*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 


Demonstrasi Bantah Lawatan MAHAFIRAUN ke Chicago 

WASHINGTON, 30 Ogos (Hrkh) - Masyarakat setempat di Chicago, Amerika Syarikat 
merancang untuk mengadakan demonstrasi membantah lawatan Mahathir ke Chicago pada 1 
September ini. 

Demonstrasi ini bertujuan menyuarakan kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap 
pensabitan Anwar Ibrahim dan hukuman penjara sembilan tahun yang dikenakan ke atas 
beliau pada 8 Ogos lepas atas apa yang dianggap mereka sebagai tuduhan liwat yang 
direka-reka. 

Kedutaan Malaysia di Washington menjangkakan protes yang meluas dan telah mewujudkan 
sebuah bilik operasi kecemasan di bilik 3224, Hotel Radisson, Chicago. 

Menurut jurucakap Kempen Membebaskan Anwar, Raja Petra Kamarudin, pihak kedutaan 
bimbang bahawa Mahathir, yang telah dimalukan oleh pembatalan jemputan beliau ke 
Persidangan Kesatuan Islam Amerika Utara (ISNA), akan dimalukan sekali lagi oleh 
protes berkenaan. 

Mahathir dijadual berucap dan berdialog dengan pelajar Malaysia di Hotel Radisson pada 
Ahad, 3 September, 2000. Beliau dijangka tiba pada tengah hari dan akan disambut oleh 
demonstrasi tersebut. 

Makluman mengenai demonstrasi itu disenaraikan dalam ProtestNet, sebuah laman Web yang 
memaklumkan demonstrasi-demonstrasi yang bakal diadakan. ProtestNet ialah sebuah 
perkumpulan aktivis di Amerika Syarikat yang berusaha mewujudkan media mereka sendiri. 

Harakahdaily
30 Ogos 2000

http://mahafiraun.tripod.com





Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke