>From: "Nor Hayati Abdullah" ----- Original Message -----
>From: Nor Asiah <>
AL-MULK (KERAJAAN)
SURAH 67

Fadhilat Surah
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di 
dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat member shafaat kepada pembacanya hingga 
diberi keampunan untuknye iaitu surah A-Mulk "(Tabaarakal-Lazi)."

Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya
seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya 
sedikitpun daripada kitab Allah kecuali "Tabaarakal-Lazi". Maka apabila 
dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah 
itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. Sesungguhnya 
kami daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya 
saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya 
kemudharatan atau kemanfaatan. Sesunggunya jika kamu mahu memberi manfaat 
kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah SET. Dan mintalah shafaat 
daripadanya. Maka
diapun (surah) menemui Allah SWT. Dan berkata: "Wahai Tuhanku, si fulan ini 
(si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia 
membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, 
walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi 
padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah SWT berfirman: "Aku nampak kamu 
marah." Dia menjawab (surah): "Sesungguhnya saya marah. Allah SWT berfirman: 
"Pergilah sesungguhnya aku member dia kepada kamu dan kamu menjadi manfaat 
keatasnya."

Nabi SAW bersabda. "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar 
tanpa melakukan apa-apa pada si mati.

Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan
mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan 
selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan 
selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.

Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (mati) tidak merasa 
kesunyian."

Anas berkata: "Apabila Nabi SAW khabarkan hadis ini maka tidak ada 
seorangpun yang kecil mahupun besar, hamba mahupun tuan kecuali dia 
mempelajari  surah inidan Nabi SAW memanggil surah ini Al-Munjiah: Iaitu 
yang menyelamatkan." (HR. Ibnu Katsir)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah 
di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasikkannya ke 
dalam syurga. Iaitu (Tabaarakal-Lazi). (HR. Riwayat At-Tabarani)

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW telah
mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di 
dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga khatam maka 
beliaru menemui baginda SAW dan berkata: "Wahai Rasullulah SAW saya dirikan 
satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar 
seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam." Nabi SAW 
bersabda itulah yang manahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur. 
(HR. At-Tarmizi)

Daripada Jabir r.a sesunggunya Rasulullah SAW tidak akan tidur hingga 
membaca Alif Laam MIm, Al-Sajadah dan Al-Mulk. (HR. At-Tarmizi)

Dan Lais berkata daripada Thawun bahawa kelebihan dua surah in i70 kali 
lebih baik daripada tiap-tiap surah dalam Al-Quran.

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: "Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu 
satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan!"

Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli 
kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh di 
rumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari 
kiamat di depan Allah memohon kepada pembacaannya supaya Allah SWT 
menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada 
siksaan kubur.

Dan Nabi SAW bersabda: "Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari 
umatku." (HR. Ibnu Katsir)

Wallahu'alam...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Source: Haji Johari Haji Alias, "Amalan surah-surah pilihan: Fadhilat &
Khasiatnya", 1997, Darul Nu'man, Kuala Lumpur.


~~~~~~~~~~~
Maksud firman Allah: Dan (ingatlah) keika suatu umat diantara mereka 
berkata:
"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau akan 
mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" mereka menjawab, "Agar kami 
mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka 
bertakwa."(Al A'raaf:164)


________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com





Kirim email ke