*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dr Shaikh Taha Jabir Al-Awani, Pengerusi, Majlis Fiqh Amerika-Kanada dan
ahli Majlis Fiqh
Antarabangsa, Jeddah baru-baru ini telah memebrikan pandangan menurut
Syariah
berhubung hukuman yang dijatuhkan oleh hakim Arifin Jaka terhadap bekas
timbalan perdana
menteri Anwar Ibrahim. Berikut adalah terjemahan penuh teks perutusan
beliau.
(24 Ogos 2000)
***************************************************
Pandangan (Fatwa) Syariah Terhadap Hukuman Bersalah Dato' Seri Anwar
Ibrahim
Pandangan ini adalah berhubung dengan perbicaraan dan hukuman yang
dijatuhkan oleh Hakim Arifin
Jaka. Hakim tersebut telah mendapati tertuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim
bersalah seperti didakwa dan
telah menjatuhkan hukuman sembilan tahun penjara. Pandangan ini
berdasarkan kepada laporan-laporan
media dunia yang mengikuti prosiding tersebut setiap hari perbicaraan
berjalan.
Bagaimanakah Syariah melihat kesahihan dan keadilan perbicaraan serta
hukuman yang dijatuhkan?
1. Syariah memperakui bahawa tertuduh dalam keadaan lemah memandangkan
beliau dihadapkan ke
muka pengadilan dan berada di pihak yang didakwa.
Beliau berhadapan dengan penganiayaan dan hak asasi beliau dicerobohi.
Prinsip utama Syariah ialah menegakkan Keadilan. Atas alasan ini maka
kita dapati Rasulullah s.a.w.
dan para Khulafaa al-Rashiduun menggariskan panduan kepada para hakim
yang dilantik, dengan
mengingatkan mereka supaya peka dan prihatin terhadap hak-hak asasi
tertuduh.
Setelah meneliti keseluruhan perbicaraan daripada kacamata Syariah,
seseorang boleh mencatatkan
berjilid-jilid perlanggaran hak-hak asasi "tertuduh". Kami akan
menghadkannya pada beberapa persoalan
sahaja.
2. Tuduhan yang didakwa iaitu salahlaku liwat adalah satu jenayah maruah
dan akhlaq, seperti zina,
yang memerlukan empat (4) orang saksi yang boleh dipercayai yang telah
melihat salahlaku tersebut
secara sah, tanpa sebarang halangan atau gangguan.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan dalam keterangan yang diberi, maka
keseluruhan kes hendaklah
dibuang dan para saksi atau pendakwa adalah bersalah kerana
memburuk-burukkan dan memfitnah.
3. Syariah juga mengambilkira kes di mana seorang awam biasa menuduh
seorang yang mempunyai
kedudukan.
Syariah memperakui bahawa kemungkinan terdapat kelemahan manusia seperti
perasaan tamak,
cemburu hasad dengki dan mempunyai motif tidak jujur.
Islam menuntut bukti yang melampaui batas keperibadian daripada pihak
yang didakwa sebagai
"mangsa". Jika terdapat sebarang keraguan dalam keterangan yang diberi,
kes tersebut hendaklah
dibuang dan pihak "penuduh" hendaklah dihukum.
Ini merupakan satu bentuk perlindungan yang berkesan dan adil terhadap
masyarakat.
4. Menafikan hak tertuduh untuk memanggil saksi utama kes dalam
kedudukan saksi sebagai Perdana
Menteri. Saksi ini mempunyai bukti kukuh kerana:
Pertama, Beliau, pada awalnya, telah mengisytiharkan bahawa
tertuduh tidak bersalah.
Kedua, Kemudian, beliau beriya-iya dan berulangkali mengumumkan
kepada umum bahawa
beliau yakin tertuduh bersalah.
Ketiga, Beliau, selaku Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri
pada waktu tersebut berkuasa
untuk mendapatkan laporan-laporan polis dan perisikan, memandangkan
beliau bertindak sebagai
pemimpin tertinggi mereka.
Keempat, Beliau telah bertemu secara peribadi dengan pihak yang
didakwa sebagai mangsa dan
saksi utama pendakwa, Azizan bersama saksi utama dalam perbicaraan
awal iaitu Ummi Hafilda.
Kelima, Beliau merupakan ketua langsung kepada tertuduh dan
pemimpinnya selama 17 tahun.
Beliau merupakan "saksi perwatakan" memandangkan kes tersebut
melibatkan watak dan akhlaq
peribadi.
Keenam, Al-Quran menegaskan bahawa saksi tidak boleh menyembunyikan
persaksiannya
apabila diminta.
Penafian persaksian merupakan halangan kepada proses keadilan dan
merupakan dosa besar dalam
Islam.
