*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PANDUAN MENGENAL PASTI AJARAN SESAT DAN PENGAMAL-PENGAMAL AJARAN SESAT DENGAN CARA 
YANG LEBIH DEKAT.


KAMI AHLI JAWATANKUASA PUSAT PERTUBUHAN INI DAN AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN DI 
SELURUH MALAYSIA, SEDIA MEMBERI KERJASAMA KEPADA PIHAK KERAJAAN MELALUI JABATAN 
AGAMA NEGERI DAN PUSAT DAN LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN, SEPERTI POLIS, JAWATANKUASA 
QARIAH, JAWATANKUASA KAMPUNG DAN SEBAGAINYA UNTUK MEMBERI PENERANGAN DAN KEFAHAMAN 
KEPADA MASYARAKAT BAGI MENANGANI AJARAN SESAT DAN PENGAMAL PENGAMAL AJARAN SESAT.


UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNG;

1.      PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD (ASLI)
        JABAT KILAT MALAYSIA, DAFTAR 2090 P.K. CAWANGAN SELANGOR
        d/a BILIK GERAKAN PEMADAM, TAMAN SELASEH 1,
        68000 GOMBAK, SELANGOR D.E.
        Tel: 6877727 (Ustaz Yunus)
        http://abjad.cjb.net
   
ATAU

2.      SEKRETARIAT PUSAT
        PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD (ASLI)
        JABAT KILAT MALAYSIA, DAFTAR 2090 P.K.
        NO. 4, PERSIARAN MERU 14, TAMAN MERU, 2C, IPOH PERAK.
        Tel: 05-8394342 ATAU 011-540033





RISALAH PANDUAN UNTUK MENGENAL PASTI AJARAN SESAT DAN PENGAMAL PENGAMAL AJARAN 
SESAT DALAM BENTUK PERSEORANGAN ATAU SECARA PERTUBUHAN.

FASA 1

Maksud Ajaran Sesat
Ilmu dan amalan yang menyesatkan akidah, syariat dan akhlak seseorang islam melalui 
lidah, anggota dan hatinya di semua tempat, waktu dan masa.
Asas seseorang menjadi kufur atau murtad dan bidaah dholalah ialah;

(1)     Jahil Murakab
(2)     Jahil Basir.
(3)     Rabtul A�di � Iaitu berpegang teguh pada hukum adat dalam hidup dan 
kehidupan dengan menolak semua sekali hukum syarak dan hukum akal.

Hukum Syarak itu ada lima (5) iaitu;  (i) wajib (ii) haram  (iii) sunat
(iv)    makroh dan (v) harus

Tiap tiap hukum syarak itu ditentukan oleh lima (5) hukum taklif untuk membolehkan 
seseorang itu berada padanya, iaitu;  (i) syarat  (ii) sebab
(iii)   mani�  (iv) sah   dan (v)  batal

Hukum akal itu ada tiga (3) iaitu  (i) wajib  (ii) mustahil dan  (iii) harus.

(4)     Taqlidul Rad�di � ikut membabi buta tanpa merujuk kepada hukum syarak dan 
hukum akal serta kepada ulama ulama yang faham dan beramal dengan ilmunya.

(5)     Tahsinul Aqli � mengikut kebijaksanaan pemikiran, menolak hujah Al-quran, 
hadis, Ijmak Ulama dan Qias dalam aqidah, syariat dan akhlak.

(6)     Hululliah � mengiktikad zat Allah itu menjelma di dalam alam. Menyerupai 
sesuatu daripada alam zahir dan batinnya. Umpamanya iktikad yahudi iaitu zat Allah 
menjelma dalam alam menyerupai nabi Allah Uzair a.s. dan iktikad kristian yang zat 
Allah menjelma dalam alam menyerupai Mariam dan Isa a.s.

(7)     Tanasikhul Arwah � mengiktikad zat nabi-nabi, wali-wali dan malaikat 
menjelma masuk dalam diri seseorang dan orang yang mendapat penjelmaan itu boleh 
menzahirkan beberapa kelebihan yang menyalahi kebiasaan bagi membuktikan 
kebenarannya.
Peringatan: tidak ada nas, hujah Al-Quran, Hadis, Ulama atau Qias, yang menyatakan 
roh nabi-nabi, wali-wali atau malaikat diizinkan Allah menjelma masuk ke dalam diri 
seseorang. Hanya yang ada ialah roh jin yang mempernamakan dirinya sebagai nabi, 
wali atau malaikat kerana menipu daya manusia untuk terjun dalam sesat aqidah, 
syariat dan akhlak dalam islam.

(8)     Iktiqad wahdatul wujud � mengiktikad zat Allah menjelma pada mana-mana 
tempat dalam diri dan bersatu dengan roh, sehingga pada masa itu orang itu mengaku 
Tuhan. Meninggalkan segala amalan syariat, menghalalkan yang haram dan terangkat 
segala taklif syarak pada dirinya, umpamanya nikah batin, sembahyang dengan niat 
dan lain lain.

(9)     Menghuraikan Al-Quran, Hadis dan kitab-kitab ulama dengan jahil kaedah 
bahasa Arab atau tidak memasuki mana-mana majlis pengajian atau tidak mengambil 
daripada mereka yang mahir bahasa Arab lagi a�lim serta beramal dengan ilmunya.

FASA II

Tanda-tanda suatu amalan itu dan orang yang beramal itu berada dalam sesat aqidah, 
syariat dan akhlak;

(1)     Ada perjanjian yang disertakan dengan sumpah bagi memaksa diri seseorang 
itu beramal dengan segala yang baik (wajib, sunat dan harus) dan meninggalkan 
segala yang jahat (haram dan makruh).
(2)     (a) Patuh kepada janji yang sama dengan hukum syarak, samada yang wajib, 
sunat, haram, makruh atau harus bagi mendapatkan sesuatu yang menyalahi kebiasaan.
(b)     Patuh kepada perjanjian yang harus dalam syarak bagi mendapatkan sesuatu 
yang menyalahi kebiasaan yang dinamakan pantang larang.
(c)     Patuh kepada penjanjian yang haram dalam hukum syarak.
(3)     Jenis-jenis latihan yang ada sifat marah atau dimarahi bagi menzahirkan 
perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan.
(4)     Mengiktikad segala wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu yang 
dihajati (berada dalam syak, zan dan waham di dalam akidah).
(5)     Amalan yang tidak tahu asal usulnya. Paling kurangnya amalan hendaklah 
sampai kepada ulama-ulama muktabar yang dipercayai akan kebenaran  ilmu dan amalnya.

FASA III
Perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan yang baik (yang dipuji oleh syarak)
(1)     Perkara yang dizahirkan oleh manusia pilihan yang khusus iaitu manusia yang 
maksum daripada dosa besar dan kecil;
(a)     Irhas � perkara yang mencarik adat yang Allah zahirkan kepada nabi-nabi 
pada masa kecil, sebagai tanda atau bukti ia akan diangkat oleh Allah menjadi Nabi 
lagi Rasul membawa risalah ketuhanan setelah ia dewasa.
(b)     Mukjizat � perkara luarbiasa yang Allah zahirkan kepada nabi-nabi dan rasul-
rasul yang membawa risalah ketuhanan untuk dirinya atau disampaikan kepada manusia 
pada zamannya. Pangkat Iman, Islam dan Ihsan mereka ini sentiasa bertambah tinggi 
tiada  berkurangan sama sekali.

FASA IV

Perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan yang Allah zahirkan kepada manusia umum 
selagi tidak berlaku qiamat.

(1)     Jenis yang baik (iaitu Ma�unah dan Karamah)
(2)     Jenis yang jahat iaitu istidraj) sihir peringkat tinggi, sihir peringkat 
pertengahan dan sihir peringkat rendah)



(A)     MA�UNAH
Golongan manusia yang asalnya kafir, munafik, zalim dan fasiq.

(i)     Mengambil ilmu dan amal daripada nabi-nabi dan rasul-rasul pada zamannya 
serta melatih diri beramal dengan ilmu itu untuk terjun dalam medan jihad dengan 
diri dan harta bagi menjaga dan memelihara maruah Agama Islam, maruah diri dan 
keturunan yang beragama, menjaga harta dan menjaga tanah air.
Mereka melatih diri keluar daripada  dosa besar dan dosa kecil, zahir dan batin 
atau syirik uluhiyah dan syirik Khafi kerana;

(a)     rasa gerun dan takut yang sungguh pada diri zahir dan batin akan segala 
siksa-siksa Allah yang bakal akan diterima semasa sakaratul maut, semasa di dalam 
kubur, semasa di padang mahsyar dan semasa di dalam neraka.
(b)     Rasa rindu yang amat sangat dengan syurga dan segala nikmatNya yang 
dijanjikan oleh Allah, sebagai balasan kepada orang yang baik dan sentiasa 
bertambah baik iman, syariat dan akhlaknya di semua tempat, waktu dan masa seolah-
olah syurga dan segala nikmatNya itu nampak pada mata zahir dan seolah-olah sudah 
merasainya semasa berada di dunia ini lagi.
Lebih-lebih lagi pada masa hampir mati, pada masa sakaratul maut, semasa dalam 
kubur, semasa di Yaumil Mahsyar dan masuk syurga betul-betul dengan roh dan jasad 
tanpa hisab dan tanpa melalui siratul mustaqim.

(ii)    Golongan ini juga ialah mereka-mereka yang mengambil ilmu dan amalan dari 
mereka yang mengambil ilmu dan amalan daripada nabi dan rasul atau golongan manusia 
yang mengambil ilmu dan amalan dari mereka�yang akhirnya daripada nabi lagi rasul. 
Sekiranya mereka ini sudah bersih daripada dosa besar (Syirik Uluhiyah) dan masih 
terjebak dengan dosa-dosa kecil tetapi segera bertaubat dengan taubat yang nasoha, 
maka perkara luarbiasa  yang Allah menzahirkan melalui lidah, anggota dan hati 
mereka ini dipanggil Ma�unah, sebagai satu pakaian atau tanda dari Allah bahawa 
mereka ini diangkat menjadi kekasihNya sekiranya mereka sanggup memelihara diri 
mereka dari terjebak ke dalam dosa besar atau dosa kecil selama-lamanya.

(B)     AHLI KARAMAH
Iaitu golongan manusia Ahli Ma�unah yang mengenali Allah dengan sebenar-benarnya 
melalui mata hati dan mata zahir yang Allah kurnia padanya dan dirinya itu hamba 
Allah yang sampai pada makam yakin yang sempurnayang sentiasa bertambah tinggi 
darjah yakinnya itu, sehingga tidak dapat digambarkan dalam bentuk tulisan, 
perasaan dan perkataan dan sentiasa pada setiap waktu dan masa menjaga memelihara 
dirinya zahir dan batin daripada terjebak ke dalam dosa besar dan dosa kecil 
melalui ilmu dan amalannya dalam aqidah, syariat dan akhlak disemua tempat, waktu 
dan masa selama-lamanya. Mereka ini adalah pewaris nabi-nabi dan rasul-rasul pada 
zaman masing-masing dalam bab ilmu dan amalan serta menjadi Uswatun Hasanah kepada 
manusia.

FASA V
Perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan yang menjadi salah dan sesat dalam aqidah 
syariat dan akhlak. Manusia-manusia yang menjadi pengamal dalam kategori ini;
(1)     Golongan ulama dan orang orang soleh yang pura-pura.
(2)     Golongan orang fasiq, zalim, munafik dan kafir.
Mereka ini mengambil ilmu dan amalan;
(a)     Daripada kitab-kitab
(b)     Daripada orang-orang yang terputus salasilahnya oleh sebab jahat adabnya.
(c)     Dalam mimpi atau menyusun sendiri kalimah-kalimah jampi serapah dan mentera 
atau mengadakan segala bentuk rupa pemujaan bagi tujuan disanjung, dipuji, 
dihormati dan digelar sebagai;
(i)     Maha Jaguh, Bapa Jaguh, Tok Jaguh
(ii)    Maha Guru, Bapa Guru, Tok Guru.
(iii)   Raja, Panglima, Hulu Balang, Tok Pawang (Tok Keramat Jin), Tok Bomoh, Tok 
Dukun, Tok Mudim, Mak Bidan dan Mak Andam.

ISTIDRAJ ATAU SIHIR PERINGKAT TINGGI YANG MENGHAMPIRI MA�UNAH DAN KARAMAH PADA 
SEKALI IMBAS PANDANG
Golongan ini adalah ulama-ulama dan orang-orang soleh yang mengambil ilmu dan 
amalan bagi mendapat sesuatu yang luar dari kebiasaan;
(i)     daripada buku-buku (kitab-kitab)
(ii)    daripada orang yang terputus salasilah ilmu dan amalannya dengan ulama yang 
muktabar yang di atasnya oleh sebab jahat adabnya.
(iii)   Mengambil daripada dalam mimpi, pertapaan atau orang-orang yang bertapa 
dengan tujuan seperti yang tersebut di atas.
Bagi orang-orang yang tersebut di atas, Allah akan menghantar kepada mereka jin-jin 
Islam yang soleh dan a�lim seumpama mereka itu. Jin-jin ini datang samada dalam 
mimpi atau dalam jaga dengan mengaku diri sebagai nabi, wali atau malaikat untuk 
mengajar ilmu atau amalan bagi menolong dalam kerja buatnya. Jin-jin yang datang 
dalam mimpi atau jaga untuk mengajar ilmu atau amalan bagi melakukan sesuatu yang 
luar dari kebiasaan akan (tidak dapat tidak) menetapkan syarat untuk diterima 
sebagai taulan atau rakan dalam semua kerja buatnya melalui lidah anggota dan hati. 
Bagi menyakinkan ulama-ulama dan orang soleh dengan apa yang dilaksanakan itu 
benar, segala syarat yang diberi sama dengan hukum syarak. Setelah menerima syarat 
tersebut dan beramal dengan ilmu yang diberi maka nyatalah pada diri ulama atau 
orang soleh tersebut segala rupa bentuk yang menyalahi kebiasaan yang pada zahirnya 
hampir sama dengan Ma�unah dan Karamah. Mula dari saat penerimaan syarat tersebut, 
ulama atau orang soleh itu telah mencampakkan dirinya ke dalam Syirik Uluhiyah 
(Murtad), dalam segala rupa bentuk amalan syariatnya selagi ia patuh dan tunduk 
kepada syarat tersebut.

Nota: Jika sebenarnya nabi-nabi, wali-wali atau malaikat yang datang sebagai utusan 
Allah pada diri orang-orang itu dalam mimpi atau jaga, maka apa yang diisyaratkan 
atau diucapkan oleh nabi, wali atau malaikat yang datang itu kepadanya, nescaya 
Allah akan zahirkan ke atas dirinya seperti yang diisyarat atau diucapkan itu. 
Maksudnya, diri orang yang menerima kunjungan itu akan berada seperti yang 
diisyaratkan atau diucapkan tanpa apa-apa syarat yang dikenakan.

ISTIDRAJ ATAU SIHIR PERINGKAT PERTENGAHAN
Golongan orang Islam yang fasiq, zalim dan munafik mengambil ilmu dan amalan 
daripada ulama-ulama dan orang soleh yang bersahabat dengan jin, yang patuh kepada 
syarat yang sama dengan hukum syarak. Golongan ulama dan orang soleh begini akan 
menurunkan ilmu dan akan meletakkan syarat yang sama seperti mana ia terima 
daripada sahabat jinnya, dan dinamakan kepada muridnya sebagai pantang larang. 
Apabila si murid itu mengaku menerima ilmu dan amalan dengan segala pantang 
larangnya maka Syirik Uluhiyah yang atas pada ulama atau orang soleh itu turun pula 
pada si murid yang akan duduk beramal dengan dirinya berada dalam keadaan murtad. 
Di kala itu si murid akan didatangi jin-jin Islam yang fasiq atau kafir dalam tidur 
atau jaga dengan mengaku sebagai nabi atau wali atau malaikat dan meletakkan syarat 
yang harus dalam hukum syarak  bagi bersahabat dan berkawan dalam semua kerja 
buatnya.

Di antara syarat-syarat yang harus dalam hukum syarak;
(a)     syarat dalam bentuk hidangan makanan dan minuman seperti pulut putih atau 
kuning, ayam panggang, bubur warna, bertih dan sebagainya.
(b)     Dalam bentuk pakaian berwarna kuning, hijau atau merah, cincin, azimat, 
gelang, tangkal, mahkota, selendang dan sebagainya.
(c)     Alat-alat senjata seperti keris, pedang, lembing dan lain-lain atau ketiga-
tiga syarat itu serentak atau dua dari tiga syarat di atas.

ISTIDRAJ PERINGKAT RENDAH ATAU SIHIR PERINGKAT RENDAH 
(IHANAH  DAN SYA�WAZAH)
Golongan  orang-orang fasiq, zalim, munafik dan kafir yang ingin menonjolkan 
kehebatan dan kebesaran. Mereka ini mengambil ilmu dan amalan daripada orang yang 
sejenis dengannya daripada segala rupa bentuk jampi, serapah dan mentera yang 
terpesong dari keadah syarak  pada kalimahnya dan ayatnya atau pun mengadakan 
segala rupa bentuk pemujaan yang di luar batas syarak. Dengan begitu mereka ini 
didatangi jin-jin yang kafir samada di dalam mimpi atau jaga, dengan mengenakan 
syarat-syarat yang haram dalam hukum syarak sebagai syarat untuk bersahabat dan 
bertaulan dalam semua kerja buatnya.

