*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Waalaikumsalam THTL,
memang betul apa yang tuan perkatakan.
Sebenarnya kita telah ditipu sekarang nih.
Sedar ke tidak dalam sibuk berbicara tentang Hak Ketuanan Melayu, harga
petrol naik.
Hah, sekarang harga petrol dah melambung naik.
Tunggulah lepas ni harga barang pulak naik.
Bila harga barang naik, kita semua sibuk nak cari duit dan tentu tiada masa
untuk berfikir tentang politik atau Islam.
Sedarkah kita perancangan mereka???
Jangan ler tertipu dengan propaganda depa tu.....pandanglah sekeliling...
bacalah artikel di bawah ni...
Kenaikan Harga Petrol, Kezaliman Kepada Rakyat
http://mahazalimtwo.tripod.com/220800xai.html
Saudara,
Semalam media TV kerajaan zalim Barisan Nasional TV 3 suku menyiarkan
lapuran khas berkenaan cadangan kenaikan harga petrol yang dikatakan patut
dan wajar. Media tersebut mengatakan bahawa petrol kini disubsidikan
sebanyak RM0.45 seliter menjadikan jumlah subsidi kerajaan sebanyak
RM439juta setahun. Ingin saya bertanya subsidi itu untuk siapa bukankah
untuk 'cari makan dan hidup' 22 juta rakyat Malaysia. Sekarang kerajaan
zalim tersebut tidak lagi mahu membelanjakan subsidi wang tersebut sebab
wang sebanyak itu lebih baik digunakan untuk projek pembangunan lain
kununnya. Maka bercakaplah Timbalan Pengarah ISIS Dr Zainal Aznam yang
seperti ulamak upahan UMNO menyokong langkah tersebut dengan membentangkan
pelbagai alasan sebagai seorang pakar ekonomi.
Alasan kenaikan tersebut ialah kenaikan harga minyak dipasaran dunia.
Jadi... peningkatan keuntungan minyak kita dikebas oleh mereka bagi
diperkayakan semua 'kroni' mereka dengan projek kemegahan PM yang tua lagi
zalim itu manakala keperluan kita dicatu sebegitu rupa. Lupakah Dr Zainal
dengan putaran ekonomi dan kos bersangkutan akibat kenaikan tersebut sebab
secara amnya semua aktiviti ekonomi dari pengangkutan awam hinggalah
generator petani dikampung bergantung kepada petrol. Maka rakyat akan
bertambah susah walhal kita mempunyai telaga minyak yang hasilnya boleh
'turnover' kenaikan harga pasaran minyak dunia yang kita perlukan, lainlah
Singapura yang tidak mempunyai telaga minyak. Begitulah Dr Zainal yang
sanggup diperlakukan seperti budak tingkatan lima semata-mata 'cari makan'.
Hasil kenaikan ini kelak akan menimbulkan kesan kenaikan harga semua barang
keperluan dan perkhidmatan dan rakyat akan bertambah susah. Maka kerajaan
BN yang zalim pimpinan UMNO ini mudah pula merasuah orang kampung yang
kesempitan bagi membeli undi di 2004 atau seawalnya sepertimana yang biasa
mereka lakukan.
Tetapi yang membuat kita marah ialah pertaruhan permainan mereka ialah
rakyat sendiri. Mahathir makin ganas dan bangkrap dengan idea ia
dikelilingi oleh kaki ampoo yang menjual negara untuk kesenangan peribadi,
rakyat makin dicengkam, kroni makin kaya. Kesatuan sekerja akan terus
dibelenggu demi untuk mempertahankan kedudukan mereka. Kepentingan golongan
miskin terus diabaikan dan rakyat yang menentang akan ianggap musuh yang
perlu dihapuskan samada disegi ekonomi atau kedudukan. Adalah tanggungjawab
kita menyedarkan semua mereka yang belum sedar termasuk penyokong UMNO nun
dikampung sana supaya mereka sedar hak mereka, kekayaan negara dari sumber
minyak, balak dan tanah yang subur terus dirobek untuk kepentingan
segelintir pendokong kezaliman.
Untuk pendokong keadilan, lakukanlah sesuatu untuk menyelamatkan tanahair
kita dari penjajahan bentuk baru oleh lanun-lanun ini kalau dulu cukai
dipungut oleh lanun-lanun disungai dan jalan darat, kini mereka memungut
dan merompak melalui rumah-rumah tol yang berselerakan dan cukai-cukai yang
tidak munasabah.
Walaupun Datuk Seri Anwar dipenjara namun jiwanya lebih merdeka dari mereka
yang memenjarakannya. Kita pun harus merdeka dari penjajahan ini.
Perisik Ekonomi
p/s Setelah Abu Hassan ditelanjangkan dan dijatuhkan bersabit isu moral
sekarang kita akan bawa isu moral Ketua Menteri Melaka yang lantang dan
kununnya bersih itu tidak lama lagi. Ingat kamu merancang Allah juga mer
ancang tapi perancangan Allah lebih bijak.
-----Original Message-----
From: TuanHassan Tn-Lah [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, August 22, 2000 12:13 PM
To: Mohd Yaakub Mohd Yunus (Funding)
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: [islah-net] HAK ISTEMEWA ORANG MELAYU
Mohd Yaakub Mohd Yunus (Funding) wrote:
> Assalamu'alaikum
>
> Saya ingin mendapat penjelasan lanjut dari netters sekalian tentang
> istilah Hak Istimewa Orang Melayu mengikut pandangan Islam. Adakah hak
> Istimewa ini bersandarkan Al-quraan dan As-Sunnah ataupun adakah ianya
> termaktub dalam Maslahah Umum?
>
> Dengan itu juga ingin saya bertanya, adakah jika sebuah kerajaan Islam
> terbentuk di Malaysia, wajarkah Status Hak Istimewa orang Melayu ini
> dikekalkan?
---------------------------------------------------
Komen:
Islam datang untuk meruntuhkan perkauman. Perkauman berdasarkan darah dan
suku
kaum
adalah sakibaki ajaran jahiliah. Islam datang untuk menegakkan sebuah watan
akidah dan syari'at.
RasuluLlah saw dalam khutbah perpisahan di Haji Wida' memproklamirkan hak
asasi
Islam yang
menyamaratakan manusia di bawah panji-panji Tawheed. Inilah kemuncak
idealisme
yang dibawa oleh
Islam. Tidak ada kelebihan umat Arab ke atas umat 'ajam; begitu juga yang
berkulit merah
ke atas yang berkulit hitam. Mereka semuanya sama di bawah sebuah negara
yang
berteraskan tawheed
dan syari'ah.
Hak-hak tertentu yang diklaskan sebagai hak peribumi itu bersifat maslahat
umum
sebagaimana
hak keistimewaan Quraisy ke atas kabilah yang lain; begitu juga beberapa
hak
keistimewaan kaum Ansar
dan Muhajirin (golongan yang pertama masuk Islam); namun hak kepimpinan di
serahkan kepada kaum
Muhajirin. Dalam negara Syi'ah Iran, misalnya, kaum Syi'ah mendapat hak
istimewa
berbanding
dengan kaum lain;Ini boleh ditentukan oleh syuura dan mestilah mendapat
persetujuan dari semua pihak.
Jika negara Islam terbentuk di Malaysia, dan apakah hak keistimewaan
peribumi
akan kekal? Itu adalah
isu situational yang bersifat maslahat umum dan boleh diputuskan oleh
parlimen.
Maka apabila tiba masanya;
Islam sentiasa bersedia menimbangkan semua perkara yang diperselisihkan
oleh
manusia.
sekian
thtl
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "sahruddin esa" <[EMAIL PROTECTED]>