitab ini menyatakan bahwa
orang-orang yang beriman, wajib mempercayai/meyakini
bahwa hukuman-hukuman tersebut adalah hukuman
ALLAH/rasulNya.Yakni bersifat mutlak dan berdalilkan
al-Quran/hadis, yang didapati huraian dan
penjelasannya secara �tafsili� yakni satu persatu di
dalam semua kitab fekah mazhab-mazhab yang empat yang
wajib diterima dan dihayati oleh setiap orang yang
beriman tanpa menimbulkan sebarang keraguan.
Syariat Islam � hukum agama yang tertakluk dibawah
tanzim/tashri`, iaitu peraturan/perundangan syara`
yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan diikuti oleh
umatnya adalah satu syariat dan hukum agama yang cukup
lengkap untuk menghukumkan sesuatu perkara yang
berlaku mengikut hukuman ALLAH/rasulNya.Dimana ALLAH
SWT telah mengingatkan kepada Rasulullah s.a.w. supaya
mengikut jalan syariatNya, hukum ugama yang diwahyukan
ALLAH kepada baginda sepertimana firmanNya yang
bermaksud, �Kemudian Kami jadikan engkau diatas satu
syariat yakni satu jalan daripada perintah, maka
ikutilah ia.Dan janganlah kamu ikut hawa nafsu
golongan yang tidak mengetahui.� (Suratul Jaatsiyah
ayat 18)
[ Inilah ayat peringatan kepada Nabi kita Muhammad
s.a.w. bahwa ALLAH jadikan kita semua ni untuk duduk
di atas syariatNya/undang-undang peraturanNya.Maka
ALLAH kata bahwa apabila Dia dah buat syariat kepada
kita, maka ikutilah akan jalan/syariat yang telah
dibuat oleh ALLAH SWT kepada kita.
Jadi, dalam perenggan ini, pengarang mengatakan bahwa
undang-undang syariat Islam ini adalah suatu tanzim/
peraturan/ perundangan yang cukup lengkap.Maknanya,
ialah tidak ada kecacatan pada undang-undang syara`
yakni sudah lengkap/sempurna.Dan kita sepatutnya
merasa bangga dengan `izzah yang ada kepada
undang-undang Islam yang diturunkan oleh ALLAH
SWT.Tapi soalnya sekarang ini yang perlu kita jawab;
pada hakikatnya adakah kita rasa bangga dengan
undang-undang Islam yang ada pada kita hari ini?�Lalu
ustaz Ahmad Jailani pun menceritakan pengalamannya
sebagai seorang pengamal undang-undang.Beliau
menyatakan bahwa bila dia masuk dalam kedua-dua
mahkamah sivil/syariah, dia merasa ada perbezaan yang
ketara.Ini ialah kerana, dalam mahkamah syariah hari
ini, kita dapati bagaimana istilah-istilah yang
digunakan oleh mahkamah syariah agak asing bunyinya,
yakni bukan datang daripada Islam.Umpamanya dalam kes
�child custody�, yakni kes perebutan hak penjagaan
kanak-kanak.Proceeding dia macam ni; biasanya bila
penceraian berlaku diantara suami isteri, dan bila si
isteri nak minta hak penjagaan daripada mahkamah
supaya mahkamah isytihar bahwa bekas isteri ini
mendapat hak penjagaan anak-anak, maka dia mestilah
meng�fail�kan saman dan pernyataan tuntutan di
mahkamah syariah.Maknanya, kalau bekas isteri tu
tinggal di Georgetown ni, maka dia kena failkan
tuntutannya di mahkamah rendah syariah bandaraya di
Batu Gantung.Atau kalau dia duduk di Bayan Lepas, maka
dia kena failkan tuntutannya itu di mahkamah rendah
syariah Balik Pulau.Ok, bila dia dah failkan saman dan
pernyataan tuntutannya di mana-mana mahkamah rendah
syariah dalam negeri Pulau Pinang ni, dan sementara
menunggu hari perbicaraan itu yang mungkin mengambil
masa 4-7 bulan lamanya sebab setiap kali dia hadir ke
mahkamah dalam jangkamasa tadi, dia akan diberi
beberapa kali tarikh sebutan hinggalah sampai kepada
�hearing date� (tarikh perbicaraan).Sementara nak
tunggu tarikh perbicaraan itulah, mungkin si ibu ini
merasai kedudukannya tak berapa �secure� selagi dia
tak dapat perintah sementara daripada mahkamah supaya
dia boleh jaga anak dia ni.Dia mungkin takut bekas
suaminya akan datang culik atau ambil anaknya secara
senyap-senyap, jadi dia rasa tak selamat.Maka untuk
dia dapatkan jaminan bahwa dia ada hak penjagaan
anak-anak, dia terpaksa mendapatkan perintah sementara
di mahkamah dengan membuat satu permohonan secara
�exparte� yakni secara sebelah pihak.Dia tak perlu
bagi tau kepada bekas suaminya yakni dia buat
permohonan ini secara senyap-senyap, dan bila dia
dapat perintah daripada mahkamah, dan dengan perintah
yang ada pada dia itu, maka bekas suaminya tidak lagi
boleh mengganggu anak yang dalam jagaan dia itu.Inilah
dia permohonan yang dipanggil �exparte� dan inilah
istilah yang sebenarnya ustaz nak cerita
mai.Persoalannya sekarang, macamana istilah �exparte�
ini yang digunakan dalam mahkamah sivil boleh
diguna-pakai juga dalam mahkamah syariah? Perkataan
�exparte� ni, mai dari bahasa apa?�Dia bukan daripada
bahasa Arab.Malah dia juga bukan daripada bahasa
Inggeris.Jauh sekalilah daripada bahasa
Melayu.Sebenarnya dia adalah bahasa Latin.Macamana
pula bahasa Latin boleh digunakan dalam mahkamah
syariah dalam negara kita?�Sebab undang-undang syara`
kita hari ini, sebahagiannya diciplak daripada
procedure yang ada dalam undang-undang sivil dalam
negara kita.Yang mana undang-undang sivil dalam negara
kita ini pula adalah saduran daripada undang-undang
barat.Tapi macamana pula undang-undang barat boleh
guna istilah-istilah Latin?�Inilah yang menunjukkan
bahwa undang-undang barat terutamanya di Britain,
telah dipengaruhi oleh undang-undang kerajaan Rom
purba yang menggunakan bahasa Latin.Hah! yang ni yang
ustaz Ahmad Jailani nak bagitau tu.Maknanya, hari ini
kita bukan 100% menggunakan undang-undang syariah.Yang
ni yang ustaz kata tadi, yang mana tak rasa ada
`izzahnya pun bila kita masuk dalam mahkamah
syariah.Kita tak rasa ada kehebatan/kemuliaan dalam
mahkamah syariah sebab kita ciplak istilah-istilah
sekular daripada mahkamah sivil.Yang ni yang jadi
masalah tu.Apa maksud �exparte�?�Maksudnya sebelah
pihak.Kalau kedua-dua belah pihak ada yakni isteri
buat permohonan dan suami juga buat permohonan ,depa
kata �interparte�.Niat baik iaitu niyyatun hasanah,
depa panggil �bonafide�.Manakala niat jahat yakni
anniyyatus saiyyiah pula dalam mahkamah depa guna
istilah �malafide�.Inilah bahasa-bahasa Latin yang
dipergunakan dalam mahkamah syariah.Jadi, bila kita
gunakan istilah-istilah macam ni, maka kita tidak rasa
ada `izzah dengan undang-undang syara`.Sepatutnya,
kita kenalah guna istilah-istilah bahasa Arab sebab
�divine law� yakni undang-undang daripada langit ini
diturunkan wahyunya adalah dalam bahasa Arab.Kalaulah
kita gunakan istilah-istilah Arab, Insya`ALLAH,
sekurang-kurangnya kita rasa `izzahnya ,yakni ada rasa
kemuliaan/kehebatan akan undang-undang Islam yang
diturunkan oleh ALLAH SWT.
Sebab inilah pada hari ini, kebanyakan daripada
orang-orang Islam kita sendiri memandang rendah kepada
mahkamah syariah.Hinggakan disebut sebagai mahkamah
�rendah� syariah sahaja.Dan lebih-lebih menyedihkan
lagi ialah apabila dalam seksyen 59 mengatakan bahwa
kalau dalam undang-undang syara` Pulau Pinang ni ada
kelemahan/ kecacatan/ benda yang tak tau nak pegang
kat mana, maka dari segi procedure, ia hendaklah
merujuk kepada undang-undang sivil dalam negara
kita.Apa maknanya ini, tuan-tuan?�Maknanya, kalau kita
rasa tak cukup atau tak lengkap dengan undang-undang
syariah di Pulau Pinang ni, maka kita kena pinjam
procedure daripada undang-undang sivil yang diciplak
daripada undang-undang barat.Jadi, sapa yang
inferior/rendah dan hina di sini?�Undang-undang syara`
yang ada dalam negara kita la tuan-tuan.Kita mau
tanya; pasai apa undang-undang syara` boleh dihina
sebegini? Sepatutnya undang-undang syara` ni
dimuliakan dan ditinggikan.Maka siapa yang meletakkan
undang-undang syara` kita di tempat sehina ini?�Tak
lain dan tak bukan tuan-tuan, itulah dia orang yang
mentadbir keadaan yang sedemikian.(Termasuklah
orang-orang yang melantik depa-depa ni.Ini saya
tambah).Yang inilah yang kita mesti perbetulkan.Dan
kita harap generasi muda kita yang ditarbiyyah dan
dilengkapkan dengan ilmu sebaik-baik yang mungkin
supaya mereka suatu hari nanti menjadi golongan yang
akan menyelamatkan imej Islam yang ada pada hari
ini.Kita tak mau lagi lihat orang-orang Islam bila nak
buat undang-undang syara` ,tapi terpaksa lagi
bergantung kepada undang-undang sivil.Sebab inilah
yang membuatkan kita rasa malu/aib.Sepatutnya
undang-undang sekular lah yang mau tiru
kita.Sepatutnya undang-undang barat lah yang
meneladani undang-undang syariah.Tapi oleh kerana
kesilapan kita melantik orang yang tak sepatutnya
berada ditempatnya itu, maka menyebabkan kita bila nak
buat undang-undang ALLAH diatas mukabumi hari ini,
kita pula terpaksa pinjam daripada undang-undang
sekular.Sebab itu, untuk membuang benda-benda yang
macam ni, kita harap generasi yang akan datang
menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh generasi
masakini, supaya kesilapan sebegini tidak akan
berulang pasa masa hadapan.
Sebab itulah, ALLAH sebut dalam ayat 18 Suratul
Jaatsiyah itu bahwa jangan kita ikut hawa nafsu
orang-orang yang tidak mengetahui.Maknanya, kita
sebagai orang yang mengaji, jangan tiru perangai
orang-orang yang tak mengaji.Sebab inilah,
kadang-kadang kita rasa sedih bila melihat orang masuk
U dan ada pelajaran, tiba-tiba pi ikut orang yang tak
mengaji.Begitulah juga ,pasai apa orang yang dok ulang
alik ke masjid, rajin buka kitab; tapi bila di luar
daripada masjid, dia dok ikut orang yang tak mengaji
kitab.Pasai apa orang yang kuat buat ibadah dalam
masjid, tapi bila dia keluar masjid, dia dok ikut
orang yang tonggang arak.Yang ni yang kita
pertikaikan.Sebab itu, kita mau ,kita yang taat/sujud
kepada ALLAH inilah yang memimpin masyarakat.Biarlah
golongan muttaqin yang bertaqwa kepada ALLAH inilah
yang �lead� masyarakat.Kenapa mesti kita pi cium
tangan orang yang tak sembahyang? Kenapa mesti kita pi
cium tangan orang yang dok pegang pinggang perempuan
yang bukan mahram?�Kita tak mau benda-benda lagu ni
berlaku dalam masyarakat kita.Yang kita nak ialah
menjaga kemuliaan serban/kopiah kita dan amal ibadat
kita dalam masjid.Jangan kita dok memuliakan orang
yang derhaka kepada ALLAH SWT.Semua ni bukan kita
saja-saja nak cakap, tapi ini adalah satu
arahan/perintah daripada ALLAH yang dipanggil �divine
law� yakni undang-undang wahyu daripada ALLAH SWT
terus dari langit kepada kita semua pada hari ini. ]
��.bersambung��.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>