Di antara nama gelaran bagi jin adalah seperti berikut;
1. hantu Raya    2. Jin Tanah   3. Polong       4. Mambang      5. Bajang       6. 
Pari-pari       7. Langsuir     8. Toyol        9. Puntianak    10. Peleset     11. 
Hantu Kubur     12. Jerangkung  13. Hantu Galah 14.tengelong    15. Harimau Jadian
        16. Hantu Bungkus       17. Hantu Air   18. Pocong      19. Hantu laut.

Kesemua yang tersebut di atas dan lain-lain yang seumpamanya adalah dari jenis jin 
yang diberi nama sedemikian oleh orang melayu, tetapi di dalam Al-Quran semua 
jienis jin yang menjadi keturunan dan bala tentera Azazil Laknatullah disebut 
Ifrit. 

RISIKO  YANG AKAN DITERIMA OLEH 3 KELOMPOK MANUSIA YANG BERSAHABAT DENGAN JIN.

Jin-jin yang bertindak melayan manusia yang memohon pertolongan nya dalam segala 
rupa bentuk ilmu sihir dipanggil Kahin, Arrof atau Munajjim seperti yang disebut 
dalam Hadis Nabi SAW. Seperti yang dijelaskan dahulu, pengamal ajaran sesat yang 
mendampingi jin-jin dalam kerja buat mereka berada dalam kesesatan aqidah, syariat 
dan akhlak. Golongan ini mempamerkan segala rupa bentuk kehebatan dan perkara-
perkara yang luar biasa, di antaranya;
(a)     kebal
(b)     mandi minyak panas yang semata-mata mempamerkan kehebatan bukan untuk 
tujuan perubatan
(c)     segala rupa bentuk pukau memukau
(d)     segala rupa bentuk ilmu jurus
(e)     segala rupa bentuk hilang diri dan lain-lain kehebatan yang kesemuanya 
khayal dan waham semata-mata.

Apabila pengamal ajaran sesat mati, jin-jin yang menjadi sahabat mereka itu akan 
mendatangi anak cucu keturunannya dalam mimpi atau jaga, menuntut agar diteruskan 
syarat perjanjian yang sedia ada. Jika anak cucunya berdegil atau engkar atas 
syarat-syarat tersebut, mereka akan mengalami berbagai jenis bala dan penyakit 
serta halangan-halangan dalam kerja buat mereka. Keadaan ini dipanggil gangguan 
keturunan, dan antara tanda �tanda gangguan tersebut dalam sebuah keluarga ialah;
(a)     Mandul
(b)     Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan
(c)     Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur 6 bulan ke atas
(d)     Melahirkan anak cacat anggota atau fikiran atau cacat kedua-duanya.
(e)     Melahirkan anak yang buruk akhlak walau pun menjadi ulama� besar kerana ada 
pada diri anak tersebut sifat-sifat berikut;
(i)     Lekas marah (panas baran)
(ii)    Irihati
(iii)   Cemburu
(iv)    Jahat sangka
(v)     Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang jadi kenyataan
(vi)    Jin menjelma masuk ke dalam dirinya mengaku nabi, wali atau malaikat dengan 
menzahirkan perkara yang mencarik adat sebagai bukti kebenaran.
(f)     Mempunyai kebolehan mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar 
biasa, umpamanya mendatangkan objek seperti batu cincin, duit emas, keris dan 
sebagainya.

TANDA-TANDA SESEORANG ATAU SATU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIR

(a)     Suka bergaduh dan lekas naik darah sehingga pukul memukul dan bercerai 
berai dan sebagainya.
(b)     Hilang ceria diri dalam rumah kediaman.
(c)     Sakit yang berlari-lari (berpindah-pindah tempat di badan) atau sakit di 
antara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah 
saintifik.
(d)     Jin menjelma masuk ke dalam badan sehingga terlupa diri.
(e)     Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan dan 
menakutkan seperti;
-       api yang menyala dengan sendiri
-       Bunyi orang berjalan
-       Menangis
-       Bau-bauan, bunyi bising dan sebainya.



ANTARA SEBAB-SEBAB SESEORANG ITU DISIHIR

(a)     Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
(b)     Putus pertunangan
(c)     Masalah pinangan yang tidak diterima.
(d)     Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
(e)     Rebutan pangkat dalam pekerjaan samada swasta atau kerajaan.
(f)     Rebutan harta pusaka.
(g)     Irihati dengan jiran sebelah.
(h)     Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpamanya.





Disediakan oleh:

SYUKBAH TALBIAH DAN TA�ALIM
PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD (ASLI)
JABAT KILAT MALAYSIA, DAFTAR 2090 P.K.









 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke