*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum!
Ana rasa akhi Osman perlu berfikir secara lebih
terbuka ttg masalah ini. Kita perlu 'Think global but
act local' iaitu berfikir secara global tetapi
bertindak mengikut realiti masyarakat setempat. Jika
kita mahu menukar sistem demokrasi di Malaysia kita
mestilah melihat realiti masyarakat dan sistem
pemerintahan Malaysia skrg ini macam mana. Realitinya
ialah jika kita mahu mengubah perlembagaan negara ini
kita mestilah memegang tampuk pemerintahan terlebih
dahulu dan utk memegang tampuk pemerintahan sesuatu
parti tsbt mestilah mempunyai majoriti 2/3 kerusi di
parlimen. Sebab itulah parti PAS diwujudkan utk
membawa wadah Islam dlm perjuangan dan dgn cita2 utk
memegang tampuk pemerintahan dan mengubah perlembagaan
mengikut apa yg ditunjukkan oleh Quran dan Sunnah.
Hendak tak hendak itulah adalah satu2 cara yg paling
praktikal yg dapat kita lakukan utk mencapai hasrat
tsbt. Tidak dinafikan ada banyak jemaah yg lain yg
membawa berbagai kaedah utk mencapai maksud yg sama.
Walaupun kaedah2 tsbt betul adalah betul dan tidak
menyalahi syariat tetapi ana rasa kebanyakannya tidak
praktikal dgn realiti masyrakat kita skrg ini. Apa yg
ana hendak tekankan di sini ialah method yg terbaik yg
perlu digunakan utk mencapai matlamat dan mengikut
realiti masyarakat setempat. Walaupun akhi Osman
memberi ideal yg baik dlm kes ini tetapi akhi Osman
tidak menunjukkan kita jalan yg telah diambil dan akn
diambil oleh beliau atau jemaah beliau utk mencapai
matlamat beliau utk kita semua nilaikan bersama. Mana
tahu jalan beliau lebih baik drp kaedah pilihanraya
skrg ni boleh kita pakat join akhi Osman ramai2.
Wassalam
p/s sekadar pandangan peribadi.
> Satu artikel yang baik, memandangkan masalah utama
> umat Islam sekarang ialah kita tidak bersatupadu.
>
> Di zaman khalifah dahulu, seorang Muslim dari Tanah
> Melayu boleh pergi ke tanah suci Mekah tanpa pasport
> atau visa, tapi sekarang macam-macam pula
> dikehendaki.
> Bukan saja tanah suci Mekah, tapi hampir mana-mana
> negara Islam - Mesir ke, Sham ke, UAE ke, Pakistan
> ke.
> Dari sini saja kita boleh lihat yang kita tidak
> dilihat sebagai satu ummah Islam besar, tetapi
> sebagai
> rakyat negara masing-masing. Jika kita mahu bersatu,
> ini antara perkara-perkara yang pertama yang perlu
> di
> ubah.
>
> Sebenarnya tak perlu kita lihat perkara ni secara
> global. Di Malaysia ni pun kita boleh lihat
> perbalahan-perbalahan antara parti-parti politik
> UMNO
> dan PAS/Keadilan, tak lain tak bukan kerana
> masing-masing merebut kuasa. Bukannya saya mahu
> menyokong mana-mana pihak di sini, tapi hanya nak
> mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Mujurlah kita
> mempunyai Agung kita, iaitu simbol kesatupaduan
> kita.
>
> Bagi saya, lebih elok saja kita buang sistem
> demokrasi
> dan parlimen, dan kita beri bai'ah terus kepada YDP
> Agung. Biarkan Agung saja tentukan siapa jadi PM.
> Tak
> perlu kempen-kempen politik, tak perlu
> pilihanraya-pilihanraya yang hanya memecah-belahkan
> umat.
>
> Saya syorkan Malaysia dibuka kepada semua Muslim
> dari
> seluruh dunia. Tak perlu pasport atau visa. Setiap
> Muslim harus boleh masuk dan tinggal di Malaysia
> dengan hanya mengucapkan syahadah di hadapan pegawai
> imigresen. Barulah Malaysia akan jadi pusat kepada
> Islam, dan dari sini insya Allah Islam sedunia akan
> dapat peluang untuk bersatupadu.
>
> Sekian.
>
> Osman Mia
> http://dimashq.hypermart.net/osman
>
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: chenorian <[EMAIL PROTECTED]>