*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pembangangan dan pembodohan rakyat oleh pemimpin BN telah menyebabkan rakyat terus 
buta politik dan buta
    demokrasi. Parti pembangkang tidak sedar mereka hanyalah dijadikan hiasan oleh Dr 
Mahathir untuk menunjukkan kepada
    dunia bahawa Malaysia pengamal pemerintahan demokrasi. Hakikatnya semangat 
demokrasi tidak pernah diamalkan
    dengan cara yang betul. 

    Rakyat yang buta demokrasi telah diambil kesempatan oleh Dr Mahathir untuk dia 
mengekalkan kuasanya untuk
    selamanya. Bila parti pembangkang berada dalam keadaan lemah, dia benarkan akhbar 
pembangkang terbit sekerap
    mungkin, kalau nak terbit hari-hari pun boleh tapi bila dilihatnya parti 
pembangkang semakin kuat maka keluaran akhbar
    pembangkang disekat ikut kehendaknya. Macam ini sampai bila pun parti pembangkang 
tak boleh memerintah. 

    Selagi penghayatan demokrasi tak seperti di USA dan UK usah haraplah parti 
pembangkang nak menang. Nak ada
    perhimpunan dan ceramah mesti dapat permit, demokrasi apa macam ni. Masa 
pembangkang lemah permit tentu senang
    dapat, tapi bila pembangkang dah kuat, permit pun susah dapat. 

    Kalau di England, kalau ada satu hak demokrasi dicabul oleh pemerintah maka akan 
datang tak merasa lagilah nak
    memerintah. Tapi di Malaysia, rakyatnya buta demokrasi, mereka jadi tak sensitif, 
dicabul banyak mana pun tak jadi hal.
    Rakyat sudah jadi bodoh macam lembu yang boleh ditarik hidung. 
Keadaannya sama seperti kita main bola yang diadili oleh pengadil dan undang-undang 
yang berat sebelah yang ditentukan oleh pasukan lawan kita, sampai bila pun memang 
kita tak boleh menang.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke