*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Ini satu komen yang amat bongkak dari TMNet selaku pembekal servis!!
Semacam cuba mengapi-apikan pelanggan supaya lari ke pesaing. Amat 
bercanggah dengan konsep 'Service-Plus' (satu module training khas untuk 
pembekal servis dan produk demi menaikkan prestasi syarikat dalam persaingan 
global yang semakin sengit- diberikan oleh konsultan DDI).

Menurut modul Service-Plus, kita seboleh-bolehnya cuba memenuhi atau 
mengatasi kehendak pelanggan. Dan jika ada pelanggan yang merasa kurang puas 
hati, pembekal servis mestilah mencari jalan menukar pelanggan yang marah 
itu kepada pelanggan yang gembira.(Dengan izin, 'How To Turn an Angry 
Customer to become a Happy Customer'). Sebagai contoh, ada sebuah hotel 
4-star di KL yang berjaya menukarkan pelanggan marah menjadi pelanggan 
puas-hati dengan menaikkan taraf bilik dari bilik biasa kepada bilik 'suite' 
dengan harga bilik biasa (Kisah benar ni).

Dalam komen dibawah, TMNet tidak cuba menukarkan pelanggan yang marah kepada 
pelanggan gembira, tetapi menyuruh pelanggan yang marah supaya 'pi..rah' 
atau 'boleh belah' atau 'get lost'!!.

Kalau macam ni, saya harap pihak atasan di TMNet kenalah mengambil perhatian 
dan menukarkan budaya di TMNet kepada 'Service-Plus' bukan 'Service-Get 
Lost' seperti yang ditunjukkan dalam e-mail ini.

Wassalam.


>From: "Mohd Yazid Abd. Manaf" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: Re: H-Net* TM NET atau TM NUT ?
>Date: Thu, 31 Aug 2000 12:20:26 +0800
>
>Assalamualaikum,
>
>sebagai menyokong persaingan setara yang sihat, sila cuba pesaing kami. 
>Sekiranya selepas itu ingin kembali kepada TMnet, saudara adalah amat kami 
>alu-alukan. Memberi perkhidmatan yang bermutu dan memuaskan kepada 
>pelanggan yang setia dan sudi membayar perkhidmatan yang diguna, adalah 
>matlamat kami.
>
>Wassalam.
>   ----- Original Message -----
>   From: [EMAIL PROTECTED]
>   To: [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED]
>   Sent: Wednesday, August 30, 2000 4:23 PM
>   Subject: RE: H-Net* TM NET atau TM NUT ?
>
>
>   wA'ALAIKUMUSSALAM...
>
>   LECEH GUNA TMNUT NI,GUNA LA JARING KE,MAXIS,CELCOM ATAU YANG TERBARU 
>TIME.NET LAGI BAGUS,KALAU DULU TMNET SAHAJA BOLEH LA 'EKSEN' ....
>
>
>     -----Original Message-----
>     From: Mohd Yazid Abd. Manaf [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
>     Sent: Wednesday, August 30, 2000 8:22 AM
>     To: amir; jowhar; hizb
>     Subject: Re: H-Net* TM NET atau TM NUT ?
>
>
>     Assalamualaikum,
>
>     terima kasih atas cadangan yang diberikan.
>
>     Kepada En. Jowhar, sila hubungi TMnet kerana saudara masih belum 
>menjelaskan bil tmnet. Akaun saudara terpaksa digantung untuk sementara 
>waktu sehingga bayaran bil tmnet dijelaskan. Sila buat bayaran di Kedai 
>Telekom berhampiran atau dengan menghantar cek ke alamat yang tertera dalam 
>bil tmnet dengan kadar segera.
>
>     Wassalam.
>
>     Mohd Yazid Abd. Manaf
>     Pusat Khidmat Pelanggan Tmnet.
>     [EMAIL PROTECTED]
>
>       ----- Original Message -----
>       From: amir
>       To: jowhar ; hizb
>       Sent: Monday, August 28, 2000 1:56 PM
>       Subject: Re: H-Net* TM NET atau TM NUT ?
>
>
>       saya setuju untuk piah kerajaan menurunkan kadar tm net..dari 2.5 
>sen (untuk capaian internet dan laluan telefon) kepada 0.5 sen sahaja...
>       ini menggalakkan semua rakyat malaysia menggunakan internet dan 
>memberi peluang semua untuk mengikuti perkembangan it di malaysia sejajar 
>dengan it sejagat.
>       diharap pihak telekom memberi atau mencipta satu cara khas untuk 
>memberi lalauan untuk internet sahaja tanpa boleh digunkan untuk telefon 
>biasa...
>       jadi tak perlu bayar sewa bulanan seperti telefon tetap yang lain.
>       sekian.....
>       harap para netter lain memberi pandangan untuk manfaat bersama.
>
>         ----- Original Message -----
>         From: jowhar
>         To: hizb
>         Sent: Sunday, August 27, 2000 11:48 PM
>         Subject: H-Net* TM NET atau TM NUT ?
>
>
>         Assalamualakum
>         Kebelakangan ini lalauan internet TM-NET makin sukar nak dial in, 
>guna password betul pun dia kata bad password, apa tm-net server dah gila 
>ke apo ?
>
>         Lagi baik kalau duduk kat JB ke kelantan ke kedah utara, boleh 
>juga guna Singnet atau Siamnet, tapi kalau dah duduk jauh dari sempadan 
>Harap Jaring dan TM-net susah, camamano nak maju dalam bidang IT dan 
>menjayakan MSC macam ini ?
>
>         Kalau macam inilah layanan kepada rakyat M'sia, sampai bila bila 
>pun Melayu Islam di malaysia akan berdagangan di negeri sendiri dan tak 
>boleh buat bisnes antarabangsa.
>
>         dan tentang permintaan nak turunkan rate capaian internet di 
>Malaysia sila tulis surat kepada Menteri kita Datuk Leo Moggie dan buat 
>usulan untuk penurunan tarif telefon untuk internet.
>
>         Alamatnya
>
>         Public Relation Officer Ministry of Energy, Comunication and 
>Multimedia, 1st Floor, Jalan Semantan 50668 Kuala Lumpur.
>
>         Tel : (03) 257-5000
>
>         Fax : (03) 253-3485
>
>
>
>         atau lawat http://www.geocities.com/jowhar29/request.htm
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "jack joe" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke