*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Dengan rasa hormat kpd sdr grandprix, saya mulakan komen saya. Tiada niat 
untuk mengguris hati sesiapa. Jika terguris, saya pohon kemaafan terlebih 
dahulu.

Saya kurang setuju dengan saranan untuk boikot Raihan itu walaupun 
seandainya mereka terus bersekongkol dengan UMNO. Sebab?

Apa yang RAIHAN perjuangkan ialah satu syiar Islam. Dan mereka membuatnya 
dengan cemerlang hingga memecah rekod industri muzik tanahair (jualan hingga 
500 ribu kaset!!). Mereka berdakwah melalui muzik. Mereka menyampaikan 
mesej2 Islam melalui lagu2 mereka. Bukankan ini akan membantu PAS juga 
akhirnya? Jika mereka membuat persembahan anjuran UMNO sekalipun, bukankan 
mesej2 itu akan didengar oleh ramai ahli UMNO? Bukankah ini sedikit sebanyak 
boleh memperbaikkan lagi tanggapan ahli-ahli UMNO terhadap Islam? Dan 
seterusnya terhadap pemerintahan secara Islam?

Jika nak banding, mungkin kita boleh bandingkan dengan penerapan nilai-nilai 
Islam oleh UMNO di tahun lapan puluhan dulu. Tujuan asalnya mungkin untuk 
menangkis kebangkitan PAS dan puak-puak pro-Islam. tetapi, setelah sekian 
lama menerapkan nilai2 ISlam, akhirnya masyarakat menjadi sedar apa itu 
Islam dan mereka secara beransur-ansur kembali kepada Islam. Akhirnya UMNO 
sendiri yang kerugian, terutamanya bila mereka membuang 'magnet ISLAM' dari 
perut mereka (yakni Anwar dan ABIM dll).

Jadi, biarlah RAIHAN berbaik dengan semua orang- PAS dan UMNO. Itu nanti 
insyaAllah akan membantu masyarakat memahami Islam melalui mesej2 yang akan 
disampaikan RAIHAN nanti. Biarpun mungkin tujuan UMNO berbaik dengan RAIHAn 
untuk menunjukkan mereka juga inginkan ISLAM, namun lagu2 RAIHAN akan dapat 
membuka mata umat Melayu supaya terus mencari makna ISLAM secara 'total'. 
Dengan cara ini, akhirnya ISLAM dan PAS juga yang akan menang (dengan izin, 
akan dapat "the last laugh").

Kalau kita boikot RAIHAN, ISLAM dan PAS juga yang akhirnya sedikit rugi 
kerana nanti RAIHAN tidak akan popular lagi dan tidak akan berupaya menarik 
minat khalayak untuk mendengar mesej2 ISLAM mereka. Rugilah.

Wallahu'alam.


>From: GrandPrix <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Raihan sudah bersedia di boikot?
>Date: Thu, 7 Sep 2000 02:32:10 -0700 (PDT)
>
>
>Raihan Boneka UMNO/Mahathir?
>
>
>Sebagai warganegara Malaysia, kami rakyat Terengganu juga tidak terlepas
>dari merayakan Ulangtahun Hari Kebangsaan ke 43 baru-baru ini. Kerajaan
>negeri Terengganu di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Abd Hadi telah
>menganjurkan malam di Ambang merdeka di Stadium Sultan Ismail Nasarudin
>Shah. Majlis itu dipenuhi dengan sembahyang Isyak dan hajat berjemaah dan
>ceramah perdana oleh Tuan guru MB dan para Exco kanan. Tepat jam 12.00 
>malam
>acara menaikkan bendera, koir dan laungan merdeka dan takbir telah
>dijalankan.
>Malangnya malam kemerdekaan yg sepatutnya melangkau batas politik itu telah
>dicemari oleh Umno. Umno negeri Terengganu tanpa segan silu telah
>membelakangkan majlis anjuran kerajaan negeri itu dengan mengadakan majlis
>berasingan di Batu Rakit. Majlis ini mendapat liputan meluas oleh akhbar
>sehari sebelum itu. Kakitangan persekutuan seperti KETENGAH telah dipaksa
>utk menghadiri majlis tersebut. Para hadirin pula telah diberikan sebiji
>songkok seorang dan dilarang daripada memakai kopiah putih.
>Apa yg menarik, utk meramaikan hadirin, pihak penganjur telah menjemput
>kumpulan Raihan utk mengadakan persembahan selama 15 minit. Penglibatan
>Raihan di dalam majlis ini amatlah dikesalkan. Mengapa kumpulan nasyid ini
>sanggup diperalatkan oleh Umno dan membelakangkan kerajaan negeri yg
>berteraskan Islam? Mengapa Raihan sanggup bersekongkol dgn pihak yg 
>ternyata
>zalim dan memusuhi Islam. Jika diberi alasan kerana bayaran, berapa
>sangatlah yg diperolehi utk persembahan 15 minit berbanding maruah ahli
>kumpulan itu? Sepatutnya Raihan harus mengelakkan diri daripada terlibat
>daripada majlis seperti itu. Mungkin mereka patut mencontohi sikap Siti
>Nurhaliza yg tidak lagi terbabit dgn acara-acara kontroversi setelah
>dikritik penampilannya di Bukit Jalil pada tahun lepas. Raihan seharusnya
>sedar sebahagian besar peminat mereka adalah anak-anak dan mereka yg
>menyokong Barisan Alternatif dan pencinta Islam. Jangan sampai kami 
>terpaksa
>memboikot anda!
>Sebelum ini juga Raihan pernah mencetus kontroversi dengan lagi 'Bersatu' 
>yg
>seolah-olah mengikut nada PM Mahafiraun itu. Jika dilihat apa yg berlaku di
>Trg baru-baru Raihan sebenarnya mengajak kepada berpecah belah dgn
>membelakangkan kerajaan negeri pilihan rakyat dan bersekongkol dgn
>pembangkang (UMNO adalah pembangkang di Trg). Daripada apa yg dinyatakan
>saya mula beranggapan, mungkin kerana inilah (sebagai boneka Umno) maka
>konsert Raihan di Trg sempena maulud nabi dahulu telah dibatalkan dan
>diganti dgn kumpulan Hijjaz.
>Oleh itu di sini saya ingin memberi amaran kepada kumpulan Raihan supaya
>tidak lagi terlibat dgn apa saja akitiviti Umno atau Mahathir lagi. Kami
>tidak teragak-agak utk melancarkan mogok kepada anda dan nantikanlah zaman
>malap anda di arena seni suara.
>Kepada reformis dan penyokong BA mari kita sama-sama memboikot kumpulan ini
>jika mereka masih lagi bersekongkol dgn Umno.
>Ingat Raihan, tiada belas kepada penyokong kezaliman.
>Lawan Tetap Lawan.
>Reformis Trg
>
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "jack joe" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke