Aug 4, 2000
Usul tergempar 'skandal seks' MB S'ngor
Aman Rais


5:35pm, JUM: Wakil-wakil rakyat pembangkang di Dewan Undangan Negeri
Selangor akan membawa dua usul tergempar berhubung perilaku Menteri Besar,
Datuk Abu Hassan Omar dalam sidang dewan berkenaan pada Isnin depan.
Usul pertama meminta pemimpin Umno itu memberikan penjelasan berhubung
dakwaan hubungan sulit beliau dengan adik iparnya sebagaimana yang
disebarkan melalui surat layang yang diedarkan di sekitar Selangor dan
seperti disiarkan dalam akhbar Jawa Pos di Jakarta edisi 7 Julai lalu.
Usul kedua meminta Menteri Besar itu menjelaskan campur tangan belaiu dalam
urusan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung penangkapan 31 orang
Islam yang mengunjungi kelab malam The Ship pada 10 Jun lalu.
Ahli Dewan Undangan Hulu Kelang, Mohd Azmin Ali memberitahu, usul-usul
tersebut perlu dibawa ke sidang dewan kerana ia melibatkan kepentingan awam
dan imej negeri Selangor.
"Kami akan mengemukan usul ini walaupun ia kemungkinan besar ak! an ditolak
oleh Speaker. Ketua Pembangkang di DUN Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali akan
membawa usul ini," katanya kepada malaysiakini hari ini.
Menurut beliau, usul itu hanya mahu meminta penjelasan daripada Menteri
Besar berhubung dakwaan-dakwaan dalam surat layang itu dan bukan bertujuan
untuk memalukan pemimpin tersebut.
"Wakil-wakil rakyat Barisan Alternatif berpendapat Datuk Abu Hassan perlu
diberi peluang untuk membersihkan namanya," tambah beliau.
Rencana akhbar Jawa Pos itu menyatakan dua ahli Umno telah pergi ke pejabat
akhbar berkenaan dan menyerahkan surat layang serta gambar-gambar dan segala
dokumen seperti sijil kelahiran, salinan kad pengenalan yang kononnya ada
kaitan dengan Abu Hassan, adik ipar perempuannya dan Abu Hassan Abdullah
(suami adik iparnya).
Azmin juga menyatakan, usul berhubung Jais juga memerlukan penjelasan lanjut
dari Menteri Besar kerana beliau yang mengeluarkan arahan supaya orang
ditahan oleh Ja! is dibebaskan.
"Rakyat masih keliru dengan tindakan MB itu dalam kes Jais itu. Orang Islam
mahu tahu mengapa tindakan undang-undang tidak boleh diambil sedangkan
terdapat cukup bukti," katanya.
Dalam kes Jais ini seorang penyanyi wanita berserta para pengunjung kelab
malam berkenaan telah ditahan kerana didakwa berkelakuan memalukan Islam.
Tindakan Jais itu telah mencetuskan kontroversi dan Menteri Besar telah
campur tangan dengan mengarahkan supaya mereka dilepas daripaa sebarang
tuduhan.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.

Kirim email ke