AL-MA'UNAH: ADA SESUATU YANG TIDAK KENA

(Mokhtar Stork: Al-Ma'unah - another indicator of things amiss)
Dipetik Daripada: HARAKAH Terkini.

Rompakan senjata yang baru berlaku di Gerik yang dilakukan oleh satu
pertubuhan yang diberi nama Al Ma'unah hanya merupakan satu gambaran yang
samar daripada satu pemandangan yang amat besar. Ia menyerlahkan betapa
banyak benda yang tidak berjalan dengan baik di negara ini.

Memang terdapat beberapa pertubuhan termasuk tariqah, persilatan dan juga
ilmu kebatinan yang menggunakan Islam sebagai sandarannya. Kebanyakannya
tidak pun menyerlahkan amalan ajaran Islam dan Hadith seperti yang
dimestikan.

Oleh kerana masyarakat bangsa itu tidak mempunyai asas keIslaman yang kukuh
yang mencakupi ajaran Quran dan Hadith, masyarakat bangsa itu mudah
terpesong kepada kejayaan mistik, kekuasaan spiritual, kewujudan jin dan
juga perhubungan di antara orang perantaraan yang terlibatnya dengannya.Ramuan anutan fahaman ini adalah satu formula yang amat berbahaya kerana
arahan yang sebut oleh seorang pemimpin akan membuatkan pengikutnya mudah
melatah untuk melakukan sesuatu yang membahayakan.

Penyebab keadaan buruk ini seperti juga kemunduran di kalangan muda-mudi
Islam adalah disebabkan cara masyarakat Islam itu dibesarkan berasaskan
tiang agama Islam. Kerana itu kita menjadi contoh yang baik dalam aspek
melakukan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan mengerjakan
fardu Haji. Kemuncak keIslaman dalam konteks ini ialah mengerjakan fardu
haji itu dan itulah persepsi orang Islam dalam negara ini. Selain itu
muncullah fahaman betapa air dan minyak tidak boleh dicampur-adukkan.
Sebagai orang Islam kita hanya merupakan hamba yang taat kepada sebarang
ritual dan melaksanakannya seperti robot. Kita menghambakan diri kepada
Allah ketika bersolat. Tetapi, selepas itu kalau ada sesuatu yang datang
melintang, kita akan me! mbalunnya tidak kiralah samada benda itu haram
ataupun halal. Inilah sikap orang yang materialistik (kebendaan). Ada orang
yang menyebutnya sebagai satu kaedah untuk hidup. Ada pula yang
mengatakannya sebagai industrialisasi dan kemodenan kerana itu adalah satu
keadaan di mana kita mesti mampu untuk terus hidup .

Inilah keadaan yang menyebabkan Islam itu dipinggirkan kepada satu agama
yang mempunyai lima hukumnya yang menyebabkan bertambahnya keadaan yang
menakutkan di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Cuba kita tengok golongan muda-mudi masa kini. Satu ketika dulu semangat
kebangsaan memang wujud. Kini, dadah, pelacuran, maksiat dan sebagainya
sedang bermaharajalela. Cuba pula kita bayangkan program di TV, sebagai
contohnya. Nyanyian, tarian, Bollywood dan drama sengkek adalah merupakan
menu harian. Kita tidak akan terjumpa sesuatu yang berfaedah di waktu prima
yang ada hubung kait dengan kesihatan, sains, ugama, alam semu! la jadi dan
sebagainya. (Semua itu hanya boleh dinikmati kalau kita melanggan dengan
Astro).


Sekarang ini banyak galakan agar kita berbalik kepada Quran, Fardu Ain dan
Fardu Kifayah. Secara terus terang saya fikir semua laungan itu adalah
kelakar semata-mata. Memang, kita pintar dalam mengaji Al Quran, tetapi
itulah sahaja kemampuan kita. Oleh kerana kita bukan orang Arab kita tidak
pun memahami sepatah perkataan dalam Quran itu. Soalan yang membahayakan
ialah: kalau kita faham ayat Quran itu bagaimanakah kita mempunyai sebuah
kasino di Genting? Lantas, nampaknya satu kefahaman akan menyorong kita
kepada satu ketidakfahaman dan kepada satu congakkan yang silap. Hasilnya
ialah Al-Ma'unah.


Apabila kita amati kumpulan yang sesat ini, tentu kita merasa pelik
bagaimana orang yang berpendidikan tinggi pun boleh terlibat. Bagaimanakah
orang profesional dan berpangkat pun boleh terlibat. Jawapannya terletak
kepada pemahaman ! kita terhadap Islam yang berasaskan rukun yang lima itu.
Pemahaman itu tidak menjangkau lebih jauh daripada itu.

Kalau kita mahu bincangkan hal jabatan agama, saya tidak rela menempelak
mereka kerana peranan mereka sebagai institusi yang menerima arahan.
Kalaulah mereka lakukan apa yang mereka mahu lakukan, tentu akan timbul
banyak kekeliruan lagi. Penangkapan beberapa orang penghibur adalah satu
contohnya. Satu ketika dulu kita mendengar penangkapan yang dibuat di majlis
ratu cantik. Kemudian timbul kisah wang kutipan zakat yang dilabur dalam
penanaman koko (yang berakhir dengan kerugian besar). Jadinya ada orang yang
berfikir apakah jenis Islam yang kita anuti ini?


Kalau kita kaji keseluruhan keadaan muda-mudi yang ada, kita dapati golongan
yang bukan Islam tidak pun lebih baik keadaannya daripada golongan muda-mudi
Islam itu. Beberapa kumpulan agama yang lain telah meminta agar pelajaran
agama diperkenalkan di sekolah-sekol! ah. Tetapi, permintaan ini tidak pun
diberikan sambutan yang menyenangkan. Saya fikir perkara ini tentu ada kena
mengena dengan impak sambutan pelajaran itu akhirnya.

Apa yang saya fikirkan sesuai untuk dilaksanakan di sekolah ialah pendidikan
keagamaan menyangkuti budaya hidup. Setiap institusi agama boleh
mengemukakan satu kertas cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.
Dengan cara ini kita menentukan ajaran agama itu kepada nilai-nilai moral
keagamaan sahaja. Ini harus merupakan satu permulaan dan sesiapa yang
melanggarinya harus dikenakan tindakan.


Pada keseluruhannya rakyat di negara ini harus mengenepikan fahaman mereka
orang Melayu, China ataupun India dan sebagainya. Setiap pemimpin harus
memberikan penekanan kepada berkhidmat kepada negara sebelum berfikir
tentang masyarakat kaumnya. Kalau kita gagal melaksanakan perkara ini,
bererti kita memberi ruang kepada setiap masyarakat perkauman yang berfikir
mer! eka berhak ke atas sesuatu itu sebagai yang hak kepada mereka sahaja.
Bahananya kita akan menjadi Bosnia. Semua ini adalah satu gambaran
penderitaan yang tidak diperlukan. Al-Ma'unah adalah satu kumpulan kecil
pergerakan yang tidak puas hati dan seolah-olah semakin merebak secara
senyap di sekeliling kita.

Pemimpin politik harus bersedia berkhidmat dengan gigihnya. Mereka
sepatutnya tidak menerima kemudahan istimewa dalam aspek perundangan.
Perlaksanaan merupakan kelemahan kita dan ini adalah disebabkan kepincangan
dalam bidang panduan, ataupun kerelaan menerima panduan itu bahkan juga
nisbah politik. Sebagai contohnya cuba kita fikirkan masalah JE yang baru
melanda negara. Kenapakah semua ladang ternakan babi itu tidak diarahkan
mengamalkan satu standard kesihatan setanding dengan yang diamalkan di
negara barat?

Dalam perkara bertambahnya penangkapan mereka yang memandu tanpa lesen yang
sah, kita dimaklumkan betapa perlunya me! mikirkan samada proses mendapatkan
lesen itu satu proses yang mudah ataupun menyusahkan. Bukan kah ini satu
perkara yang kelakar?

Dalam hal CD haram, orang awam diberikan tawaran hadiah kalau melapurkan
syarikat yang menggunakan program yang diciplak dan haram. Di waktu yang
sama syarikat besar dibenarkan menjual CD cetak rompak secara berleluasa di
setiap kompleks beli-belah di negara ini.

Sikap memperlekehkan undang-undang itu adalah berpunca daripada kegagalan
pihak berkuasa melaksana dan menguatkuasakan undang-undang tersebut. Di
setiap kawasan perumahan di negara ini kita dapat lihat penunggang
motorsikal bermundar mandir tanpa topi keledar. Kalaulah kita kaitkan
perkara itu kepada kelemahan beragama, mungkin kita tidak silap. Tetapi yang
sebenarnya, di zaman serba moden ini, kuasa undang-undang perlu
diperketatkan untuk menentukan sesuatu itu berjalan lancar. Janganlah
bertindak apabila berlakunya sesuatu ataupun hanya ap! abila ia berlaku ke
atas seseorang yang berpangkat.




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.

Kirim email ke