Title: RE BERITA TERKINI KERETA NASIONAL - WAJA (TELAH BERADA DI SHOWROOM EON!)

Assalamu'alaikum Sdr/i Tiang Jawi dan netters yg dihormati,

Merujuk kepada e-mail Sdr/i Tiang Jawi yg telah agak lama tidak saya balas.......  maaf kerana saya memang tak berkesempatan untuk berfikir akan jawapan bagi segala persoalan dari Sdr/i Tiang Jawi.  Bukan sombong atau tak mahu melayan, cuma tak ada modal untuk saya tuliskan, lebih-lebih lagi saya bukan expert pasal kereta.   Persoalannya, sama ada WAJA wajar dibeli atau tidak, SAKSIKAN SENDIRI WAJA DI EON SHOWROOM DI SEMUA CAWANGAN DI SELURUH NEGARA MULAI HARI INI.  So far, WAJA telah dipamerkan di EON HQ, Glenmarie.

Khas kepada semua yg MASIH BELUM MELIHAT DARI JARAK DEKAT, silakanlah datang ke mana-mana showroom berhampiran.  Tapi, as at today, yg saya tahu ianya sedang dipamerkan di HQ sahaja.  Especially Hizbi netters yg berada di Shah Alam, why not take a look.... kalau masih belum tengok lagi, kalau dah, then it's up to you!

Untuk makluman, EON akan mula menerima "booking" dari pembeli/pelanggan pada 31 Ogos 2000 ini.   Details akan saya beri kemudian, termasuklah dengan "regha"nya sekali. 

Memang cantik, memang molek, "solid molid", nampak padat, hebat...........  sesiapa yg saham dia tengah naik tu, kalau rasa nak trade in kereta yg ada.........  silalah.... terpulang pada citarasa anda semua....  At the moment, yg ada cuma 1.6 (Manual) sahaja.  Kalau nak tahu bila 1.8 Auto pulak, itu kena tanya orang PROTON.

So, apa tunggu lagi?   Ini BUKAN PROMOSI, cuma nak bagi jawapan ringkas akan beberapa persoalan.    Karnival EON/WAJA akan diadakan tidak lama lagi.  I will keep you all updated, InsyaAllah.  Mungkin ini akan memberi sedikit info berkenaan dengan kereta nasional kita.

Kepada Sdr/i  Tiang Jawi ka, Mencelah Sikit ka, Mr Quiet ka, Puan Sri Mawar ka, Cik Sri Mona_MZ....(nak turun KL tak?), Pak Engku,  Mad......  Jumlah Arisma (yg suka kritik, this is the time you can have a closer look)....siapa lagi?  Nak jemput Puan Sri Pabiyen, beliau sedang bercuti, so tak dapeklah nak join.  Jemputan khas ni saya tujukan buat semua yg belum menyaksikan kereta ini di PWTC hari tu.  Tapi, kalau dah tengok, nak tengok lagi sekali pun apa salahnya, kan, kan??

Mr Quiet - tak nak buat puzzle yg berkaitan dengan Waja ka?


Wassalam

EON care is everywhere!  ("Belaian Mesra di Mana Jua!")

P/S:   Mari kita cuci-cuci mata,
        tengok-tengok kereta WAJA,
        Ongkos ada, boleh pesan
        Kalau tak da, air liur ditelan.......(termasuklah saya!)


       







-----Original Message-----
From: Tiang Jawi [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 16 May, 2000 2:49 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: {KERETA NASIONAL - Waja yang wajar dibeli?}



Assalamualaikum w.w.

Puan/cik Nor'ain Eusoff

Izinkan saya menyelit sedikit walaupun dah agak ketinggalan kapal.
Mungkin ini topik yang paling diminati ramai buat ketika ini.  Ini pastinya
hasil tempias pelancaran tapi tak boleh beli proton Waja.  Tak boleh beli
kerana Waja belum untuk dijual dan kalaupun mungkin dijual nanti kebanyakan
pengguna biasa tak termampu nak beli.  Juga topik ini diminati ramai kerana
peluang masing-masing nak melepaskan geram/marah kepada proton dan perodua
atas dakwaan kualiti yang tidak setara dengan yang sepatutnya.  Itu hak
pengguna.  Janganlah puan/cik Nor'ain Eusoff terlalu ambil hati.  Mungkin
rungutan/kemarahan pengguna ini dapat dikurangkan dengan memberi
fakta/alasan yang menyakinkan atau paling berkesan dengan menjadikan
rungutan itu sebagai satu sejarah untuk keluaran kereta selepas ini.  Saya
sendiri baru terlintas untuk memiliki kereta nasional.  Bukan kerana tidak
ada sifat patriotik, tetapi kerana kesombongan juru jual kereta ketika itu
(6-7 tahun lepas) dan juga sedikit sebanyak termakan juga rungutan pemilik
kereta nasional.  Walaupun dah berbelasan tahun, kalau rungutan masih
kedengaran, pastinya memang ada yang tak kena, samada pengguna terlalu
cerewet ataupun memangnya kereta itu ada masalah yang saya rasa kecil
sehingga pengeluar merasa tidak perlu untuk diperbaiki.  Untuk makluman
semua walaupun kereta bukan proton/perodua yang saya beli itu kini dah
hampir 7 tahun usianya, hanya bateri dan tayar sahaja yang dah saya tukar
baru.  Yang lain masih asal.  Mungkin ada yang terfikir ini kereta jenis
mahal.  Tidak, ia lebih murah dari kereta Wira 1.5 salun ketika itu.

Kini saya termimpikan Waja.  Tapi kalau harganya terlalu tinggi, saya
kurangkan mimpi itu kepada Wira Aeroback Millenium 1.6XL.  Mungkin Cik/puan
Nor'ain Eusoff boleh meyakinkan saya bahawa rungutan pembeli selama tak
lebih dari expectation yang terlalu tinggi sahaja.

Wassallam




----Original Message Follows----
From: Adam <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]>
CC: FITRIZA <[EMAIL PROTECTED]>, hizb <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: RE: H-Net* {KERETA NASIONAL - KOMEN DARI STUDENT PULAK } -
Reply.... Aduhai. ..!
Date: Tue, 16 May 2000 01:35:31 -0400


  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL

Kirim email ke