5. Tertuduh dinafikan permohonan, dari segi perundangan, untuk
membolehkan "mangsa" dan saksi
utama pendakwa diperiksa dari segi perubatan terhadap tanda-tanda
diliwat.
Bukti perubatan boleh dijadikan bukti kukuh dalam kes-kes seumpama ini.
Bukti ini menjadi lebih penting
apabila tertuduh lain, Sukma, tidak mengalami tanda-tanda diliwat.
Bukti ini menyokong dakwaannya bahawa perakuan awalnya dibuat secara
paksaan. Ini menunjukkan
bagaimana pihak pendakwa meminda pendakwaan mereka dan menjadikan Sukma
sebagai tertuduh
kedua yang meliwat Azizan dan tidak diliwat oleh tertuduh, Dato' Seri
Anwar Ibrahim.
6. Tidak khusus dalam penetapan tarikh pertuduhan berlakunya jenayah.
Saksi utama pendakwa yang
juga "mangsa" menyebut satu tarikh yang tidak dapat dibuktikan dalam
alibi.
Beliau sering menukarkan tarikh berdasarkan tahun dan bulan. Dalam
mana-mana mahkamah Syariah
dan sivil yang adil, ini sudah cukup untuk menutup kes dan mengenakan
hukuman terhadap saksi dan
"mangsa" kerana kesalahan memfitnah ("Qathf").
Adalah dikesali kerana mahkamah telah menerima satu tempuh selama
beberapa bulan dan menafikan
hak tertuduh bagi menentukan tarikh yang tepat.
7. Mempengaruhi saksi: Adalah jelas dalam perbicaraan bahawa Azizan
telah mengaku beliau diajar oleh
polis dan pendakwa dalam meminda tarikh-tarikh tersebut.
Tidak ada mana-mana mahkamah Syariah atau sivil yang memperakui saksi
ini sebagai "boleh
dipercayai".
8. Ugutan terhadap Peguambela: Semasa perbicaraan, hakim kerap mengancam
pihak peguambela
dengan ancaman "menghina mahkamah" sehingga dalam satu masa, beliau
telah menjatuhkan hukuman
kononnya telah menghina mahkamah kepada salah seorang peguambela.
Pemerhati antarabangsa bersetuju bahawa peguambela tersebut telah
menjalankan tugasnya mengikut
profesionnya.
Syariah berpendapat sebarang ugutan terhadap seseorang peguambela adalah
merupakan ugutan
terhadap pihak tertuduh itu sendiri.
9. "Penuduh" dan saksi utama (Azizan) menurut hukum Syariah tidak layak
menjadi saksi
selama-lamanya. Beliau pernah didapati bersalah kerana "berzina".
Al-Quran telah menyatakan secara khusus dan jelas dalam hal ini.
Berdasarkan kepada
perkiraan-perkiraan Syariah di atas, perbicaraan dan keputusan
perbicaraan tersebut merupakan
keputusan yang memalukan Sistem Malaysia dan keadilan. Ia telah
memusnahkan nama baik Malaysia.
Hakim sepatutnya menegakkan nilai-nilai keadilan dan Syariah serta etika
profesionnya dengan
membuang kes tersebut.
Hakim seperti beliau menjadi sasaran peringatan oleh Rasulullah s.a.w.
dalam hadith baginda iaitu; dua
daripada tiga hakim yang masuk Neraka.
Sebagai rumusan, menurut pandangan Islam, hukuman yang dikenakan
terhadap Dato' Seri Anwar
Ibrahim dengan mendakwa beliau melakukan salahlaku liwat adalah tidak
sah.
Bukti kukuh Syariah ialah dalam pendakwaan dan pertuduhan dan mereka
gagal membuktikan salahlaku
tersebut tanpa keraguan yang munasabah.
Pengadilan sebagaimana yang telah ditunjukkan adalah satu perlanggaran
terhadap keadilan dan hukum
Syariah dalam bentuk dan perlaksanaannya. Ia adalah pencerobohan yang
jelas terhadap hak-hak asasi
manusia pihak tertuduh.
Dato' Seri Anwar Ibrahim patut diisytiharkan tidak bersalah. Beliau
patut dibebaskan serta-merta dan
para penuduh beliau dibicarakan kerana memfitnah. Wabillahit-taufiq
wal-hidayah.
Dr Shaikh Taha Jabir Al-Awani Pengerusi,
Majlis Fiqh Amerika dan Kanada Ahli,
Majlis Fiqh Antarabangsa,
Jeddah Ahli,
Majlis Fiqh Eropah Anggota Pengasas,
Liga Islam Sedunia, Makkah Presiden,
Graduate School of Islamic and Social Sciences Professor,
Kerusi Imam Al-Shafii,
GSISS
Comments ? E-mail Us
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
------------------------------------------------
ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.
Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's
--------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest
ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>