*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh;
��.sambungan��.
Hah, bagi perkara 6/7, dia ada perbahasannya.
6) Hukuman Qisas.
i) Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud
juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan dan
ditetapkan ALLAH hukumannya di dalam Quran/hadith yang
wajib dikenakan ke atas penjenayah yang sabit
kesalahannya di dalam mahkamah.
[ Persamaan diantara qisas dengan hudud ni ialah
hukumannya telah ditetapkan ;seperti kadar dan
bentuknya, yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT di
dalam al-Quran.
Manakala perbezaan diantara qisas dengan hudud pula
ialah hukuman qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa
ataupun keluarga mangsa Tapi kalau tidak dituntut oleh
mangsa atau keluarga mangsa ,maka tidak boleh
dikenakan hukuman qisas.Jadi, berbezalah diantara
qisas dengan hudud ,dimana hudud ni, walaupun tidak
dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa tetapi ianya
tetap wajib dilaksanakan. ]
ii) Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan
hukuman balas.Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa
dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan
melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
7) Kesalahan yang dikenakan hukuman qisas.
i) Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman
qisas ialah :
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
[ Kalau berlaku pembunuhan dengan niat yang sengaja,
maka wajib dibalas dengan perbuatan yang
sama.Maknanya, jika seseorang itu bunuh mangsanya
dengan cara tembak, maka si pembunuh mesti ditembak
balik.Kalau ada orang bunuh mangsa dengan cara katok
dengan batu, maka katok balik dia dengan batu
sebagaimana dia buat kat mangsa.Tapi bila ada kes-kes
yang sukar untuk dibawa persamaan ,maka hendaklah
kaedah pancung digunakan.Contohnya; katakanlah si
pembunuh itu bunuh mangsanya dengan cara
tumbuk.Kemudian bila mahkamah mendapati kalau
pembunuhan dibalas dengan cara yang sama ,akan
menyebabkan pesalah itu dihukum dengan lebih teruk
ataupun kadar dia nak mati tu lebih lambat daripada si
mangsa, maka dia hendaklah dipancung.Inilah cara
Islam, yakni kalau kita rasa tak yakin kita boleh buat
sama lagumana dia buat, maka kaedah pancung akan
digunakan.Maknanya, dipermudahkan kematiannya. ]
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota
badan orang lain dengan sengaja.
[ Bila dia pi kerat tangan kawan tu, maka kita kena
kerat tangan dia balik. ]
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.
[ Contohnya; bila ada orang ambik pisau pi toreh
mangsa nya kat perut , maka kita hendaklah menggunakan
pisau yang bersaiz sama juga dan toreh balik kat perut
orang tu.Supaya sebagaimana dia mencederakan mangsa,
maka dia juga akan dicederakan dengan cara yang sama
dan pada kadar kecederaan yang sama. ]
ii) Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib
dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan
dibalas bunuh.Sepertimana firman ALLAH SWT yang
bermaksud,
�Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan kamu
menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang)
dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.� (Suratul
Baqarah : 178)
[ Dalam kes pembunuhan ,hendaklah dilaksanakan hukuman
qisas, supaya terjamin keselamatan dan kehidupan
daripada ALLAH SWT.Sepertimana dalam ayat lain, dimana
ALLAH sebut bahwa, �Dalam hukuman qisas itu ada
jaminan kehidupan, wahai orang-orang yang berilmu
pengetahuan dan yang berakal fikiran.��Maknanya, bila
kita laksanakan hukuman qisas ini sebagaimana yang
diperintahkan oleh ALLAH SWT, maka ALLAH akan bagi
jaminan kepada kita.Begitu jugalah dalam ayat yang
bagitau hal mencuri, dimana firman ALLAH yang
bermaksud, �Pencuri lelaki dan pencuri perempuan,
hendaklah wajib dipotong tangan kedua-dua
mereka.Sebagai balasan keatas apa yang mereka lakukan,
yakni sebagai hukuman pencegah daripada ALLAH
SWT.��Maknanya, bila kita laksanakan undang-undang
ALLAH SWT ini, maka ALLAH SWT akan mempastikan bahwa
Dia akan cegah benda ini daripada berleluasa dalam
masyarakat umat Islam yang melaksanakan hukuaman
daripada ALLAH SWT.Tapi jikalau kita tidak
melaksanakan undang-undang ALLAH SWT, maka ALLAH SWT
tidak akan memberi jaminan kepada kita.Oleh kerana
itulah, kira boleh tengok macamana masyarakat kita
pada hari ini berlakunya kacau bilau dan
sebagainya.Ini adalah kerana tidak mendapat jaminan
daripada ALLAH SWT.
Dalam hal ini, pihak berkuasa mesti serious dalam
memahami perkara ini.Sebagai contohnya, untuk
menangani masalah khalwat umpamanya, pihak pemerintah
mestilah lebih aggresif lagi.Tuan-tuan nak tau dak
berapa ramai pegawai pencegah maksiat yang dilantik (
yang diberi elaun) oleh kerajaan negeri P.Pinang dalam
negeri P.Pinang ini?�7 orang sahaja,tuan-tuan.P.Pinang
dok ada 7 daerah, ini bermakna sorang pencegah maksiat
untuk satu daerah.Apa depa ingat �superman� ka
pencegah maksiat ni? Boleh ka dengan sorang-sorang
dia; pi tangkap pelacur, pi tangkap orang berzina,
tangkap orang berkhalwat dan sebagainya.Dengan backup
pun tak dak, silap-silap haribulan, dia nanti kena
harya dengan qangster.Awat jabatan agama tarak duit
sangat ka nak bagi elaun kat orang lain yang nak
tolong pegawai pencegah maksiat buat operasi?�Ustaz
Jailani kata Jabatan Agama Islam banyak duit,
tuan-tuan.Mau tak banyak, cuba tuan-tuan calculate
tengok; kalau satu couple ditangkap berkhalwat dan
mengaku bersalah di hadapan mahkamah syariah, biasanya
denda yang dikenakan ialah lebih kurang RM2000/-
seorang.Yang kata khalwat ni bukannya sorang punya
kerja, dia mesti ada 2 orang yang buat kerja
ni.Maknanya, untuk 1 couple, denda yang dikenakan
ialah RM2000/- X 2 = RM4000/-.Jadi dengan masalah
sosial yang dihadapi oleh masyarakat kita la ni;
agak-agak nak dapat 10 couple satu malam dalam satu
daerah, senang ka susah ka?�Cukup punya senang,
tuan-tuan.Tambah-tambah lagi kat Penang ni, dengan
bermacam-macam nama pantai punya dok ada; bukan
setakat 10 couple, 100 couple pun boleh dapat,
wooo!�Kita katalah boleh dapat 10 couple satu malam
dalam satu daerah, ini bermakna 10 couple X RM4000/- =
RM40,000/- satu malam kita boleh dapat.Ishhh! kalau
lagu ni la, kaya raya P.Pinang ni
,tuan-tuan.Silap-silap, lebih kaya daripada T`ganu.
Jadi, dengan RM40,000/- satu malam; awat tak boleh ka
ambik RM1000/- daripada RM40,000/- tu, pi bagi elaun
kat 4 orang lagi yang bersama-sama menjalankan operasi
mencegah maksiat dengan pegawai yang dilantik
itu?�Jadi,sorang mau boleh dapat RM250/- satu
malam.Jadi kalau sebulan berapa dah boleh dapat;
RM250/- X 30 = ????�.Kalau la boleh kerajaan negeri
P.Pinang buat lagumana yang ustaz Jailani suggest ni,
jangan la terkejut nanti bila jawatan �pencegah
maksiat� menjadi rebutan para graduan-graduan.
Tapi realitinya hari ini, dia tidak berlaku
sepertimana yang kita bincang tadi.Awat yang kerajaan
negeri P.Pinang jadi begitu kedekut sangat?�Jawapannya
senang saja; bukannya masalah kerajaan negeri kedekut,
tuan-tuan; tapi dia ada faktor lain yang menyebabkan
bilangan pegawai pencegah maksiat itu
dikurangkan.Ingat tak tuan-tuan dengan peristiwa JAIS
pi cekup orang Islam minum arak kat Selangor yang
heboh satu M`sia baru-baru ini.Pasai apa jadi kecoh?
Walhal cukup bukti-buktinya, dengan gambaq-gambaqnya
sekali ada.Tapi untuk menjaga kepentingan
individu-individu tertentu ,maka JAIS pula yang
dipersalahkan.Beginilah juga yang berlaku di P.Pinang;
bila saja pencegah maksiat buat operasi di
lounge-lounge/ bar-bar/ pub-pub, yang selalu kena
tangkap ialah anak-anak orang-orang kenamaan,
anak-anak Datuk, dan kadang-kadang VIP sendiri pun
kena cekup jugak.Inilah yang menjadi satu sebab kenapa
bilangan pegawai pencegah maksiat dikurangkan kepada
sorang saja bagi satu daerah.Jadi, bila buat kerja
sorang-sorang, maka pegawai tu pun jadi malas la nak
pi tangkap orang buat maksiat.
