Sept 7, 2000

Peruntukan Ketua Menteri Melaka diragui
Fathi Aris Omar
4:15pm, KHA: DAP mempertikaikan jumlah wang yang semakin besar dalam
peruntukan tambahan bagi Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Mohd Ali Rustam.
Parti itu mempersoalkan peningkatan 100 peratus daripada belanjawan negeri
tahun lalu.
Peruntukan untuk kategori 'pengangkutan orang dan perbelanjaan sara hidup'
itu berjumlah RM150,000, kurang sedikit daripada jumlah awal tahun lalu,
sebanyak RM152,000 dan menjadikan jumlah sebenar RM302,000.
"Saya tidak percaya pegawai kerajaan (ketika menyediakan dan menghabiskan
belanjawan) boleh begitu tidak profesional, tidak cekap dan tidak pakar,"
kata Ahli Dewan Undangan Negeri DAP bagi kawasan Durian Daun, Betty Chew Gek
Cheng, dalam sidang dewan semalam.
"Kalau begitu, apakah penyelewengan berlaku?"
Sementara peruntukan tambahan untu! k 'bekalan dan barang-barang' bagi
pemimpin Umno itu meningkat 66 peratus, sebanyak RM43,000 daripada RM65,000
yang telah dihabiskan dalam belanjawan awal, dan menjadikan jumlahnya
RM108,000
"Apakah barangan yang dibeli oleh Ketua Menteri (dengan wang itu) dan sama
ada (pembelian itu) mematuhi peraturan Kementerian Kewangan," kata Betty
Chew lagi, ketika membahaskan Enakmen Perbekalan Tambahan tahun 2000.
Enakmen itu memohon sidang dewan meluluskan peruntukan tambahan perbelanjaan
mengurus sebanyak RM3.53 juta dan tambahan perbelanjaan pembangunan sebanyak
RM1.95 juta.
Beliau berkata DAP tidak mahu penyelewengan kewangan sebanyak RM1.2 juta di
Yayasan Melaka seperti dalam laporan Ketua Audit Negara berulang lagi.
Betty Chew juga mempertikaikan tambahan sebanyak RM62,000 bagi perbelanjaan
keraian Ketua Menteri dan menjadikan jumlahnya hampir RM1.5 juta.
"Apakah jenis hospitaliti (keraian) yang diperlukan oleh beliau (Mohd Ali)
se! hingga RM1.4 juta telah habis pada bulan Ogos?" soalnya.
Dalam perkembangan berkaitan, DAP juga mendesak Ketua Menteri itu menarik
balik dan memohon maaf secara terbuka terhadap kenyataannya "hidup DAP, mati
Melayu" dalam sidang dewan yang sama semalam.
"Beliau harus dibawa untuk tindakan disiplin kerana menyalah gunakan
kedudukannya dalam dewan," kata Pengerusi DAP, Lim Kit Siang hari ini.


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke