*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak sanggup lupa diri
Kawan sanggup makan kawan
Kita dengar, bagaimana kerana nak cepat kaya, kawan kita pun sanggup
diperkenakan seperti cerita leen
"ada le jadi satu kes ... gara2 skybiz .tercetus le satu
pergaduhan yg agak sengit kerana merebut downline member
yg dijanjikan utk masuk bawahnya dah masuk bawah member lain
...apalagi mengamuk le ..."
Kita juga dengar macam mana towkey skim cepat kaya hidup terancam:
"ALOR STAR, Ahad - Sepasang suami isteri dari Kelantan yang
mengusahakan skim �perniagaan modal bersama�, terpaksa
berpindah-randah serta menumpang di rumah rakan kerana bimbang
keselamatan mereka terancam."
Tapi orang tak serik2. Orang buat lagi, buat lagi.... Seperti erti
ayat 2 At-Takaathur; "Sehingga kamu masuk kubur".
Ada satu cerita benar; ada satu sykt A, berpakat dgn sykt B, untuk
masuk tender berjumlah berpuluh juta dari sykt C. Satu kesilapan
ialah, perjanjian antara A & B tidak diperkukuhkan sebagai legal
dokumen - mulanya percaya mempercayai. Bila tender dapat, A kelabu
mata dan mula mengenepikan B kerana tamak nak kenyang sorang2.
Nasib baik B ada hubungan baik dgn C, dan terpaksa guna saluran
tertentu untuk mendapatkan balik "hak"nya dalam perjanjian asal.
Begitulah kekawan, kalau pasal harta kekayaan, kawan boleh jadi
lawan, adik beradik boleh bermusuhan, suami-isteri pun boleh perang,
dan negara boleh lingkup. Tengok aje hari ini; cuba senaraikan
berapa banyak agensi yang dah tenat kena virus rasuah ni: dengan
lesen terbangnya, dengan lesen menjajanya, dengan Polisnya, dengan
imigresennya, malah pegawai cegah maksiat pun dikatakan tak
terkecuali. Patutlah negara kita ni salah satu yang Top di dunia
dalam bab rasuah. Manakah puncanya? Mungkin kena minta doa banyak2
umpama; "Ya Allah, jadikanlah aku orang yang zuhudkan dunia". Atau
mungkin ada doa yang terlebih baik?
Sekian
__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>