Penggantungan Platinum Lane Adalah
Isu Maruah Melayu

Saya sebagai seorang "rakaniaga" syarikat Platinum Lane Sdn Bhd semenjak
3
tahun yang lalu rasa terpanggil untuk menyatakan keluhan dan rasa kecewa

saya dengan sikap Bank Negara yang diletakkan dibawah kawal selia
Kementerian Kewangan. Pada tarikh keramat 8 hb. Ogos 2000, tepat jam
2.30
petang, sepuluh buah kereta tiba-tiba merempuh masuk ke kawasan Pusat
Perniagaan Putra di Kelang Lama, Kulim, Kedah. Sekumpulan pegawai bank
negara yang di kawal ketat oleh pihak polis telah menyerbu syarikat ini
dan
merampas sejumlah wang, dokumen dan cakera liat (hardisk) komputer. Bila

orang ramai makin ramai datang, pada jam 7.00 petang pihak FRU dipanggil

untuk mengacau lagi keadaan.

Cara serbuan yang dibuat oleh pihak BNM adalah amat tidak profesional
dan
berniat jahat. Langkah ini disifatkan oleh sebilangan yang hadir pada
hari itu
sebagai lahir dari sifat irihati dan dengki pihak tertentu dengan
kejayaan
syarikat milik penuh bumiputera Islam itu menarik lebih 30,000 ahli
menyertai
usaha untuk meninggikan martabat ekonomi orang Melayu dan Islam.
Syarikat
itu telah berjaya membina sebuah empayar perniagaan yang besar dengan
terbinanya puluhan buah kedai dari kafetaria, kedai emas, kedai kereta,
alatan
sukan malah pasaraya! Dua buah bangunan pasaraya syarikat itu sedang
dalam
proses penyiapan tetapi semuanya ini bakal berkubur dengan tindakan BNM
yang berpunca dari arahan Haman Tun Diam membekukan semua aset syarikat
itu dalam beberapa buah bank.

Saya amat gusar dengan kerajaan yang kununnya diterajui oleh orang
Melayu
AMNO tetapi telah membunuh satu bentuk perniagaan yang diasaskan oleh
bangsa Melayu dalam masa sekelip mata. Walaupun syarikat ini dikatakan
mengambil deposit secara tidak sah menurut BAFIA seksyen 25(1), namun
sehingga kini pihak BNM belum dapat membuktikan walaupun 'sekupang'
bahawa tuduhan itu adalah kuat dan benar. Apakah dengan mengheret
syarikat tersebut dengan tuduhan tidak berasas akan menyelesaikan
masalah?
Apakah dengan membekukan semua aset syarikat tersebut dalam bank
tempatan yang bernilai ratusan juta ringgit akan menolong meninggikan
lagi
mertabat ekonomi Melayu bumiputera?

Saya ingin mengingatkan Tun Diam agar jangan cuba lepas tangan dalam isu

ini. Ahli-ahli Platinum Lane bukan saja dari kalangan orang biasa, tapi
lebih dari
separuh dari bilangan Askar Melayu TUDM Butterworth, beribu-ribu askar
Malayu TLDM Lumut dan beratus-ratus askar Melayu dari kem Sungai Layar,
Sungai Petani sudah merasa bosan dengan sandiwara Tun Diam. Ada
dikalangan kami terdiri dari Pegawai polis dengan tiga 'paku', isteri
dan keluarga
YB dan ahli exco malah kerabat menteri sekalipun. Apakah salah kami yang

cuma ingin merasa sedikit rezeki pemberian Allah, sedangkan sudah sekian

banyak wang rakyat Tun dan kroni sudah 'rembat'. Kami suka beri ingatan
agar
Tun fikirkan tentang perkara ini dan jangan sekali-kali dibunuh
perniagaan
orang Melayu Islam semata-mata Tun tidak mempunyai 'share' dan
kepentingan
peribadi seperti sebahagian besar empayar perniagaan Tun.

Kenapa pihak BNM tidak mengambil tindakan terhadap syarikat Berjaya
Vacation dibawah pimpinan kroni PM, Vincent Tan yang juga mengambil
'deposit secara haram' untuk sertai pakej pelancongan dengan jumlah
deposit
RM 18,000 . Kos penjagaan Berjaya Vacation (penjagaan bilik hotel)
adalah
berjumlah RM 300 dan semua pengambilan seposit ini menjadi halal kerana
hubungan PM dan kroni. Ingatlah, membunuh syarikat milik orang Melayu
bererti
membunuh peluang orang Melayu berniaga.

May
15 Ogos 2000





Kirim email ke