*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Waalaikumussalam Ini ada satu cerita berkenaan tarik duit!!! Cerita ini berlaku lebih kurang 8 hingga 10 tahun lepas di kampung saya di Kelantan. Suatu ketika dulu ramai orang kampung saya yang percaya tentang kisah mengkarung ekor bercabang,cicak ekor dua, dulang tembaga warna putih dan sebagainya. Dimana kesemua ini dikatakan sebagai pengeras untuk Tarik Duit. Alkisah nya bermula bila seorang orang kampung saya yang terjumpa seekor mengkarung ekor bercabang dua. Heboh la satu kampung dan satu mukim berkenaan mengkarung ini. Ramai yang datang berduyun-duyun dari pelusuk kampung untuk melihat mengkarung ekor bercabang tersebut. Cerita mulut ke mulut pun bermula (biasalah orang kampung).Ada yang ingin membeli dan dikatakan menawar harga yang tinggi.Tapi si terjumpa mengkarung itu tak tamak duit katanya. Kerana percayakan sesuatu yang ajaib, mereka memikirkan benda yang ajaib akan mendatang satu keajaiban yang lain. Maka timbullah cerita perihal cerita Tarik Duit ini. Adalah beberapa orang yang mengakui bomoh dan pandai + boleh tarik duit menggunakan mengkarung ekor bercabang. Ada seorang Hamba Allah ini (lupa dah nama) mengakui kenal seorang bomoh yang terror dari Negara Thailand. Maka bomoh yang 'terror' itu dijemput dari Thailand yang dikatakan mampu Menarik Duit. Sampai saja bomoh tersebut ke kampungku itu, dipertunjukkan segera kepadanya tentang mengkarung 'ajaib' tersebut. Diringkaskan cerita, sampailah masa, waktu ditunggu upacara perbomohan Tarik Duit. Dimana bomoh tersebut meletakkan beberapa pergeras. 1) Mengkarung itu hendaklah disembelih dengan cara Islam. 2) Menyediakkan satu dulang tembaga berwarna putih.(sebagai tempat "landing" duit itu.Lagi besar lagi baik. 3) Sejumlah Duit (jumlah sebenar lupa, tak silap lebih RM 5,000 kerana ada 2 orang yang sanggup jual 2 ekor lembu jantannya). 4) Sebuah rumah yang tak diduduki lebih dari 40 purnama. Apabila cukup saja syarat yang ditetapkan walaupun mengambil masa yang agak lama untuk disediakan maka upacara itu pun berjalanlah. Upacara tersebut berlaku kalau tak silap pada Malam Selasa, di rumah buruk tersebut. Setelah jampi serapah, mentera dan sebagai dibacakan oleh Tok Bomoh tersebut, duit yang dijanjikan tak muncul-muncul dan tak dapat ditarik. Apabila lama pelabur tersebut menunggu, maka ada seorang dua yang berani menanya setelah agak bosan dan hilang sabar. "Tok bomoh bila agak duit akan jatuh", tanya pelabur pertama. Apa yang bomoh tu jawab; "Duit tak dapat ditarik kerana duit masih lagi muda dan tak cukup masak, kalau tarik jugak nanti duit itu koyak", jawab Tok Bomoh. Lepas tu heboh satu kampung dan kedengaran Bomoh tersebut sudah menipu dan bawa pulang duit balik Negara Thailand. Itu saja yang saya ingat. Ambillah ikhtibar dari kisah diatas. Yang Benar Diana >assalamualaikum, > >Ni ha nak mintak sesapa boleh explain pasal tarik >duit.. >betul ka? dengar boleh guna "khadam" untuk tarik >duit??? > >ada ke dlm hizbi ni yg dapat duit tarik??? > >wasalam > >Pengirim: ctl alt <[EMAIL PROTECTED]> _________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. Share information about yourself, create your own public profile at http://profiles.msn.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Srikandi Timur" <[EMAIL PROTECTED]>