*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum…..kengkawan. Seperti biasa le….mencelah tahu ini hari 
pertama kerja , jadi emailpun belum banyak……biar mencelah borak-borak dulu.

Bila Mawar bercakap tentang ibu tunggal ataupun ibu yang di tinggal 
ni……..mawar, dia orang sebenarnya umpama burung yang kehilangan sebelah 
kepak. Bukan sahaja nak melindungi anak-anak, untuk diri sendiripun terpaksa 
bertongkatkan paruh. Kaum seperti mereka ni le yang perlu di bantu , tetapi 
bantuan yang  di terima merundung masa depan yang lebih gelap selalunya.

Walaupun kita kini berada di alaf  baru (bukan wanita alaf 40’an) tetapi 
masih ada di kalangan masyarakat yang beranggapan ibu tunggal ni kan 
mawar….. ‘Masyarakat kelas kedua’. Ini berlaku kerana mereka tak memikirkan 
akan segala penderitaan dan kesengsaraan yang di tanggung oleh golongan ini. 
Tapi mawar, sedar ke tidak….(kalau koma mesti tak sedar) kaum yang kebiasaan 
yang suka memburok-burokkan golongan ibu tunggal ni terdiri dari pada orang 
pompuan sendiri! (mami jarum) sebab apa orang pompuan suka jadi macam ini 
mawar???….soalan cepu mas!

Tentunya mawar masih ingat seorang ibu tunggal yang mengharapkan sinar dalam 
kehidupan baru, tetapi kegelapan seumur hidup yang menimpa apabila kedua-dua 
belah mata menjadi buta dengan simbahan asid dari laki baru…..kalau tak 
silap namanya Rashidah orang Kelantan. Ibu tunggal atau biasa orang sebut 
janda, kengkadang menjadi igauan pulak bagi jiran-jiran……setiap gerak geri 
akan di mantau……oleh pemantau tak bertauliah. Bukannya apa, dia orang anggap 
janda ni perampas laki orang. Pada hakikatnya …..laki dia orang yang dah 
naik syiok dengan janda tu! Tapi apa salahnya kan mawar…….kalau suami orang 
tu berniat ikhlas untuk mengambil ibu tunggal tu demi masa depan anak-anak 
yatim tersebut….kan mawar kan. Jadi mawar pun kalau nak kena bermadu dengan 
ibu tunggal……..terima saja dengan hati yang terbuka, kerana itu semuanya 
‘pasrah’(macam filem Yusoh Haslam…pulak)

Bila cakap tentang ibu tunggal ni…..mawar, baru-baru ni jiran mencelah yang 
berumur 22 tahun baru aje di anugerah ‘Mrs.J’……kasihan mencelah tengok. Apa 
tidaknya, baru 6 bulan kawin. Kerana taat pada suami …….dia sanggup berhenti 
kerja, jadi bila dah jadi Mrs.J…….. kereta kena tarik sebab mana nak cari 
duit mahu bayar! Mencelah betul-betul punya simpati, tetapi kenapa kita 
selalu simpati pada yang muda aje haaaa???….soalan cepu mas.

Tetapi ada sesetengah Mrs.J yang ni minta oleh pompuan tu sendiri demi 
kebaikan masa depan dia dan anak-anaknya. Mawar fikir tengok ada sesetengah 
lelaki ni ……dok bagi tahu bini kononnya pergi out-station sini dan 
sana…..yang menyedihnya suatu hari bini dapat ‘kesan’! maksud mencelah bukan 
kesan di mana laki dia berada……… tetapi kesan pada ‘anu’ pompuan tu 
le…….apabila doktor mengesahkan si laki dia import segala jenis bahana 
….daripada kuman penyakit kelamin, jadi sebelum melarat kepada anak yang 
mungkin di lahirkan…..lebih baik jadi Mrs.J.

Itu satu hal…….si laki kalau di luar rumah alim bukan main, pijak cicak tak 
mati. Ini macam kes Shila Majid, kalau dah duduk serumah macam duduk 
segelanggang dengan Mike Tyson……aje, lebih baik jadi janda. Mencelah ingat 
kan mawar……shila majid tu kalau dia duduk lagi lama dengan tok laki dia, 
mahunya suatu masa nanti menu harian dia bertukar kepada ‘bubur lambuk’ aje, 
apa daknya, kalau semua gigi dah berterabur!

Itu le, bagi pendapat mencelah kan mawar…..ibu tunggal ni kena jaga 
maruah…..dan pandai menjaga diri daripada sebarang fitnah, kerana orang 
lebih peka terhadap ‘janda’ berbanding ‘duda’. Kalau duda, orang kata….’tak 
apa….dia orang lelaki’. Macam mencelah kata tadi le……ada saja orang yang 
akan memantau….sampaikan nak mandi pun ‘orang bujang’ mantau!……Ratu Chomel 
Selalu yang kata:

“Untuk si gadis atau Perawan, jika mandi di kali(perigi), jangan
bersendirian, nanti diintai oleh sang jantan.”…Kata Ratu Chomel Selalu.

Mencelah_sikit @hotmail.com
(Hak Cipta Terpelihara)

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke