*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded: Moga ada manafaatnya

----------------------------------------------------------------

Sedikit mengenai sejarah evolusi perjuangan PAS.

PAS dalam era 70an dan awal 80an masih begitu asing kepada masyarakat Melayu
Islam kita; sesiapa yg menyertai PAS ketika itu begitu perit sekali
berhadapan dengan tohmahan masyarakat yg sesetengahnya sanggup berkata:
"Kalau masuk PAS sama macam masuk kominis"; sedangkan perjuangan PAS yg
asalnya merupakan serpihan kumpulan Ulamak dari UMNO ini, adalah ikhlas
lillah hi Taala hendak menegakkan Islam sebagai Addin, iaitu Islam sebagai
cara hidup, baik dalam soal hubungan dengan Allah SWT (Ibadat kpd Allah SWT
- Hablum Minallah) mahu pun dalam soal hubungan sesama manusia (Hablum
Minannas) seperti dalam soal pemerintahan dan perundangan Negara .

Ketika itu, bukan sahaja masyarakat memandang serong dan tidak memahami
perjuangan PAS (termasuk mak dan ayah saya) tetapi kadang kala orang-orang
PAS sendiri jadi confuse dan tidak memahami perbezaan perjuangan antara UMNO
dan PAS, ya lah, dua-dua Melayu dan dua-dua Islam. Lantaran itu, fokus
perjuangan PAS ketika itu, selain daripada cuba memberi kefahaman mengenai
perjuangan mereka kpd orang2 Melayu, PAS terpaksa memberi fokus yg lebih
untuk mentarbiyahkan ahli-ahlinya tentang erti dan makna perjuangan PAS itu
sendiri.

Peringkat ini adalah peringkat Mentarbiyah Ahli-Ahli PAS tentang hakikat
perjuangan PAS yg sebenarnya iaitu ingin menjadikan Islam sebagai sistem
pemerintahan dan perundangan negara bagi menggantikan perlembagaan Penjajah
yg disifatkan sebagai perlembagaan Jahiliah.

Ahli-ahli PAS juga ditarbiyah dengan dalil-dalil Al-Quran; antaranya ialah
Surah Al-Maidah ayat 44;

"Waman Lam Yahkum Bima Anzallah HuFaula Ikahumul Kafirun"

"Barangsiapa yang tidak menjalankan hukum seperti apa yg diturunkan oleh
Allah SWT, maka mereka itu adalah Kafir yang Nyata"

Antara hukum2 yg tidak dijalankan di Malaysia ini adalah hukum2 jenayah
seperti yg diturunkan dlm Al quran; rujuk surah Al-maidah, surah An-nisa'
dsg.

Hasil dari tarbiyah yg bertubi-tubi ini, maka lahirlah insan-insan yang
bersih hatinya yang ikhlas berjuang semata-mata untuk menegakkan undang2
ALLAH di bumi ini. Antara bentuk tarbiyah ini ialah Amanat Haji Hadi seperti
yg diforwardkan di bawah; ianya adalah secara khusus ditujukan kpd Ahli-Ahli
PAS supaya mereka berusaha untuk menjauhkan diri dari iktikad dan perbuatan2
yg boleh menjerumuskan mereka kpd kancah murtad seperti berkata "Undang2
Al-quran itu kolot dan ketinggalan zaman, cuma sesuai untuk zaman unta
sahaja" atau pun berkata "Agama dan Politik mana boleh dicampur aduk"
sedangkan dlm Al-quran itu sendiri penuh dengan hukum hakam yang berkaitan
dengan soal pemerintahan.

Itu adalah dekad hujung 70an dan awal 80an; di hujung 80an dan awal 90an
pula, perjuangan PAS adalah "Bertekad Menentang Kezaliman" kerana ketika
itu, hasil ceramah PAS dan mungkin juga hasil usrah yg tak henti2 oleh
kumpulan2 Islam yg lain seperti ABIM dll, maka ketika itu masyarakat Melayu
Islam kita sudah boleh menerima konsep perjuangan untuk menegakkan negara
Islam, tetapi mereka telah dikelabui oleh dakwaan2 kononnya  "Kita tidak
menolak negara Islam tetapi tak berapa sesuai di Malaysia ini sebab kita ada
masyarakat majmuk". Ini adalah Zalim kerana memberi alasan untuk tidak
meletakkan Islam pada tempatnya.

Sekarang ini, di dekad hujung 90an dan awal 2000, PAS beralih kepada konsep
"Memasyarakatkan PAS" iaitu ahli-ahli PAS yang sudah tebal semangat juangnya
diarahkan turun bercampur dengan masyarakat; hasilnya hari ini lihat ahli
PAS ada di mana-mana, dan masyarakat sudah boleh menerima PAS tanpa sangsi
lagi; sokongan lebih drpd 60% pengundi Melayu dlm pilihanraya yg lalu
membuktikan kenyataan ini.

Langkah PAS seterusnya ialah mendekati seluruh golongan rakyat Malaysia tak
kira bangsa atau agama, agar dengan sokongan mereka, PAS melalui BA akan
dapat memegang tampuk pemerintahan negara dan seterusnya merealisasikan
cita-cita mereka sejak di hari pertama penubuhannya, insyaallah.

Amanat Haji Hadi cumalah sebahagian daripada sejarah perjuangan PAS, dan
percayalah tidak ada siapa yang boleh mengubah sejarah, melainkan Tuhan!

> -----Original Message-----

> ''Saudara-saudara sekalian.
> Percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang
Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia
menegakkan perlembagaan penjajahan, mengekalkan peraturan kafir.
>
> ''Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah
> saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, 
derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, 
kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati 
kita  adalah mati Islam.
>
> ''Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita 
tidak  payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan
menjadi  kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku''.
>
>


______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ibrahim Yaakob <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke