*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject:
[ADIL-Net] Royalti Minyak: Hj Abd Hadi Awang menyerlah sebagai
pemimpin nega rawan
Date:
Wed, 6 Sep 2000 22:01:59 -0700 (PDT)
From:
GrandPrix <[EMAIL PROTECTED]>
Reply-To:
[EMAIL PROTECTED]
To:
[EMAIL PROTECTED]
My Groups | ADIL-Net Main Page | Start a new group!
Royalti Minyak: Hj Abdul Hadi Awang menyerlah sebagai pemimpin
negarawan.
Assalamualaikum,
Sesungguhnya segala puji-pujian itu hanya untuk Allah SWT, dan
Rasulullah
SAW pernah bersabda supaya dilempar debu kepada mereka yang
memuji sesama
makhluk. Yang ingin saya sebutkan bukan puji-pujian tetapi
perkara-perkara
yang nyata, iaitu reaksi Tok Guru Hj Abdul Hadi Awang terhadap
isu terbaru
sekitar kontroversi royalti minyak telah memperlihatkan Menteri
Besar
Terengganu itu mempunyai sifat-sifat pemimpin negarawan
(statesman) yang
berpengalaman (walau pun baru setahun sebagai MB), berkaliber,
bijaksana dan
tinggi keupayaannya berfikir secara waras dan matang dalam
keadaan tertekan.
Sememangnya beliau layak menjadi Perdana Menteri seperti yang
disarankan
oleh Asiaweek.
Tok Guru Hj Abdul Hadi Awang tidak melenting apabila tersiar
kenyataan dalam
media arus perdana bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan
mematuhi
perjanjian dan akan menyalurkan wang royalti minyak kepada
Terengganu
melalui "Program Pembiayaan Wang Ehsan" dan bukan lagi secara
terus kepada
Kerajaan Negeri . Dengan sabar lagi bijaksana, Hj Abdul Hadi
Awang
menyatakan bahawa beliau akan tunggu maklumat rasmi daripada
Kerajaan Pusat.
Dengan tepatnya Tok Guru Hj Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa
kenyataan
yang disiar dalam akhbar tidak jelas samada ianya benar-benar
dari Kerajaan
Pusat kerana tidak mempunyai tanda tangan dan boleh dianggap
macam surat
layang. Menteri Besar Terengganu itu juga berkata kenyataan
tersebut mungkin
muslihat orang-orang tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan dua
hala yang
baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.
Disamping itu juga beliau dengan tepat menegaskan kenyataan
tersebut boleh
ditafsirkan macam-macam kerana perkataan 'royalti' itu tidak
boleh
diterjemahkan dengan 'ehsan', dan dengan demikian adakah ianya
bermakna
Kerajaan Pusat berhajat untuk memberikan tambahan wang ehsan
kepada Kerajaan
Negeri Terengganu selain dari royalti minyak.
Kewibawaan serta kebijaksanaan Tok Guru Hj Abdul Hadi A wang
sebagai
pemimpin
yang berprinsip serta bertaraf negarawan begitu menyerlah apabila
beliau
secara kiasan menegaskan bahawa tidaklah betul kalau Kerajaan
Pusat mahu
berurusan dengan Kerajaan Negeri Terengganu melalui media massa.
Dengan erti
kata yang lain beliau tidak akan membenarkan Kerajaan Pusat
menghina
kedaulatan negeri Terengganu dan maruah rakyat Terengganu dengan
berurusan
dengan mereka melalui media.
Dalam keadaan tertekan beliau telah memperlihatkan sifat sabar
dan kebolehan
mengamati situasi serta berfikir dengan tenang dan waras. Dan
segala apa
yang beliau katakan itu sememangnya suatu kewarasan berfikir
ditahap yang
tinggi.
Dengan mengatakan bahawa hubungan dengan Kerajaan Pusat adalah
baik dan
beliau percaya Kerajaan Pusat dan Petronas akan mematuhi
perjanjian yang
ditandatangani, Hj Abdul Hadi Awang telah meletakkan kerajaan
Pusat dalam
keadaan serba salah. Kini Kerajaan Pusat akan nampak sangat
berniat busuk
kalau melanggar perjanjian dan menutup segala pintu dan ruang
untuk terus
berunding.
Dengan berkata bahawa kenyataan yang tersiar dalam akhbar itu
tidak jelas
samada benar-benar datangnya dari Kerajaan Pusat, Tok Guru telah
memberi
ruang dan opsyen kepada Kerajaan Pusat untuk tarik balik
keputusan tersebut
jika ia sememangnya dari Kerajaan Pusat. Dengan ertikata yang
lain, Tok Guru
Abdul Hadi Awang telah memberi 'face saving device" iaitu jalan
keluar
bermaruah kepada Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat kini boleh
menjaga maruah
dan kredibilitinya dengan menafikan kesahihan lapuran akhbar
tersebut, dan
seterusnya membuat kenyataan sebagai kerajaan yang
bertanggungjawab dan
beramanah bahawa Kerajaan Pusat akan menghormati perjanjian yang
telah
ditandatangani itu.
Cara Tok Guru Hj Abdul Hadi Awang menangani isu ini dengan
kebijaksanaan
seorang negarawan yang berhemah tinggi lagi berpengalaman (walau
pun hanya
baru setahun menerajui Kerajaan Negeri) menunjukkan bahawa
sememangnya ada
asas kukuh bagi Asi aweek untuk membuat saranan bahawa Tok Guru
Hj Abdul
Awang berkeupayaan menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam empat
atau sepuluh
tahun dari sekarang. Allah SWT sahaja yang menentukannya.
Sekali lagi ditegaskan saya bukan memuji, hanya sekadar berkata
apa yang
nyata tentang Tok Guru Hj Abdul Hadi Awang. Sesungguhnya segala
puji-pujian
itu hanya untuk Allah SWT.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Semata-mata kerana Allah SWT, dan takut hanya kepada Allah SWT.
Tarabulsi
7 Sept 2000
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
------------------------------------------------
ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.
Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's
--------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest
ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>