Date: Fri, 8 Sep 2000 11:00:04 +0800

Bola kini di kaki Dr Mahathir

Bola kini terletak di tangan Kerajaan Pusat. Hendak disepak ke kiri, maka ke
kirilah ia, hendak disepak ke kanan, maka ke kananlah ia.
Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang telah memberikan muka sepenuhnya
kepada Kerajaan Pusat untuk memperbetulkan keadaan.Samada untuk terus kekal
dengan kenyataan yang dikeluarkan menggunakan kepala surat Kementerian
Kewangan atau membetulkan keadaan.
Dalam kenyataan akhbar rasmi empat muka surat dan ditanda tangani oleh
beliau pada setiap muka surat itu, jelas Menteri Besar Terengganu meminta
Pusat berfikir semula. Nasi belum lagi menjadi bubur. Rotan belum dikerat,
arang belum lagi dipatahkan.
Tetapi, jelas dalam kenyataan untuk menjawab kenyataan Kementerian Kewangan
itu, Kerajaan Pusat diberikan amaran kesan langsung dan tidak lang! sung yang
akan dihadapi oleh Pusat jika rancangan untuk membatalkan perjanjian antara
Petronas dengan Kerajaan Negeri Terengganu itu diteruskan oleh Pusat.
Jelas Terengganu berpendirian, tidak ada sebab dan alasan yang sah untuk
Pusat campur tangan membatalkan perjanjian yang telah dibuat oleh kedua-dua
pihak itu.
Sungguhpun Petronas adalah entiti milik kerajaan Pusat tetapi "adakah wajar
dan berhakkah seorang bapa menceraikan perkahwinan anak dan menantunya
semata-mata kerana bapa sudah benci kepada menantunya."
Terengganu, sebagai salah sebuah negeri dalam Malaysia, juga telah
memberikan amaran yang jelas, sanggupkah Pusat menggadaikan nama baik
Petronas yang mempunyai pelbagai perjanjian di peringkat antarabangsa
semata-mata kerana mahu menjaga kemahuan seorang individu yang sedang
meracau.
Inilah persoalan yang sedang berlegar dalam isu royalti minyak Petronas
kepada Terengganu sekarang ini.
Ketika Perdana Menteri menuduh ! pembangkang menanamkan politik benci di
kalangan rakyat negara ini, agar membenci beliau dan kerajaan pimpinannya,
kerajaan yang beliau sendiri pimpinlah sebenarnya yang menanamkan sifat
benci rakyat kepada beliau dan kerajaan.
Tidak bolehkah beliau bayangkan, apakah perasaan lebih 60 peratus orang
Melayu yang kini menyokong PAS (sebagaimana yang dibuktikan dalam pilihan
raya umum lalu) apabila Pusat menyekat hasil utama negeri yang dikuasai oleh
mereka.
Bayangkan, kesemua mereka kini dipaksa membenci sebenci-bencinya beliau dan
kerajaan Pusat kerana tindakan yang tidak demokratik ini. Usaha diberilah
pelbagai alasan atau cara penyampaian keputusan tersebut kepada rakyat
kerana mereka tahu ke manakah jatuhnya keputusan tersebut iaitu... menafikan
hak kerajaan negeri Terengganu menguruskan lima peratus royalti minyak yang
selama ini menjadi hak kerajaan Terengganu.
Mungkin, Dr Mahathir boleh mencuci tangan dengan berkata, keputusan ini!
dibuat oleh Kabinet ketika beliau tidak ada dalam negeri. Siapakah lagi yang
boleh percaya beliau tidak ada kena mengena dengan keputusan itu kalau
sebelum ini beliau telah membuat pelbagai kenyataan mengenainya yang kini
dilaksanakan oleh Kabinet itu.
Lagipun, sebut sahajalah apakah peristiwa penting di negara ini yang
melibatkan musuh beliau dan BN. Semuanya berlaku ketika beliau berada di
luar negara. Memali, sebagai contohnya. Ia berlaku ketika beliau berada di
negara China.
Bola ada di kaki Dr Mahathir sekarang. Menteri Besar Terengganu, telah
memberi laluan dan muka kepada beliau. Teruskan atau perbetulkan keadaan.
Comments ? E-mail Us


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke