*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.w.
Saya pernah memperkatakan hal ini sehari-dua lepas setelah isu ini
diketengahkan di ruangan ini. Isu ni cuba ditutup dengan keluarnya
kenyataan resmi oleh Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia. Katanya India
tidak pernah sekali-kali mengeksport lembu hidup atau yang telah disembelih
kecuali untuk baka. Jadi kenyataan People for the Ethical Treatment of
Animals (Peta), yang mengatakan lembu India didera sebelum disembelih adalah
tidak pernah berlaku. Sebab India tidak pernah mengeksport lembu. Mungkin
hanya untuk kegunaan tempatan. Atau mungkin wakil Peta ini tidak dapat
membezakan antara lembu dengan kerbau. Atau satu lagi, penafian ini mungkin
sekadar untuk menutup kes. Atau seperti yang saya terdengar kata Pak
menteri dalam berita utama stesyen tv, mungkin ini kerja orang asing untuk
mengguris perasaan sebahagian rakyat Malaysia. Hakikatnya tanyalah penjual
daging. Kalau mereka tak tahu beza antara daging lembu dengan daging
kerbau, belum profesionallah mereka.
Bagaimana dengan pengguna yang tertipu kerana terbeli daging kerbau?
Bagaimana pula dengan kegagalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan HE
Pengguna dalam mengambil tindakan ke atas peniaga kerana salah label?.
Nampaknya tutup satu, lebih banyak pula yang terdedah. Ini belum lagi kalau
dipolitikkan. Menteri Pertanian kelihatannya merajuk sedikit dan tak mau
komen lagi.
Seorang menteri pula menyatakan daging itu bukan daging lembu tapi daging
sapi. Satu lagi perkataan yang jarang diguna di Malaysia kecuali pada
minyak sapi yang biasanya diguna untuk masak nasi minyak atau nasi beriani.
Sapi lebih kerap diguna di Indonesia (Jawa khususnya). Kata Orang Indonesia
sapi bukan kerbau. Jadi kalau bukan lembu seperti kata menteri tersebut, dan
juga bukan kerbau kata bangsa yang biasa menggunakan istilah itu, gamaknya
mungkin anak lembu dengan kerbau.
Begitulah meriahnya Malaysia
Sekian
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>