*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded Message:

From: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: ULASAN MINGGUAN  


[EMAIL PROTECTED] wrote:

Assalamualaikum,

Lama aih tak bergebang dalam hizbinet ini; dok ingat nak sengap sat 
bagi kes 
Sauk reda dulu - bukannya apa, kita tak maulah nanti tak tentu pasal 
enggang 
lalu ranting patah. Lagi pun, tak aci kalau tiba-tiba kita kena cekup 
pasal 
kes Sauk sedangkan dalam hati saya, bila saya baca laman web Al-Maunah 
yg dok 
tuduh kata satu kumpulan Islam yg saya cukup hormati (hangpa pi baca 
sendiri 
la) sebagai kumpulan pengikut setan dan ejen Yahudi, saya jadi malaih 
nak 
bersembang pasal depa ini.

Kalau sungguh kumpulan yg Maunah kata itu ejen Yahudi dan pengikut 
setan, tak 
kan kot depa sanggup berjuang bermati-matian di bumi Chechnya (sebagai 
contoh) 
sampai ke titisan darah yg terakhir; bukan macam sesetengah kumpulan 
itu, boss 
kena kilas sikit, terus naik ghaplah jingga!

So, hari ini saya nak habaglah saya memang tak sokong kumpulan Maunah 
ini; 
bukan kerana dia terlibat dalam sandiwara ka, Theater  Bangsawan ka 
apa-apa 
ka, tapi asas depa memang tak berapa clear. Jadi, kalau ada 
SB.dot.com.my dok 
monitor internet ini; sila pi main jauh-jauh, hari ini saya nak tulis 
cerita 
lain pulak.

Buat pengetahuan hangpa, cerita SB.dot.com.my dok monitor internet ini 
bukan 
cerita lawak, tapi cerita betoi; ada kawan saya dah naik kecut sebab 
nama dia 
dah ada dalam senarai; saya selalu dok buat lawak dengan dia kata, 
"hmm, tak 
lama lagi depa mai ambik hang malam2 buta, bawak pi balai kena kapit 
teloq!

Minggu ini, kita ada dengar dan baca tiga cerita utama; satu pasal Pak 
Abu 
mengikut jejak langkah Rahim Tambi Chik resign in disgrace; dua pasal 
Lakunan 
Sauk dipentaskan semula dan tiga pasal kes Hak Istimewa Melayu nak 
dihapuskan.

Cakap pasal kes Abu Hassan di Selangor ini; kita tak tau nak kata apa 
dah; 
cumanya sebagai orang Islam, boleh kot kita tengok dari satu sudut yang 
sedikit berbeza. Hangpa setuju ka tak setuju ka tak tau lah, tapi Ustaz 
saya 
kata setiap kejadian yg Tuhan jadikan itu ada iktibarnya.

Saya dok tengok, apa yang terjadi kpd Pak Abu ini adalah hasil dari 
usaha 
gigih beliau selama ini untuk membendung arus kebangkitan Islam di 
selangor; 
antaranya ialah berusaha sedaya upaya untuk bubuh berpuluh-puluh tong 
UHU cap 
gajah kepada berpuluh-puluh orang penceramah agama di sana; tak cukup 
dengan 
itu, beliau juga bekerja keras untuk mempastikan amalan meminum minuman 
keras 
terus dapat dijalankan di Selangor tanpa ganggu gugat oleh mana2 pihak 
seperti 
kes The Ship tempoh hari.

HARI INI ABU HASSAN JATUH - SATU PETUNJUK DARI ALLAH SWT SEBENARNYA!

Itu dari sudut yang agak serius; kalau secara sinis pulak kita boleh 
kata; 
penglibatan Abu Hassan alam arena seks luar nikah ini dengan secara 
otomatik 
telah melayakkan beliau berada dalam satu kumpulan dengan Rahim Tambi 
Chik yg 
terjatuh juga kerana skandal yang hampir serupa. Sekarang kita perlu 
tunggu 3 
orang lagi, nak bagi cukup 5:

BILA DAH CUKUP LIMA NANTI, BOLEH LA KITA PANGGIL NING BAIZURA BAGI DEPA
BALUN PUAS-PUAS!!