Sebab itu, muslimin/muslimat sekelian; kesungguhan
amat perlu untuk mencegah maksiat ni supaya
keberkesanan itu ada. ]
iii) Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah
satu anggota badan orang lain atau melukakannya, wajib
dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan
atau luka seseorang itu, juga mengikut jenis anggota
yang dicederakan dan yang dilukakan tadi.Sepertimana
firman ALLAH SWT yang membawa maksud,
�Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (orang-orang
Yahudi) yang disebutkan dalam Kitab Taurat, bahwasanya
nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas dengan
mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga
dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi,
dan kecederaan juga hendaklah dibalas seimbang.Tapi
bila sesiapa mengampuninya,maka itu adalah penebus
dosa baginya.Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan
apa yang telah diturunkan oleh ALLAH,maka mereka
itulah orang-orang yang zalim.� (Suratul Ma`idah : 45)
[ Ayat ini jelas; ALLAH SWT cerita kepada kita bahwa
siapa-siapa yang tak buat undang-undang yang ALLAH SWT
sebut tadi,maka orang itu adalah zalim.Tapi orang
Melayu kita, istilah �zalim� bagi depa ialah bilamana
pi katok orang/ pukoi orang/ bunuh orang dan
sebagainya.Untuk depa kalau tak sembahyang, tak masuk
dalam katogeri zalim lagi.Begitu jugalah kalau tak
buat undang-undang ALLAH, kira belum lagi diistilahkan
sebagai zalim.Hah! inilah istilah zalim bagi Melayu
kita.Tapi disisi ALLAH,perkataan �zalim� juga jatuh
kepada orang yang tak sembahyang maupun yang tak buat
undang-undang ALLAH.Tak perlu untuk kita tunggu dia
pukoi/bunuh orang dulu,baru nak kata dia zalim.Oleh
sebab itu,kalau kita tak buat undang-undang qisas ni
pun,maka ALLAH SWT kata kita adalah orang-orang yang
zalim.
Zalim ni lawannya adil.Dan adil maknanya ialah
meletakkan satu benda betul pada tempatnya.Maknanya
kalau satu benda itu disalah letakkan,maka orang yang
meletakkannya adalah orang yang zalim.Sebagai contoh;
ustaz bawa satu cerita yang berlaku di satu tempat
dimana berlaku sedikit perselisihan faham ketika
pembinaan masjid di kampung tersebut.Mereka pun
melantik satu �adhoc committee� atau ahli jawatankuasa
sementara bagi memantau pembinaan masjid itu.Bila
masjid siap elok dah, tiba-tiba timbul isu tentang
kubah.Lalu depa pun bincang nak bentuk kubah tu
lagumana dan nak bubuh warna apa.Hah! tang ni yang
timbul sikit perselisihan.Yakni ada satu cadangan nak
bubuh color kubah tu hijau dan ada satu cadangan lagi
nak bubuh warna biru.Nak kata warna merah ka atau
silver ka, kira tak dak.Cadangan yang ada hanyalah
hijau dengan biru sahaja.Dan kita pun sedia maklum
bahwa hijau/biru ni dok bergaduh dari dulu lagi, tak
habih-habih.
Lalu pengerusi kata dia mau warna biru,tapi orang lain
mau warna hijau.Jadi undi terpaksa dilakukan.Lalu
keputusannya, semua AJK pilih warna hijau kecuali
pengerusi sorang saja yang mau color biru.Jadi
pengerusi pun tak puashati,lalu memprotes dengan
mengatakan bahwa undian kena buat sekali lagi yakni
pada hari Jumaat akan datang, sebab dia harap lebih
ramai yang akan buang undi selepas solat Jumaat.Maka
protesnya diterima dan mereka pun panggil satu
mesyuarat selepas sembahyang Jumaat, tapi seperti
biasalah masyarakat kita ni memang tak minat dengan
mesyuarat-mesyuarat ni; jadi tak berapa ramailah juga
yang hadir.Tapi undian tetap dijalankan,maka
berlakulah undian kali kedua dan keputusannya tetap
berpihak kepada yang mau color hijau yakni dapat 63
undi, manakala warna biru hanya 3 orang sahaja.Jadi
pengerusi kalah lagi buat kali kedua,tapi kali ini dia
kata,�Takpalah ,kalau mesyuarat mau warna hijau
juga,saya terima.��Maka mesyuarat pun mengambil
keputusan, kubah bubuh warna hijau.Kemudian masa hari
kontraktor nak pasang kubah tu, pengerusi kata,�Stop!
Stop! Saya nak pi tanya DO dulu.��Dia pun pi tanya DO
pula sebab tak puashati lagi dengan color hijau
ni.Bila dia jumpa DO, tiba-tiba DO kata,�Dah mesyuarat
kata lagu tu,maka lebih baik ikut keputusan
mesyuarat.��Lalu pengerusi pun akur dan kontraktor pun
pasang kubah warna hijau.Tapi tak lama kemudian, turun
DO bersama-sama dengan pengerusi bagitau kat AJK-AJK
masjid bahwa YB kata buang kubah warna hijau tu dan
gantikan dengan kubah warna biru.Segala kos, YB akan
tanggung semua.Hah! yang inilah point ustaz Jailani
nak cerita daripada tadi tu.
Ustaz kata cuba habaq mai, pasai apa dok suka sangat
warna biru tu?�Mengikut sebahagian pendapat ulama, ada
yang mengatakan bahwa bila kita pakai baju,hanya 3
warna sahaja yang membolehkan kita dapat pahala
sunat.Yang pertamanya,warna putih sebab Nabi s.a.w.
paling kerap pakai putih.Yang keduanya,ialah warna
hijau sebab Nabi kerap juga pakai hijau.Dan yang
ketiganya ialah hitam.Jadi,tak payah lah kita nak
bergaduh pasai warna.
Cuba tuan-tuan pi ronda belah Telok Air Tawar di
Seberang Perai Utara.Kat sana ada satu masjid yang
besar yang dinamakan Masjid Daerah Seberang Perai
Utara.Ia pula dibinakan oleh kerajaan negeri P.Pinang,
tapi tuan-tuan tau tak dia color apa?�Dinding dia
keseluruhannya dicat putih dan kubah-kubah yang
besar-besar di atas semuanya dicat hijau.Tarak masalah
apa pun.Siapa ketua menteri P.Pinang?�Koh Su Kun,
kan.Awat dia tak marah pun?�Dia tak kata,�Aku tak suka
hijau ni, bawa turun semua kubah-kubah tu.��Ada dia
kata lagu tu?�Timbalan ketua menteri pun tak kata apa
pun.Tapi pasai apa kawan kita yakni pengerusi masjid
yang kita cerita tadi ni,dok gaduh sangat pasai
hijau/biru; pasai apa cuba habaq mai sat?�Arab Saudi
(King Fahd), bendera dia pun color hijau apa.Tulisan
�La ilaha illallah� color putih.Pedang yang kat bawah
tulisan tu pun color putih.Ada ka King Fahd tu dia
dari parti mana-mana?�Nasib baik dia tak bubuh bulan
bulat sebijik kat tengah-tengah bendera hijau depa
tu.King Fahd bubuh bendera dia color hijau tu ialah
kerana warna hijau diterima sebagai warna rasmi bagi
agama Islam.Yang tu saja.
Ok la, kalau puak-puak karat ni suka sangat kat color
biru tu, takpalah, cat pi lah satu masjid tu dengan
color biru; dinding biru,bumbung biru,kubah biru dan
kemudian kat mimbar depan tu mau bubuh dacing
sebijik.Hah! biar depa puashati dan kusyuk sembahyang
depa.
Oleh sebab inilah, muslimin/muslimat sekelian; kita
jangan �over� sangat dengan benda-benda lagu ni, sebab
ia boleh membawa kepada perpecahan dalam masyarakat
umat Islam.Bila kita cakap tentang masalah perpecahan
umat Islam ni pula, dia ada 2 perkara.Iaitu yang
diharuskan yakni yang disuruh oleh ALLAH dan yang
dilarang oleh ALLAH SWT.Contoh yang dilarang ialah
seperti contoh cerita tadi yakni yang tak patut kita
bergaduh pasai color.Manakala yang patut kita bergaduh
ialah bila orang berzina,kita kena marah dia.Begitu
juga,kita kena marah dekat orang yang minum arak dan
sebagainya.Inilah cara Islam.
Lalu ustaz Jailani bawa satu contoh yang patut kita
marah pada orang tu.Yakni satu article yang ditulis
dalam majalah keluaran Southern Bank Bhd.,yang
menggambarkan seorang yang beragama Islam tapi bila
dia rasa ada benda lain yang lebih hebat daripada
Islam, maka sat lagi kita akan bagitau mengenai apa
yang dah jadi kat kawan ni.Begitulah juga kepada
sapa-sapa yang dok mengaji hukum-hukum agama dengan
dok sebut ayat-ayat al-Quran dan sebagainya; tapi
masih lagi dok rasa ada benda lain lagi yang hebat
daripada Islam, atau rasa undang-undang sekular lebih
hebat daripada undang-undang Islam, atau rasa hebat
pemimpin-pemimpin sekular daripada pemimpin-pemimpin
Islam, atau rasa hebat kepada pemimpin-pemimpin
bersifat womanizer daripada pemimpin yang taat kepada
ALLAH; maka tak payah pi mengaji la.Tak dak guna kita
mengaji kalau tak mampu menerima hidayah daripada
ALLAH SWT.Contohnya, seperti seorang yang bernama
Ramli Ibrahim ni.Daripada apa yang ditulis dalam
majalah keluaran Southern Bank Bhd itu, beliau adalah
seorang penari tarian hindu klasik.Kalau kita tengok
gambar dia dalam majalah tu, kita mungkin tak sangka
dia seorang yang bernama Ramli Ibrahim yang beragama
Islam.Kerana dalam gambar tu, dia pakai sebijik macam
hindu.Dengan kain dia,dengan aksi dia menari,kemudian
ada nandek pula kat dahi dia.Kemudian apa dia kata
apabila wartawan tanya dia, �Kenapa anda pilih untuk
tumpukan perhatian kepada tarian klasik India?��Dalam
lain perkataan; �Hang orang melayu Islam, tapi pasai
apa hang suka menari tarian hindu klasik?��Lalu Ramli
Ibrahim kata bahwa,�Saya rasa saya memerlukan kepada
suatu displin yang ketat.��( Awat selama ni ugama
Islam tak cukup ketat lagi ka? Bukankah dalam
sembahyang pun ada displin yang ketat?�Inilah jadinya
kalau dah buta mata hati.)�Dia kata lagi,�Sebagai
seorang penari; tarian hindu klasik ini telah memberi
saya satu ketenangan dan membebaskan saya dari
ketegangan masalah.��( Kita sebagai seorang Islam; nak
release tension macamana tuan-tuan?�Orang-orang
beriman kalau menghadapi masalah, tidak ada tempat
lain dah lagi selain kepada ALLAH SWT lah sahaja
tempat untuk meminta pertolongan.Kita minta
pertolongan ALLAH dengan cara bersabar dan
bersembahyang.Ambik wudhuk, berdiri di depan ALLAH,
dirikan solat, lepas tu berdoa minta pertolongan
daripada ALLAH; barulah kita rasa tenang.Tapi kawan
kita sorang ni lain pula, dia rasa tenang bila dia
bubuh potu kat dahi, kemudian menari lagu
hindu.)�Kemudian dia kata lagi,�Saya juga tertarik
kepada elemen kerohanian yang kuat yang ada dalam
tarian hindu klasik.��(Masya`ALLAH, dia boleh pi suka
dengan elemen kerohanian hindu.Awat elemen kerohanian
dalam Islam tak cukup cantik ka?�Apa ra punya
Ramli!)�Lepas tu, dia kata lagi,�Tarian ni asalnya
3000 tahun yang lampau di bawah naungan pemerintah dan
juga kuil-kuil hindu.Maka tarian dalam ajaran hindu,
dilihat sebagai cara pengabdian atau bakti yang paling
tinggi dan paling suci yang seseorang itu boleh
persembahkan kepada tuhan-tuhan dan
dewa-dewa.��(Astaghfirullah hal `azim.Sapa yang sebut
ni tuan-tuan? Orang Islam ka atau orang hindu
ka?�Salah kita ka kalau kita tegur nak perbetulkan
balik aqidah saudara Ramli Ibrahim ni?�Kalau kita
tegur melalui ruangan hiburan, mungkin ada orang yang
simpati kepada saudara Ramli dan kita pula akan
dikritik.Kerana memang masyarakat kita la ni lagu
tu.Sampai tak tau dah nak nilai yang mana betoi dan
yang mana salah.Kalau kita pi marah kat orang buat
maksiat,tiba-tiba kita pula yang dimarahi oleh
masyarakat.Macam tu punya dok ada la ni dalam
masyarakat kita tuan-tuan.
Contohnya; kita semua sudah tau kan apa yang jadi
dekat Bosnia Herzegovina.Pasai apa bala` ALLAH turun
di Bosnia?�Mungkin salah satu sebabnya, kata ustaz,
dia bagitau bahwa di Bosnia sebelum ni, orang berzina/
minum arak/ makan babi sewenang-wenangnya.Orang kafir
buat benda tu, orang Islam pun buat benda yang
sama.Orang-orang dari Chehnya/Albania pun sama.Ustaz
kata bila dia bersama-sama dengan rakan-rakan di UIA
pi sambut depa di airport, kemudian bila bawa pi di
masjid, depa nganga tak tau nak buat apa.Mereka
terpaksa diajar nak ambik wudhuk macamana.Jadi, tak
payah tanya la benda-benda lain,sebab nak ambik wudhuk
pun tak reti.Memang betoi, kita pun tak tau sebab apa
ALLAH hukum depa.Tapi apa yang kita tau ialah
sepertimana ALLAH cerita dalam Quran bahwa Dia hukum
cara tiba-tiba apabila manusia diberi peluang
berpoya-poya sehingga lupa kepada hukum/peringatanNya.
Di Indonesia hari ini kita lihat berlaku benda yang
sama juga.Teruk tak teruknya masyarakat Indonesia,
kita boleh tengok gelagat pendatang-pendatang yang
berhijrah ke sini.Bila saya duduk di Lembah Klang di
awal 90`an, Masya`ALLAH, kat Chow Kit tu depa
saja.Masa tu tumbuhlah kelab-kelab dangdut bagaikan
cendawan tumbuh di waktu pagi.Jadi hasilnya, kita
boleh tengok hari ini, di Indonesia yakni umat Islam
Ambon/Maluku disembelih oleh orang-orang
Kristian.Sebelum ini juga, apa yang Presiden Suharto
buat kepada Indonesia?�Dia haramkan nama Islam kepada
parti politik.Di Indonesia hari ini, kalau nak kempen
dalam pilihanraya, tidak sekali-kali dibenarkan
menggunakan isu agama.Jadi sekarang, kita boleh tengok
macamana kemurkaan ALLAH SWT, menyebabkan orang Islam
di Ambon/Maluku disembelih oleh orang-orang kapir.
Kita di M`sia hari ini pun,apa bezanya dengan
masyarakat-masyarakat yang diceritakan
tadi.Maknanya,kita pun tunggu masa saja.Kalau kita tak
mau insaf lagi, nak marah lagi dekat para ulama,
walaupun ulama tegur untuk kebaikan dengan bawa mai
hujah Quran/hadith; tapi kita masih dok rasa ulama
yang salah, maka tunggulah benda yang sama berlaku di
Indonesia akan berlaku kepada kita.Mungkin ada
kawan-kawan kita kata benda-benda lagu ni tak akan
berlaku di M`sia kerana M`sia aman damai.Ya, memang di
Bosnia pun dulu aman damai juga, malah depa pun tak
mimpi akan berlaku benda ni keatas mereka.Begitu juga
Albania/Chehnya/Indonesia; adakah mereka juga mimpi
benda ni akan berlaku keatas mereka sebelum ini?�Depa
pun sama,tak mimpi tuan-tuan.Tapi pada hakikatnya,
memang benda ini telah pun berlaku keatas mereka.Jadi,
kita di M`sia la ni macamana tuan-tuan?�Mau tanya diri
sendiri masing-masing; mau ka benda ni berlaku kat
kita?�Jawapannya, terpulang lah kepada kita. ]
Saudara/saudari dan muslimin/muslimat sekelian; ALLAH
SWT sebut kepada kita macamana Nabi Muhammad s.a.w.
rasa khuatir serta risau apabila Jibrail a.s. tidak
datang bagi wahyu kepadanya.Jadi untuk mententeramkan
kekasihNya, ALLAH bawa turun Surah Adh-Dhuhaa yang
bermaksud,
�Demi waktu siang dan demi waktu malam apabila menjadi
sunyi.ALLAH SWT tidak meninggalkan kamu wahai
Muhammad.( Jibrail tak datang bagi wahyu kepada kamu
tu bukan sebab ALLAH SWT meninggalkan kamu).Dan bukan
sebab ALLAH SWT benci kamu.�
[ Ayat ini ALLAH sebenarnya nak bagitau kat Nabi
s.a.w. yang Dia tak tinggal/benci kat Nabi; tetapi
pasai apa di awal-awal ayat ini ALLAH guna �Demi waktu
siang dan demi waktu malam apabila menjadi
sunyi�?�Sebabnya ialah ALLAH SWT nak habaq kat kita
bahwa dunia ni satu benda yang berpusing-pusing.La ni
malam gelap gelita, tapi esok akan cerah kembali
menjadi siang.Dan sekarang pula siang, tapi tak lama
lagi akan menjadi malam.Jadi inilah makna dalam bentuk
simbolik nak bagitau kat Nabi s.a.w. bahwa jangan dok
ingat Jibrail a.s. akan sentiasa mai jumpa dengan
Nabi.Akan tiba satu masa, Jibrail a.s. tidak akan bagi
wahyu kepada Nabi s.a.w..Begitulah juga dengan kita
umat Nabi Muhammad s.a.w., inilah cara ALLAH SWT nak
bagitau kat kita semua bahwa yang kita kena sentiasa
beringat-ingat.Kalau kita ada bisnes perniagaan,
inilah caranya ALLAH nak bagi peringatan.Bukan
selama-lamanya perniagaan kita itu akan untung,tetapi
akan tiba juga satu masa perniagaan kita akan
rugi.Begitu juga dengan bala` ALLAH,ianya sudah pun
berlaku kepada Bosnia,Chehnya,Indonesia.Apakah tak
mungkin ianya berlaku kepada kita,kalau kita masih
biarkan kemungkaran demi kemungkaran
berleluasa?�Mungkin berlaku tuan-tuan.Sebab dalam
negara kita sekarang ni pun gejala sosial sudah berada
dalam keadaan kritikal.Contohnya,kelmarin bila saya
saja bawa anak ronda keliling kampung naik motor;
tiba-tiba mai satu persoalan dalam kepala hotak,�Ish!
aku ni dok ada dalam kampung cina ka? Bukan kata budak
belum baligh saja pakai seluaq pendek,tapi bapak budak
pun banyak yang selamba saja pakai seluaq sekerat
lutut.Kadang-kadang terjerembab dengan orang tua yang
umur pun dah sampai tahap subsidi,pun dok boh seluaq
pendek lagi.Ish! punya la hodoh lagumana apek lanca
aja.��Memang betoi la apa yang ustaz-ustaz dok
bagitau, iaitu la ni tak dak beza dah antara orang
Melayu yang mengaku saja Islam dengan orang bukan
Islam.
Lagi satu, apa yang Suharto buat kat Indonesia; di
negara kita ni pun sudah ada ura-ura nak buat.Yakni
sudah ada cadangan nak menghapuskan Islam sebagai nama
parti politik dan juga sudah pun ada cadangan untuk
mengharamkan guna isu agama dalam kempen
pilihanraya.Indonesia sudah pun dilaksanakan dan ALLAH
juga dah tunjukkan kepada kita macamana Dia hukum
rakyat Indonesia.
Jadi saudara/saudari/muslimin/muslimat sekelian; kalau
ada hujah-hujah kali ini yang menyinggung perasaan,
maka tuan-tuan kena ingat, itulah cara ketukan kepada
pintu hidayah.Tapi kalau tuan-tuan marah kepada orang
yang ingin menyedarkan masyarakat, ingatlah kalau
suatu hari nanti ( minta dilindungi ALLAH) berlaku
benda yang sama kepada M`sia sebagaimana yang berlaku
di Maluku/Ambon/Bosnia/Chehnya, maka ingatlah itu
adalah berpunca daripada sikap tuan-tuan yang tidak
suka kepada orang yang menegur kesilapan dan kesalahan
yang tuan-tuan lakukan. ]
Apa yang baik,semuanya datang daripada ALLAH
SWT.Salah/silap datangnya daripada kesilapan/kesalahan
diri saya sendiri.Semoga ALLAH SWT memberikan
taufik/hidayahNya kepada kita semua.
WALLAHU TA`ALA A`LAM.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>