*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Biasa ler...kita sudah tahu peranan media eleoktronik dan cetak kroni, Apa
pemimpin PAS, mestia dia putar kasi rakyat pening sikit.
cakap 3 ayat, dia corner kasi setengah muka surat.
----- Original Message -----
From: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>
To: hizb <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, August 01, 2000 12:37 AM
Subject: H-Net* Hj. Abd. Hadi Awang
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalaamu'alaikum keluarga HizbiNet,
>
> Akhir-akhir ini nama Haji Hadi, menteri besar Terengganu
> sentiasa disebut sebagai mengeluarkan fatwa yang boleh
> mengancam keselamatan negara. Isunya ialah menghukum sebagai
> kafir orang yang memisahkan antara ugama dan politik.
> Akhbar memainkan peranan memburuk-buruk Haji Hadi dan
> mengajak rakyat supaya memusuhi beliau sebagai orang yang
> sangat merbahaya.
>
> Betulkah dia adalah manusia yang merbahaya? Lima belas tahun
> dulu, saya sendiri pernah benci terhadap manusia yang bernama
> Haji Hadi ini. Oleh sebab saya pernah menjadi seorang penyokong
> kuat UMNO dan Barisan Nasional, maka kepala otak saya penuh
> dengan pelbagai gambaran buruk terhadap Haji Hadi dan PAS.
> UMNO telah mereka-reka pelbagai cerita bohong dan fitnah
> terhadap pemimpin PAS itu, maka dahulu saya dipengaruhi oleh
> ajaran-ajaran UMNO. Saya amat benci melihat orang-orang PAS dan
> sentiasa mencemuh ceramah-ceramah PAS sebagaimana difahami
> oleh UMNO bahawa PAS memperalatkan Islam untuk politik.
>
> Pada suatu hari, ada seorang ustaz meminjamkan asaya keset ceramah
> Haji Hadi dalam isu politik dan ugama, isu kafir dan mengkafir.
> Setelah mendengar dengan teliti huraian Haji Hadi, barulah
> saya sedar bahawa selama ini saya telah ditipu oleh orang-
> orang UMNO. Mereka mengatakan bahawa Haji Hadi mengkafirkan
> orang UMNO.
>
> Benarkah Haji Hadi mengkafirkan UMNO? Yang dikatakan oleh
> Haji Hadi BUKAN dia kata UMNO kafir...tetapi dia menyebut
> batas-batas iman dan kufur ...barangsiapa kata politik
> suku dan ugama suku, maka murtadlah orang itu. Dia TIDAK
> kata UMNO itu kafir. Sebagai seorang alim dan peka terhadap
> gejala kufur, adalah menjadi tanggungjawab dia sebagai
> seorang yang beriman menyebut apakah perkara-perkara yang
> membatalkan iman dan syahadah orang Islam. Secara sedar atau
> tidak, seorang yang mengaku Islam menjadi kafir atau kufur jika
> dia kata, "politik suku, ugama suku". Itu adalah amaran daripada
> Haji Hadi. Dia BUKAN kata UMNO itu kafir.
>
> Cuma orang-orang UMNO yang bodoh dan berniat politik serong
> mengembar-gemburkan yang Haji Hadi kata UMNO kafir. Jika
> benar Haji Hadi beriya-iya mengatakan orang UMNO kafir,
> kenapa serpihan UMNO yang digelar Semangat 46, ketika mereka
> bergabung dengan PAS masa dahulu tidak disuruh oleh Haji
> Hadi supaya mengucap semula? Sepatutnya, Semangat 46 adalah
> kafir kerana mereka adalah bekas UMNO. Ini jelas, Haji Hadi
> TIDAK pernah kata UMNO itu kafir. Sekali lagi, dia hanya
> memperingatkan umat Islam supaya jangan tergelincir akidah
> kerana memisahkan antara Islam dan politik.
>
> Pihak media massa memainkan peranan memfitnah Haji Hadi.
> Sekarang ini isu itu dibangkitkan kembali supaya Hadi Hadi
> dianiaya. Memang ramai orang Melayu jahil tentang Islam,
> maka golongan jahil inilah yang akan termakan fitnah dan
> dakyah yang dibuat oleh suratkhabar, radio dan televisyen.
>
> Saya sudah berpeluang berbincang dengan Haji Hadi, maka
> di sini saya cukup kagum dengan pengetahuan Islamnya yang
> meluas. Jika kita mengambil Tafsir Al-Alusi, maka kita bawa
> kapada Haji Hadi untuk menghuraikan isi kandungannya yang
> ditulis dalam Bahasa Arab, maka kita akan dapati Haji Hadi
> antara seorang alim yang berupaya menjelaskan isi tafsiran
> Al-Alusi yang penuh dengan mutiara khazanah ilmu Al-Qur'an.
> Ini kerana Al-Alusi menulis tafsirnya yang sebegitu hebat,
> hanya jarang-jarang orang alim-ulama yang mampu membacanya
> dengan memuaskan, ..kupasan tentang kaedah 'irab, balaghah,
> tasrif, lughah dan sbgnya.
>
> Maka saya berdoa agar Allah menghancurkan orang-orang yang
> mahu menganiaya Haji Hadi.
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Jumlah Arisma" <[EMAIL PROTECTED]>