*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum para netters:

Kalau betul apa yang dikatakan oleh kassim ahmad bahawa sembahyang itu 
adalah adat dan perkataan itu diucapkan di depan Allahyarham Imam Khomeini, 
Iran...agaknya beliau juga akan menghadapi hukuman yang sama seperti Salman 
Rushdie...


>----- Original Message -----
> >  To: Dakwah <[EMAIL PROTECTED]>
> >  From: [EMAIL PROTECTED]
> >  Message-Id: <[EMAIL PROTECTED]>
> >  Date: Sat, 29 Jul 2000 22:01:35 -0400 (EDT)
> >  Subject: sembahyang lima waktu adalah adat - Jamaah Al-Quran Malaysia
> >
> >  Dakwah - http://dakwah.listbot.com/
> >
> >  PULAU PINANG, 27 Jul (Hrkh)- Pengerusi Jamaah Al-Quran Malaysia (JAM),
>Kassim Ahmad mendakwa Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah pihak 
>yang
>bersetuju dengan gagasan kumpulan itu bahkan juga telah menyelamatkan
>sesetengah dari mereka daripada ditahan di bawah ISA.
> >
> >  "Ini seperkara yang saya tahu secara pasti," kata Kassim ketika
>memberikan ucapan pembukaan dan laporan pengerusi kepada perjumpaan tahunan
>JAM ke 5 pada 17 Jun lalu di sebuah hotel dekat Jalan Burma dekat sini.
> >
> >  "Kita harus berterima kasih kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir 
>Mohamad,
>kerana beliau bukan saja sebagian besarnya bersetuju dengan gagasan kita 
>dan
>bercakap di pelbagai forum pada garis itu, tetapi juga telah menyelamatkan
>sesetengah kita daripada ditahan di bawah ISA," katanya.
> >
> >  Dalam ucapan itu juga, Kassim berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri,
>Anwar Ibrahim adalah halangan besar kepada gerakan mereka sebelum ini.
> >
> >  "Kepertualangan beliau untuk meningkat naik jadi Perdana Menteri telah
>menyebabkan beliau bersekongkol dengan ulama untuk menekan kita. Sebelum
>ini, melalui Abim, beliau telah menyebabkan buku Hadis-Satu Penilaian 
>Semula
>diharamkan," jelas Kassim dalam ucapan itu.
> >
> >  Bagi beliau, keadaan politik di Malaysia sekarang, tanpa Anwar Ibrahim,
>ialah suatu keadaan yang memihak kepada mereka dari segi perjuangan untuk
>menyeru rakyat `kembali kepada Quran'.
> >
> >  Dalam ucapan itu juga Kassim menyebut kerapkali orang Islam jatuh ke
>dalam kancah pendewaan kepada tokoh. "Nyatalah kebanyakan umat Islam sudah
>mendewakan Nabi Muhamad. Tuhan telah mengajar kita dua perkara yang senang
>difahami dalam hal ini. Pertama, hanya Tuhan yang kita dewakan dan yang
>tidak kita pertikai. Makhluk lain, termasuk para nabi, manusia biasa yang
>tidak boleh kita dewakan dan boleh kita pertikai," kata Kassim lagi.
> >
> >  Beliau juga, dalam ucapan itu berkata sembahyang lima waktu adalah adat
>sahaja.
> >
> >  "Kita ambil contoh perbezaan pendapat tentang waktu sembahyang. Apabila
>kita berunding, kita akan dapati bahawa sembahyang itu diwajibkan bagi
>setiap individu pada waktu-waktu tertentu, tetapi Tuhan melarang kita
>daripada bertengkar tentang kaedah sembahyang (rujuk 22:67). Namun 
>demikian,
>oleh kerana generasi kita telah mewarisi sembahyang kima waktu, tidaklah
>salah kalau kita ikut adat ini, dengan syarat kita sembah Tuhan Yang Esa
>saja," kata Kassim.
> >
> >  Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan
>senarai 21 kumpulan yang dikira sebagai ajaran sesat.
> >
> >  Antaranya adalah Kumpulan Anti Hadis yang dipimpin oleh Kassim Ahmad.
>Bagaimanapun tidak dapat dikenalpasti adakah JAM adalah kumpulan anti hadis
>yang dimaksudkan dengan senarai tersebut.
> >
> >  Kassim juga dalam kenyataan akhbarnya selepas itu menafikan beliau anti
>hadis.
> >
> >  Source: Harakah Daily
> >
> >  aL-AHKAM online
> >
> >  http://ahkam.hypermart.net/
> >
> >
> >  ______________________________________________________________________
> >  To unsubscribe, write to [EMAIL PROTECTED]
> >
> >  Start Your Own FREE Email List at http://www.listbot.com/links/joinlb
>
>
>
>
>
>_______________________________________________________
>Say Bye to Slow Internet!
>http://www.home.com/xinbox/signup.html
>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "amari claude" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke