*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Mungkin tafsir dari surah ke 63 Alquran ni ade relevan dengan cerita anda.Wallahu a'lam. [4]Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)? [5]Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh. RUNNER <counterbalance_2000@ To: [EMAIL PROTECTED] yahoo.com> cc: Sent by: Subject: H-Net* Mahathir akui hilang sokongan [EMAIL PROTECTED] Melayu, bidas Melayu tidak 'bersyu kur' 09/01/00 03:02 PM Mahathir akui hilang sokongan Melayu, bidas Melayu tidak 'bersyukur' KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Hrkh) - Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan khas semalam sempena Hari Kemerdekaan ke-43 mengecam semua pihak termasuk 'kuasa-kuasa luar', 'ekstrimis' Cina, sehinggalah kepada orang-orang Melayu yang 'tidak berterima kasih'. Beliau juga mengakui kerajaannya telah hilang sokongan daripada orang-orang Melayu. Dalam ucapan yang disiarkan oleh media rasmi elektronik, Mahathir mengulangi istilah kesukaannya, "kuasa asing", sambil menuduh mereka mahu "menjajah semula" Malaysia. "Hari ini kita menjadi lemah kerana hakisan sokongan orang Melayu kepada kerajaan," kata Mahathir, yang telah hilang sokongan orang Melayu berikutan penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang kini dipenjarakan selama 15 tahun selepas satu perbicaraan mahkamah yang kontroversi. Sambil berkata orang Melayu tidak 'bersyukur' di atas pemulihan ekonomi, Mahathir berkata ini adalah hasil dari usaha ! 'membenci' kerajaan yang didalangi oleh 'kuasa asing'. "Orang asing memang gemar melihat perpecahan di kalangan orang Melayu dan rusuhan sesama kita. Kempen membenci kerajaan yang diusahakan pihak tertentu sudah sampai kepada tahap kesanggupan mencuba menjatuhkan kerajaan secara ganas dan bersenjata," ujar beliau. "Dengan hati yang penuh benci kepada kerajaan, kebencian yang dipupuk kerana tuduhan bahawa kerajaan Malaysia adalah zalim seperti pemerintahan Firaun." Katanya sekiranya ada "kerajaan baru" menggantikan Barisan Nasional, "kerajaan baru" itu akan menjadi boneka asing. Dalam apa yang mencerminkan meningkatnya penggunaan istilah berbau perkauman di kalangan pemimpin UMNO, Mahathir juga membidas apa yang beliau namakan sebagai 'pelampau Cina' dan Melayu yang mahu mengapi-apikan sentimen perkauman. "Percayalah jika pertolongan orang asing dipinta, akhirnya negara akan tergadai," katanya, sambil mendakwa kerajaan telah mengh! alang usaha untuk 'menjajah semula' negara ini ketika krisis ekonomi dua tahun lepas. "Tetapi ini tidak bermakna, mereka tidak akan mencuba lagi," tambahnya. Beliau berkata media asing telah berjaya memburukkan "nama kita" dengan menyokong usaha golongan yang mahu menghancurkan negara. Beliau bagaimanapun tidak menamakan siapa di belakang usaha "menghancurkan" negara. Baru-baru ini, media antarabangsa dan pemimpin dunia telah mengutuk keras campurtangan Mahathir dalam bidang kehakiman dan pensabitan Anwar di atas tuduhan liwat oleh hakim Arifin Jaka, 8 Ogos lalu. Awal bulan ini, sebuah organisasi umat Islam yang paling berpengaruh di Amerika, Kesatuan Islam Amerika Utara (ISNA) menarik balik jemputan kepada Mahathir untuk berucap di persidangan tahunannya September ini. "Hak kita guna mahkamah" Mahatir, yang menyokong penuh resolusi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk membenarkan Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap! Iraq pada tahun 1990, berkata kuasa besar telah terbabit dari dulu hingga sekarang dengan jenayah antarabangsa yang meragut nyawa ratusan ribu orang tidak berdosa serta menyiksa berjuta orang lain. Sambil mendakwa tindakan kuasa besar itu "lebih teruk berbanding tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA)," Mahathir menegaskan adalah hak beliau untuk menggunakan ISA atau mencampuri bidang kehakiman. "Sama ada kita guna ISA atau mahkamah adalah hak dan pilihan kita," tegasnya. Dalam ucapannya, Mahathir menuduh sekumpulan persatuan-persatuan Cina yang dikenali 'Suqiu' sebagai golongan ekstrimis kerana mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu. Beliau juga menyamakan persatuan itu dengan kegiatan al-Maunah. "Kita akan melawan percubaan mencetuskan rusuhan kaum melalui tuntutan yang ekstrem," tegasnya. Suqiu, yang telah membentangkan apa yang dikenali sebagai 'Tuntutan 17 perkara', telah menafikan tuduhan tersebut. ! Baru-baru ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Abdul Aziz Sheikh Fadzir, seorang ahli perniagaan berketurunan India Muslim, telah mengadakan perhimpunan haram di hadapan bangunan Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur untuk menuntut Suqiu "meminta maaf" kepada orang Melayu. Sementara itu, Malaysiakini.com semalam memetik pemuda keADILan sebagai berkata parti itu telah dihubungi pergerakan Pemuda UMNO untuk mengajaknya turut sama mengadakan demonstrasi membantah persatuan Cina. Jemputan UMNO itu bagaimanapun telah ditolak. Comments ? E-mail Us <?XML:NAMESPACE PREFIX = MAILTO /> COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM Do You Yahoo!? Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere! ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]