*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apakah Mahathir akan melantik budak-mentah untuk MB baharu Johor sebagaimana Selangor 
???

======================================================================

Mungkinkah Ghani Selepas Abu Hassan?

Oleh Pena Suasa 

JIKA Abu Hassan Omar yang dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno 
Selangor hanya mampu bertahan dua bulan dengan jawatan itu, apakah Dato Abd Ghani 
Othman yang juga Timbalan Ketua Perhubungan Umno Johor akan mengikut jejaknya? 

Di sekitar Lembah Kelang, cerita ini sudah mula tersebar. Selepas Abu Hassan berundur 
dari kedudukan Menteri Besar Selangor, Abd Ghani diramalkan akan berundur dari kerusi 
MB Johor. Abd Ghani melalui seorang proxinya pernah menggajikan seorang budak Umno 
bernama Zaharin Yassin RM6 ribu sebulan untuk mempromosi imej Abd Ghani. Bagaimana 
pun, majalah yang sepatutnya terbit untuk tujuan itu tidak siap dan tidak jadi dibuat 
walaupun gaji budak Umno itu dibayar lebih setahun dengan kemudahan sebuah kereta dan 
komputer yang diberi percuma. 

Isu Abd Ghani sedikit berbeza. Jika Abu Hassan jatuh kerana tuduhan skandal seks 
dengan adik iparnya, Abd Ghani pula dikaitkan dengan isu Penempatan Semula Orang Asli 
di Bekok dan duit balak. 

Khabarnya BPR masih menyiasat aduan ini dan ia turut membabitkan seorang Timbalan 
Ketua Umno Bahagian dari Pahang. 

Turut terlibat adik Dato Yahya Jalil. Dato Yahya Jalil banyak dapat projek 
pengswastaan di Johor dalam era Abd Ghani menjadi MB Johor. 

Turut terlibat, Bendahari Umno Bahagian Ledang, Richard Azlan yang juga bekas Pengurus 
sebuah bank di Muar. 

Lebih menarik, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Khaled Nordin juga dikatakan terlibat 
sama dengan sejumlah wang yang besar. 

Abd Ghani yang sedang terkial-kial menyelesaikan isu hutang KPRJ, terpaksa berdepan 
dengan siasatan BPR mengenai isu balak dan Penempatan Semula Orang Asli ini. 

Abd Ghani turut dikesan terlalu banyak menganugerahkan kawasan balak kepada Ahli 
Parlimen Sungai Benut, Abd Hamid Abd Rahman. 

Abd Hamid dikatakan tidak menjalankan kerja-kerja berkempen untuk Abd Ghani ketika 
pertandingan Umno Mei lalu. 

Jika Abd Ghani berundur, dipercayai Speaker Dun Johor, Dato Zainal Abidin Mohd Zin 
akan dilantik menggantikannya. 

Bagaimana pun, dari kem Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, nama Haji Adam Abd Hamid 
disebut-sebut paling layak menggantikan Abd Ghani. 

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin diramalkan menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri 
atas kedudukannya sebagai Naib Presiden Umno seperti yang berlaku di Selangor, selepas 
ketiadaan Abu Hassan. 
 







Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke