*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum.

Dalam http://www.freeanwar.com (FAC), ada satu kempen petisyen oleh 
http://cambridgecoalition.tripod.com kepada HRH Prince Charles selaku 
Chancelornya supaya tidak membenarkan Mahathir ke University Cambridge. 
Silalah log-in. Mari kita tunjukkan siapa raja- Mahadey atau rakyat macam 
kita. Ayuhlah gi log-in salah satu dari web tu.

Wassalam


>From: RUNNER <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Pelajar Cambridge tubuh jawatankuasa khas halang Mahathir
>Date: Tue, 29 Aug 2000 21:44:13 -0700 (PDT)
>
>
>Pelajar Cambridge tubuh jawatankuasa khas halang Mahathir
>London, 30 Ogos (Hrkh) - Beberapa ahli Persatuan Pelajar Malaysia 
>Universiti
>Cambridge (CUMAS) yang kecewa dengan sikap pro-Mahathir persatuan itu telah
>menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan berusaha untuk terus
>memencilkan perdana menteri Mahathir Mohamad daripada forum-forum
>antarabangsa.
>"Kami bertekad untuk menghalang Dr Mahathir daripada diterima oleh 
>mana-mana
>badan dunia selagi Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara," kata jurucakap
>Persekutuan Cambridge Untuk Malaysia Merdeka (Cambridge Coalition for a 
>Free
>Malaysia, CCFM) yang ditubuhkan baru-baru ini.
>CUMAS sebelum ini telah dikritik kerana menjemput Mahathir merasmikan 
>sebuah
>seminar anjurannya, "Malaysia in the New Millenium", Oktober ini. Sumber
>yang boleh dipercayai memberitahu HarakahDaily bahawa kehadiran Mahathir
>telah mencetuskan kemarahan beberapa pihak, termasuk beberapa ahli akademik
>Cambridge yang telah memutuskan untuk memboikot seminar tersebut.
>Seminar tersebut dipercayai akan hanya dihadiri penceramah dari Malaysia,
>walaupun jemputan telah diberikan untuk beberapa kenamaan dari luar
>Malaysia. Satu laporan dari malaysiakini.com baru-baru ini memetik seorang
>profesor ekonomi terkenal, Amartya Sen, yang juga pemenang Anugerah Nobel
>pada tahun 1998, sebagai berkata bahawa beliau "tidak dapat menerima"
>jemputan daripada CUMAS disebabkan sibuk.
>Beliau bagaimanapun tidak mahu komen bila ditanya samada kehadiran Mahathir
>telah mempengaruhi keputusan beliau untuk tidak hadir. Kenyataan beliau 
>juga
>bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh penganjurnya, CUMAS, yang
>mendakwa persatuan itu sememangnya tidak pernah menjemput orang luar.
>Sementara itu, jurucakap CCFM berkata Mahathir yang terus menindas rakyat
>Malaysia tidak layak untuk menghadiri mana-mana badan dunia.
>"Dr Mahathir tidak layak sama-sekali untuk mendatangi mana-mana badan dunia
>yang terkemuka seperti Universiti Cambridge selagi dia terus menindas 
>rakyat
>Malaysia dan menghalang hak-hak mereka untuk bersuara, berkumpul dan
>bergerak dengan bebas dalam negara mereka sendiri," tambahnya.
>Ia juga telah menyediakan sebuah laman web di
>bagi memberi peluang kepada sesiapa
>sahaja untuk menyertai bantahan. Antara lain, laman web tersebut memaparkan
>kempen tandatangan bagi mendesak Canselor Universiti Cambridge, Putera
>Philip dan Pengerusi Amanah Komanwel Cambridge, Putera Charles supaya
>menghalang kehadiran Mahathir. Usaha juga sedang dibuat untuk melucutkan
>keahlian Mahathir di dalam Amanah Komanwel Cambridge.
>Comments ? E-mail Us
>
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "jack joe" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke