*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa punya pengarang daa...udah la tak tau fakta,
geografi pun lintang pukang...dah tak da pengarang yg
berwibawa lagi ka yg nak join utusan?
UTUSAN 16 August 2000
Keadaan mencemaskan di Zamboanga
PEMBUNUHAN dan pertempuran dengan
pasukan tentera atau polis mungkin jarang berlaku di
Malaysia tetapi di
Zamboanga City ia boleh dikatakan
berlaku saban hari dan menjadi satu permainan senjata
yang mencemaskan.
Tiap hari, ada sahaja berlaku
pertempuran dan kejadian letupan bom yang mengorbankan
berpuluh-puluh nyawa
manusia sama ada yang berdosa atau
yang tidak berdosa.
Walaupun media-media tempatan
melaporkan peristiwa pertempuran ini dengan cara yang
begitu menyedihkan tetapi
rakyat berusaha mencari rezeki
seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku di
sekeliling mereka.
Zamboanga yang dahulunya terkenal
dengan pusat pelancongan kerana kepulauannya yang
menarik, kini semua
kegiatan tersebut tinggal senyap dan
sepi kerana pelancong asing bimbang dengan tahap
keselamatan masing-masing.
Selain daripada sektor pelancongan
turut terjejas ialah pelaburan secara langsungnya
kerana pelabur-pelabur juga
bimbang tentang keselamatan mereka
yang sehingga kini belum dipulihkan lagi.
Sepanjang 15 hari di Zamboanga City,
sebuah bandar yang terletak kira-kira 500 kilometer di
selatan Manila 150
kilometer dari Pulau Jolo atau Pulau
Patikul, tempat persembunyian pejuang Abu Sayyaf tidak
ada suatu hari pun di
dada-dada akhbar di sini tidak
melaporkan tentang pembunuhan, pertempuran atau
letupan bom.
Tidak kurang dari 100 nyawa
terkorban dalam tempoh berkenaan dengan Sabtu lalu
mencatatkan angka terbesar
dengan 20 orang terbunuh sekali gus
akibat pertempuran antara tentera kerajaan dengan puak
Kristian.
Hari ini sahaja dua terbunuh, 11
cedera dalam letupan bom di gerai di utara Cotabato
yang menuduh gerila Barisan
Pembebasan Islam Moro (MILF)
melakukannya.
Dalam satu-satu pertempuran sudah
tentu ada pihak yang terbunuh, cedera, kemusnahan
harta benda dan tidak kurang
juga tentera-tentera yang berkhidmat
demi mempertahankan tanah air turut menjadi mangsa
kepada keadaan.
Perjuangan puak militan di Zamboanga
begitu kuat sehingga timbulnya beberapa kumpulan baru
yang antara satu sama
lain bersaing ingin menonjolkan
kejayaan masing-masing.
Tindakan mereka juga bukan sahaja
mencederakan orang ramai tetapi turut melakukan serang
hendap terhadap
balai-balai polis sekitar kawasan
tengah Mindanao dan berikut adalah antara beberapa
kejadian serangan militan dalam
tempoh dua minggu yang lalu.
Ketua Pemerintah Selatan, Kol.
Hilanio Atendido berkata, pejuang berkenaan telah
membunuh sekurang-kurangnya
tiga orang dan mencederakan dua yang
lain dalam pertempuran tersebut.
Di utara Cotabato, pasukan Renjer
Tentera bertempur dengan pihak pemisah yang tidak
diketahui jumlahnya di sebuah
kawasan berhampiran Banisilan
mengakibatkan beberapa gerila terbunuh.
Dalam pada itu juga, tentera di
Maguindanao berjaya memisahkan kira-kira 100 gerila
yang menyerang hendap kem
polis yang menjaga keamanan
sepanjang Lebuh Raya Cotabato-bandar Jeneral Santos.
Di samping itu menurut laporan
tentera juga, satu pertempuran sengit waktu pagi
berlaku di bandar Datu Odin Sinsuat
dengan pihak tentera terpaksa
menggunakan kereta-kereta perisai untuk mempertahankan
diri. Dalam pertempuran ini
seorang tentera terbunuh manakala
seorang wanita cedera dalam kejadian tersebut.
Dalam pada itu di Saranggani,
Pengarah Wilayah Polis, Ketua Supritendan Manuel Raval
berkata, sekumpulan gerila
membuat serang hendap di sebuah
balai polis dengan melancarkan serangan roket terhadap
balai polis berkenaan.
Bagaimanapun pasukan polis yang
diketuai oleh Supritendan Cesar Daouil mematahkan
serangan terhadap gerila
berkenaan.
Antara satu pertempuran dengan
pertempuran yang lain ia mempunyai senarionya yang
tersendiri kerana ia mungkin
terdapat pertelagahan antara satu
pihak dengan pihak yang lain dan yang lebih
bersemangat lagi ialah perjuangan
menuntut pembebasan daripada
kerajaan.
Kini hampir di semua jalan dan
laluan utama di sini terdapat iklan menyeru orang
ramai tentang kepentingan
membebaskan bandar ini daripada
aktiviti persenjataan serta mendidik supaya hidup
dalam suasana harmoni dan
perpaduan.
Zamboanga sebagai sebuah wilayah
dalam pentadbiran Mindanao yang mempunyai pelbagai
etnik yang memang
terkenal dengan perjuangan Bangsa
Moronya khususnya dalam membantu gerila Barisan
Pembebasan Kebangsaan
Moro (MNLF) untuk mendapatkan hak
autonomi masing-masing.
Perjuangan ini begitu kuat sehingga
mereka akhirnya memeterai perjanjian perdamaian dengan
kerajaan Filipina pada
tahun 1996. MNLF kini diketuai oleh
Nur Misuari yang telah pun dilantik sebagai Gabenor
Wilayah Autonomi Islam
Mindanao.
Selepas itu kini timbul pula satu
lagi gerila militan serpihan daripada MNLF iaitu
Barisan Pembebasan Islam Moro
(MILF) yang diketuai oleh
pengerusinya, Salamat Hashim dan naib pengerusi bagi
hal ehwal militan, Eid Kabalu.
MILF kini sedang berjuang
berhabis-habisan untuk mendapatkan dana dan senjata
bagi memperkukuhkan
perjuangannya. Kumpulan ini kini
melancarkan perang gerila dengan sasaran utamanya
ialah kepada orang-orang
awam.
Salamat kini mengisytiharkan jihad
dan menyeru semua pejuang Moro mengikuti jejak
langkahnya terhadap sebarang
ketidakadilan dalam kerajaan.
Bulan lalu, Salamat menggesa pejuang
Islam meningkatkan jihadnya berikutan serangan tentera
terhadap ibu pejabat
MILF, Kem Abu Bakar di Matanog,
Maquindanao yang turut disiarkan oleh sebuah stesen
radio.
MILF kini semakin berpengaruh dan
baru-baru ini Istana Malacanang sendiri telah
mengeluarkan senarai 41 pegawai
kerajaan yang mempunyai rangkaian
dalam agensi kerajaan yang menyokong perjuangan
mereka.
Semua kejadian itu membawa imej
bahawa Zamboanga bukanlah satu tempat yang selamat dan
pihak berkuasa perlu
melakukan sesuatu untuk memulihkan
keadaan.
Memperlihatkan kepada peristiwa di
atas, Zamboanga yang mempunyai penduduk menghampiri
600,000 orang bukan
suatu bangsa yang duduk diam dan
membuat kerja masing-masing tetapi mereka sanggup
berjuang dengan apa sahaja
termasuk secara militan demi
survival hidup mereka. - Utusan
(C) UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan
Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail � Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Dzun Nun <[EMAIL PROTECTED]>