[Sapa dia yang 3 orang itu, sama-samalah kita tunggu dan lihat, yang 
pastinya 
kita tak perlu tunggu sampai Ning Baizura dah tua, kerana selagi mana 
UMNO 
masih berkuasa, maka selagi itulah pemimpin2 bangsa seperti Pak Abu dan 
Rahim 
Tambi Chik ini  akan terus muncul dari masa ke semasa!]

HIDUP UMNO!!

Di pertengahan minggu ini pula kita dihebohkan dengan cerita pementasan 
semula 
Sandiwara di Sauk; bukan sandiwara, salah kalau kata sandiwara, tapi 
kalau 
sebut sebagai drama Sauk, tak apa, tak dak orang nak mai cekup hang 
bawak pi 
balai malam-malam buta pi jumpa OKT (orang kapit teloq)!

Baguslah jugak kerajaan buat tayangan semula filem Sauk ini, dah tu 
bagi 
peluang pulak kat Mahfuz pi tengok. Saya tak mau nak komen apa, cuma 
nak habag 
kata saya tak sabaq-sabaq nak pi dengar ulasan Mahfuz pasal tayangan 
perdana 
filem itu nanti. Tapi, rasanya lagi syok kalau kita pun boleh tumpang 
pi 
tengok sama.

Manalah tahu, masa depa tengah dok berlakon semula punggah M16, M203 
etc nak 
muat 3 buah pajero itu, tiba-tiba tak muat. Mungkin, dalam keadaan 
gabrah, 
nanti Datuk Najib bangun menjerit kuat-kuat:

"CUT!! - BUAT SEMULA, ISI KETAT-KETAT SIKIT, YG KAT BAWAH KUSYEN TU, 
SUMBAT 
BAGI PADAT!!!"

Lawak saja weih, kita tunggu saja ulasan lanjut daripada pengkritik 
filem 
kita, saudara Mahfuz tak lama lagi!

Lain dari Sauk, minggu ini juga depa dok heboh pasal ada apek Cina 
dalam MAPEN 
cuba jolok sarang tebuan minta hak istimewa orang Melayu dihapuskan.

Hat ini, nak komen kot mana pun tak kena, sebab dalam hati saya walau 
pun dok 
gedebab gedebub juga dengan Cina sekoq ini, kalau boleh nak saja saya 
bawak pi 
hutan jenalek, pi cari mana-mana geng Maunah yg masih tinggal suruh 
buat 
lakunan semula ke atas Apek ini; tapi bila saya cuba berfikir secara 
waras, 
saya merasakan ada yang tak kena dengan cerita isu hak istimewa orang 
Melayu 
ini.

Ya lah, mana tak kenanya; mula-mula ada orang kata depa buat Sandiwara 
bertajuk Sauk: Bukit Jenalek, yang dipentaskan sedemikian rupa dengan 
bertujuan untuk mewujudkan rasa benci orang bukan Islam pada mana-mana 
parti 
atau pertubuhan Islam. Lepas itu, depa perhidup balik isu Amanat Haji 
Hadi nak 
bagi orang Melayu Islam pulak naik benci dan meluat dengan parti yang 
bernama 
Parti Islam ini. Dua-dua tak jadi, jadi kali ini, depa buat pulak 
sandiwara 
bangsawan bertajuk:

SESUDAH SAUK: HAK ISTIMEWA MELAYU PULA NAK DIHAPUSKAN!!

Dengan harapan, kali ini orang-orang Melayu yang cukup sensitif dengan 
isu ini 
akan kembali melutut - setia, bersatu, berkhidmat menghambakan diri, 
kembali 
kepada kumpulan Toghut bernama UMNO!!

Lalu, di merata-rata kedai, depa pun bermadah:

" ITU LAH, ORANG DOK KATA DAH, JANGAN TOLAK UMNO, HA, LA NIE CINA DAH 
NAIK 
KEPALA, PADAN MUKA HANGPA!!"

Ish, ish, ish kesian kat kita.....

Wassalam,
ABK



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: HizbiNet <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke