Aug 10, 2000
Badan bebas siasat isu Al-Ma'unah
'Ein Azmi
6:45pm, KHA: Sekumpulan 22 pertubuhan bukan kerajaan akan menubuhkan sebuah
badan siasatan bebas ekoran timbul pelbagai kesangsian cara kerajaan
mengendalikan isu pertubuhan silat Al-Ma'unah.
Dalam satu kenyataan kepada malaysiakini petang ini, mereka mempertikaikan
tindakan kerajaan menahan lebih 35 orang yang disyaki anggota Al-Ma'unah di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sejak 6 Julai lalu.
"Berdasarkan pengalaman dan ketidaktelusan dalam proses penahanan (ISA),
kami berasa bimbang terhadap keselamatan ahli-ahli Al-Ma'unah," jelas
kenyataan itu dipetik.
Mereka juga bimbang cara media melaporkan isu itu seolah-olah sebagai
"tindakan subversif oleh pengikut Islam yang fanatik" dan laporan seumpama
itu boleh "mewujudkan ketegangan serta ketakutan rakyat Malaysia pelbagai
kaum dan agama."
Kumpulan NGO itu juga mempertikaikan perbezaan kenyataan menteri dan pegawai
kerajaan serta fakta berita seperti dilaporkan media utama. Mereka juga menolak cadangan kerajaan untuk menerbitkan laporan khas Kertas
Putih kerana "masyarakat mempertikaikan kredibiliti Kertas Putih itu
sendiri."
Pada 31 Julai lalu, dalam sesi dialog dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badwi, sebilangan wakil kumpulan itu telah mencadangkan
penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasata isu tersebut secara bebas dan
telus.
Bagaimanapun Abdullah menolak cadangan NGO itu dengan alasan kerajaan
berhasrat meneruskan Kertas Putih.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
itu, kumpulan itu menyebutkan maklumat terperinci tentang jawatankuasa
siasatan bebas yang mereka wujudkan sendiri itu akan dimaklumkan dalam masa
terdekat.
Semalam, seramai 29 anggota Al-Maunah yang dihadapkan di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah atas tuduhan "berperang atau cuba
berperang atau bersubahat berperang melawan Yang di-Pertuan Agong a!
tau Raja
atau Yang Dipertua Negeri."
Hakim Datuk S.Augustine Paul menetapkan tarikh perbicaraan pada 11 September
depan.
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.
