*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Kita ni sebenarnya seorang hakim secara semulajadi.  

Bila akal dapat berfungsi aje, terus kita jadi hakim. Hari2 kita buat
keputusan, dari yang ringan seperti nak makan ke tidak, dan yang tak 
berapa ringan seperti nak melabur ke tidak, dan yang berat seperti 
nak kawin ke tidak, hingga ke yang super berat seperti percaya 
Al-Quran & Al-Hadis ke tidak.  

Berapa ramai yang kecewa akibat membuat keputusan yang salah, seperti
silap pilih pasangan, silap buat pelaburan, silap mengawal kenderaan,
silap pilih jurusan, dan sebagainya.  Persoalannya, bagaimanakah 
caranya supaya setiap keputusan yang kita buat itu tepat sepanjang 
masa? Apakah ianya memerlukan kaedah tertentu, atau ilmu tertentu,
atau either you have it or don't have it.  

Mungkin para2 ilmuan boleh menggubal satu bidang ilmu baru yang
menggabungkan pelbagai ilmu (seperti, saikologi, logik, agama,
common sense, dll) untuk diajar disekolah2, untuk melahirkan 
decision makers yang bijak dan tajam dalam membuat sebarang 
keputusan dalam hidup dimana peratus ketepatannya amat tinggi 
(of course dengan izin Allah jua). Apa lagi kalau di iringi pula 
dengan Solat Istikharah.

Tanpa ilmu dan kaedah yang sistematik, keputusan2 yang kita ambil
kebanyakannya akan disandarkan pada common sense, past experiences,
dan nasihat orang lain.  Tak cukup input, tak matanglah keputusan
kita. Contoh (contoh aje tau), jika orang tanya, "berapa tahun dsai 
akan dapat besok?"; tentu sukar bagi kita nak jawab, tapi tak sukar 
bagi hakim menjawabnya. Oleh kerana pengetahuan kita tak ada, mungkin
kita akan tembak aje jawapannya - 0 (tak bersalah) atau 8 (jika 
bersalah). 

Sekian

ps: Hari in tak ada puzzle kerana puzzle 4 Ogos cukup menekan 
perasaan.
 






 
 

__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke