*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Cakap pasal rasuah nie, saya teringat kepada perbualan dengan seorang sahabat
dalam sebuah surau kat tempat saya. 

Sementara nak tunggu masuk isyak, kami sempat gebang pasal life masing-masing;
dari ceritanya, sahabat ini dulunya kerja Kastam/Imegresen (saya lupa hat mana 
satu) kat sempadan Malaysia/Thai; tapi kini dah berenti buat kerja lain.

Saya tanya dia:

"Awat yang hang pi berhenti, baguih pa kerja Kastam/Imegresen nie; kerja 
gomen secure pa?"

Dia kata:

"Okey tu memang okey; tapi mana nak tahan kalau depa dok kerja bagi kat hang
ayam-ayam Siam yang putih gebu, montel-montel tu...."

Saya tak berapa paham; lalu terus saya tanyakan lagi nak tau lebih detail

Dari cerita yg seterusnya, saya difahamkan beliau berhenti sebab tak tahan
dengan godaan rasuh seks ini. Beliau bercerita bagaimana Tauke-Tauke Cina
dari Penang yg ada urusan di sebelah sana sempadan sering saja menjamu kawan2nya
dengan rasuah Siam Mali ini.

Yg tak tahannya bila beliau kata:

"Ini bukan setakat sorang pompuan dia bagi, hang nak berapa orang pun
boleh. Cubalah hang bayangkan, depa bawak hang pi mandi, dengan dua ekoq
ayam Siam....putih gebu....bogel pulak tu....dok layan hang...."

Fuuuyoooo......meleleh ayaq lioq woi!!

Nasib baik line saya kerja tak dak sangkut paut dengan rasuah-rasuah
macam nie.....kalau tidak....tak gerenti aku woi!!

-temingat dari belantara-




> Assalamualaikum,
> 
> Dalam semak ada duri
> Ayam kuning buat sarang
> Orang tamak sanggup lupa diri
> Kawan sanggup makan kawan
> 
> Kita dengar, bagaimana kerana nak cepat kaya, kawan kita pun sanggup
> diperkenakan seperti cerita leen 
> 
>     "ada le jadi satu kes ... gara2 skybiz .tercetus le satu 
>     pergaduhan yg agak sengit kerana merebut downline member 
>     yg dijanjikan utk masuk bawahnya dah masuk bawah member lain
>     ...apalagi mengamuk le ..."
> 
> Kita juga dengar macam mana towkey skim cepat kaya hidup terancam:
> 
>    "ALOR STAR, Ahad - Sepasang suami isteri dari Kelantan yang
>     mengusahakan skim �perniagaan modal bersama�, terpaksa
>     berpindah-randah serta menumpang di rumah rakan kerana bimbang
>     keselamatan mereka terancam."
> 
> Tapi orang tak serik2.  Orang buat lagi, buat lagi.... Seperti erti
> ayat 2 At-Takaathur; "Sehingga kamu masuk kubur".
> 
> Ada satu cerita benar; ada satu sykt A, berpakat dgn sykt B, untuk 
> masuk tender berjumlah berpuluh juta dari sykt C.  Satu kesilapan
> ialah, perjanjian antara A & B tidak diperkukuhkan sebagai legal
> dokumen - mulanya percaya mempercayai. Bila tender dapat, A kelabu 
> mata dan mula mengenepikan B kerana tamak nak kenyang sorang2.  
> Nasib baik B ada hubungan baik dgn C, dan terpaksa guna saluran 
> tertentu untuk mendapatkan balik "hak"nya dalam perjanjian asal.  
> Begitulah kekawan,  kalau pasal harta kekayaan, kawan boleh jadi
> lawan, adik beradik boleh bermusuhan, suami-isteri pun boleh perang,
> dan negara boleh lingkup.  Tengok aje hari ini; cuba senaraikan 
> berapa banyak agensi yang dah tenat kena virus rasuah ni: dengan 
> lesen terbangnya, dengan lesen menjajanya, dengan Polisnya, dengan
> imigresennya, malah pegawai cegah maksiat pun dikatakan tak 
> terkecuali. Patutlah negara kita ni salah satu yang Top di dunia 
> dalam bab rasuah.  Manakah puncanya?  Mungkin kena minta doa banyak2
> umpama; "Ya Allah, jadikanlah aku orang yang zuhudkan dunia". Atau
> mungkin ada doa yang terlebih baik?
> 
> Sekian
> 
> 
> __________________________________________________________
>

__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke