*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Peristiwa kebakaran ini telah pun disiarkan melalui tv
pada hari Rabu yang lepas.Dan ianya berlaku di kawasan
Jalan Madrasah, Jelutong,P.Pinang.Dan salah satu
keluarga daripada 18 keluarga yang menjadi mangsa
ialah keluarga Ustaz Halim Hassan.
Apabila saya ziarah tempat kejadian serta keluarga
Ustaz Halim, Alhamdulillah,didapati bahwa
mangsa-mangsa kejadian telah pun ditempatkan di
madrasah dan di dewan orang ramai.
Setelah bertanya khabar tentang mangsa-mangsa
kebakaran dan melihat keadaan dipersekitaran tempat
kejadian itu, maka ada beberapa benda yang menarik dan
boleh dijadikan iktibar kepada kita semua.
1) Pertama kali dalam sejarah saya, saya tengok umno
tidak menggunakan dewan orang ramai sebagai markaz
depa.Yang ni kita kena salute umno jelutong.
2) Dan buat sekian lama, baru kali ini saya tengok
orang ramai bekerja sama tak kira hang parti apa,
sama-sama berganding bahu menolong mangsa-mangsa
kebakaran.
Tapi yang sedihnya ialah adakah semangat ini hanya
timbul apabila kita ditimba bala daripada ALLAH SWT?
Lalu saya pun teringat cerita orang tua-tua bilamana
peristiwa 13 Mei meletus.Masa tu orang melayu begitu
pekat dengan semangat kedaerahannya, tapi apabila
meletusnya peristiwa berdarah itu ,masing-masing
mengenepikan semangat itu, lalu bersatu pi pukoi cina.
Oleh sebab itu, saya kurang setuju kalau ada
sahabat-sahabat kata orang Melayu ni penakut/bacul.
Ini dikuatkan lagi oleh cerita daripada seorang
sahabat (ahli masjid) yang pernah melawat Baitul
Maqdis atas urusan kerja.Dimana beliau menceritakan
bahwa apabila orang Palestin terpandang saja kepada
sahabat saya itu, depa nanti tanya, "Adakah anda
datang dari timur?"...Jawab sahabat saya, "Ya."...Lalu
orang Palestin tu peluk sahabat tu dan suruh dia
sampaikan pesannya kepada seluruh dunia Islam.Pesannya
ialah dia minta semua orang Islam buat sembahyang
hajat untuk mengembalikan Baitul Maqdis kepada Islam
dan kalau boleh mai lah ke Baitul Maqdis untuk
berjihad bagi membebaskan kota suci orang Islam ini
daripada rejim kejam zionis.Ini adalah sebab mereka di
bumi Palestin ini sudah kurang kepercayaan mereka
terhadap bantuan daripada negara-negara Arab.
Dan apa yang menarik yang diceritakan oleh orang
palestin itu kepada sahabat saya ialah mereka pernah
diceritakan tentang kehadiran orang-orang bentuk rupa
macam kita ini di bumi Baitul Maqdis ,yakni mereka
nampak orang muka macam kita ni berjuang sama-sama
dengan tentera Salahuddin al-Ayubbi dalam Perang
Salib.Wallahualam.Maka sahabat saya pun buat andaian
bahwa mungkin yang dimaksudkan itu ialah orang datang
dari Acheh atau Patani.Kerana kedua-dua tempat ini
terkenal dengan pemuda-pemuda mereka yang mempunyai
kekentalan aqidah yang cukup hebat dari dulu hinggalah
sekarang.
Itulah pendapat saya yang fakir lagi dhoif ini,bahawa
Melayu sekarang bukannya penakut, tapi mereka telah
dilenakan oleh arus material yang disogok oleh
puak-puak sekular laknatullahi alaik.
Jadi, tugas kita sekarang ialah untuk mengejutkan
sahabat-sahabat kita ini dari terus dilenakan oleh
syaitan berupa manusia maupun syaitan jin.Insya`ALLAH.
WALLAHU`ALAM.
p/s : Untuk saudara [EMAIL PROTECTED],
nampaknya delay lagila jawapan dari ustaz Halim, sebab
habih dengan pc dia sekali jadi abu.Jadi harap
bersabar, dan pada masa yang sama,Insya`ALLAH , saya
akan tanya pada ustaz yang lain pula.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>