*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Muslimat Taman Muhibbah, Kajang menganjurkan kelas Fardhu Ain setiap hari
Sabtu jam 5:15 petang bertempat di alamat No 20, Jalan 10, Taman Muhibbah
Kajang. Pengajian ini menggunakan kitab lama yang dihuraikan oleh Ustazah
Normah yang mendapat pengiktirafan dari Jabatan Agama Islam Selangor.
Muslimat Taman Muhibbah juga menganjurkan kelas Qiraati (belajar mengaji
Quran) di tempat yang sama setiap hari Ahad jam 10:30 pagi. Pengajar ialah
Ustazah Zaiton Ahmad yang mendapat kelulusan dari Mesjid Negara Kuala Lumpur
dan mendapat pengiktirafan dari Jabatan Agama Islam Selangor. Muslimat dari
kawasan berdekatan dijemput hadir.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Kak Zah di talian 87378106 atau Pn
Hamizah di talian 87369490.
Kelas ini baru sebulan bermula, maka sesiapa yang baru ingin menyertainya
tidaklah terlalu ketinggalan dari rakan-rakan yang lain. Untuk menampung
sumbangan kepada ustazah yang mengajar muslimat digalakkan menderma seikhlas
mungkin setiap kali menyertai kelas tersebut.
Kitab rujukan boleh dibeli dari ustazah yang mengajar.
Sekian.
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>