*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mencelah ni baru dapat kerja part-time dengan syarikat AIN_Eon.sdn bhd....., 
Ain karang......mencelah jadi mat dispatch kejab.



Assalamu'alaikum para netters yg dikasihi.....

Dah lama tak sembang.  Sibuk, sampai dah pening dah.  Tak mau sembang 
benda-benda lain, ni nak sembang pasal resipi Mee Kari dan beberapa tips 
masakan yg mudah.  Oleh kerana terlalu lama saya "pending" nak bagi resipi 
ni sebab terlalu sibuk, jadi hari ni nak publish jugaklah.

Ramai kawan-kawan (Pn Pabiyen pun pernah mintak jugak), sampai nangis-nangis 
dia.... Tapi saya dok janji-janji, baru hari ni saya dapat menulis dengan 
tenang dan tenteram. Kesian Pn Pabiyen, tak dapat makan mee kari saya.  Tapi 
tak apa, Pn Sri Pabiyen tak ada, Puan Sri Mawar dengan Mencelah Sikit boleh 
tolong habiskan, kalau tak pun Hantu Raya boleh tolong habiskan.

Sebelum bagi resipi, saya nak bagi tips dulu.  Kalau nak buat mee kari yg 
sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh.   Kalau nak bubuh AYAM, 
JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, 
cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja.  MEE KARI YG SEDAP 
RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING.

Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG.  Tapi, kalau nak 
lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!

Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, 
blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, 
hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.

Lagi satu tips.... kalau rencahnya ialah udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG 
ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan  ambil airnya.  Hampasnya buang!

Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, 
susah pulak suami kena beli blender baru!  Bila suami tanya, siapa ajar 
blender kulit kerang?  Ain lah.. siapa lagi!  Naya, naya!

Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's.  
Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.

OK, tak mau membebel lagi, semoga hujung minggu ni bolehlah netters lelaki 
print dan suruh isteri masak kat rumah.
SELAMAT MENCUBA!



@@@@@  RESEPI MEE KARI FROM AIN'S KITCHEN  @@@@@

(HIDANGAN MEE KARI INI IALAH UNTUK 6 - 8 ORANG)

Bahan Utama: (Untuk kuah kari nya) - Untuk ditumis
======================================

Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih  - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang

Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil 
airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
� kilo sawi

(PERHATIAN:  Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan 
masa)

Bahan-bahan sayuran:
=================
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")

Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.

Cara:
======

Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau.  Masukkan pes kari, cili 
blender, daun kari, buah pelaga
dan bunga lawang.  Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, 
masukkan santan cair & kentang.
Biarkan sekejap.  Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika 
ada), kerang, fish ball, fish cake,
air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.

Setelah kentang empuk,  masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan 
tauhu kering serta sawi.  Kacau sehingga
mendidih.  Matikan api.

Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita 
celur kan mee dan taugeh.
Telur pun mesti telah siap direbus.  Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai 
hiasan dengan bahan-bahan
lain.

Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan 
& puan-puan di samping
keluarga atau tetamu.

********************************************

TIPS SETERUSNYA:

1.      Mengapa saya masukkan sawi dalam kuah?  Sebab nak celur itu, celur 
ini - leceh!  So, untuk mengelakkan pembaziran

(sebab ada orang tak suka sawi banyak), jadi eloklah sawi dimasukkan dalam 
kuah supaya siapa nak, cedok aje
dari dalam kuah. senang, kan?

2.      Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu 
bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih.  Dalam 
resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?

Semoga hujung minggu anda bertambah ceria dengan hidangan mee kari istimewa 
dibawakan khas dari:
AIN'S KITCHEN.

Wassalam

HAKCIPTA TERPELIHARA

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke