EPISOD RAW: LEBIH BANYAK MISTERI AKAN TERBONGKAR!!
Mahathir kini sedang mengharungi satu suasana yang amat getir. Sauk
tidak akan berakhir dengan satu kertas putih. Banyak lagi yang akan muncul
daripada Episod RAW itu. Contoh terbaik ialah isteri Sarjan Sagadevan ialah
seorang wanita yang bernama Nathaji Baygoon a/p Mohd. Ishak. Ini bererti
beliau (Nathaji ) adalah seorang wanita Islam yang sudah murtad. Bagaimana
dengan anak-anak beliau? Apakah gerangan perasaan Mahathir bila dia
mengetahui nama sebenar perempuan ini. Tidak terlintaskah kepada hatinya
bahawa wanita ini pernah dilahirkan sebagai seorang muslimat? Apakah
pentadbiran PDRM tidak dapat mengesan betapa isteri salah seorang warga
polis sudah lama murtad? Inilah virus yang terselindung yang tidak dapat
dijangkakan oleh pencetus drama Sauk. (Sila lihat Utusan Malaysia Julai 8
muka surat 4).
Sekarang ini sudah ada satu kebangkitan bahawa Episod Sauk mesti
dilenyapkan. Mahathir sendiri sudah memberi arahan agar Episod in!
i di "Put
in The Backburner". Kerana itu kita lihat ia tidak lagi diberikan ruang muka
depan. Kenapa? Kerana terlalu banyak kesilapan drama itu. Tidak ramai yang
menyangkakan betapa 'Bukit Episod' itu mampu dicapai dengan kereta 'Kancil'
sehinggalah ia didedahkan oleh Kemang Suasa.
Tiba-tiba pelawat datang menderu dan pihak SB dan PDRM menjadi
gelabah. Malahan apabila dipersoalkan kenapa Mahathir sendiri dan juga
Paklah tidak pernah pergi melawat tapak persembunyian dan gelanggang
persilatan di antara Amin dan Lt. General Zaini, tiba-tiba Attorney General
membuat lawatan ke situ. Secara tiba-tiba pula berita Sauk harus dibekukan.
Kenapa? Kerana sudah timbul berita angin bahawa Sagadevan dan Mathew a/k
Medan memang 'mesti dikorbankan' untuk mudah menempelak PAS dan Keadilan.
Inilah episod yang dijangka panjang berjurai untuk menggantikan Episod Kes
Anwar Ibrahim.
Dalam hal ini kita perlu merakamkan tahniah kepada Panglima Sauk
y!
ang mula-mula sekali mendedahkan betapa adanya satu ciri-ciri sandiwara
dalam Episod RAW ini. Apabila penulisan ini disokong oleh MGG Pillai, Kuala
Lumpur bergegar. Malahan ramai warga diplomatik yang mahu melawat Bukit
Jenalik pada 8 Julai. Kerana itu akhbar perdana diarahkan menulis betapa
tempat persembunyian Amin adalah satu tempat yang jauhnya sekitar 2
kilometer yang berliku dengan beberapa gua yang mampu memudahkan sesiapa
lari ke kawasan sempadan.
Kemudian setelah Kemang Suasa menulis akan mudahnya menjejakkan kaki
ke Bukit Jenalik itu maka muncullah berita keesokan harinya betapa ramai
penduduk Kampung Ngor dan Sauk yang dibawa ke balai polis kerana membuat
fitnah. Sebenarnya, Mahathir dan pihak tertentu tidak mahu rakyat marhaen
pergi ke bukit itu. Kerana dengan mengadakan lawatan ke situ, akan terdedah
segala pembohongan Episod Sauk itu.
Seperti yang MR tuliskan dulu, Mahathir sudah di ambang kejatuhannya
tetapi dapa!
t terus bertahan kerana adanya kuasa 'memerintah' yang ada
padanya. Namun, kalau kita lihat KLSE hari ini ia sudah jatuh bawah paras
800. Ini adalah satu petanda yang amat kurang baik kerana pasaran mula sedar
betapa selama ini Indeks itu dapat kerahan disebabkan harga minyak yang naik
mendadak dan mampu membantu ekonomi Malaysia. Tetapi, berapa keratkah insan
di negara ini yang sedar akan fenomena ini. Secara terperincinya kelemahan
ekonomi dan pembaziran Mahathir sudah ditebus oleh Allah dengan menaikkan
harga minyak hampir dua kali ganda dengan kadar perkiraan hasil mahsyul
negara ini.
Namun, ia tidak dapat bertahan lama kerana asas keyakinan pelabur
yang sudah lembab. Kita mahu rakamkan semua ini secara saintifik dan
realitinya dan bukan secara semberono. Kita perlu menganalisa setiap
pergerakan suasana negara ini daripada bentuk permainan 'santau angin' oleh
para juak Mahathir kepada permainan 'tembakan angin' oleh pihak tertentu
yang sudah terlalu taksub kepada kepimpinan syaitan.
Sebelum Bukit Jenalik ditutup untuk kerja tertentu pihak kerajaan,
rakyat marhaen mesti mengambil peluang ini pergi ke sana secepat.
Kemungkinan ini dilihat sebelum kerajaan mengambil tindakan menutupnya
dengan alasan mahu jadikannya sebagai bukti dalam perbicaraan nanti.
Tetapi, kita tahu yang sebenarnya kerajaan tidak mahu rakyat tahu
betapa kubu yang dibuat itu "digali oleh pihak tentera sebaik sahaja
Al-Ma'unah menyerah diri. Inilah di antara sebabnya kenapa Jaafar Putih
dibunuh. Bagaimanakah Jaafar Putih boleh menggali kubu dan kubur itu apabila
tidak ada cangkul dan skop yang ditayangkan sebagai bukti rampasan kepunyaan
Al Ma'unah? Bagaimana beliau mahu menggali lubang sedangkan peluru
bersimpang siur di atas kepala seperti yang diceritakan oleh Jeneral
Penipu?).
Janganlah anda terperanjat kalau seminggu dua ini ada helikopter
yang terhempas kerana kerosakan enjin. Siapa pe!
numpangnya nanti kalau bukan
seorang dua jeneral ATM kita?
Minda Rakyat
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.
