*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Kes Sauk didengari semula di mahkamah. Setelah beberapa minggu kes ini tidak
terdengar di akhbar atau media elektronik, tiba-tiba kes ini akan dibicarakan
lagi. Rakyat semua sudah tahu bahawa ini hanyalah sandiwara BN-UMNO. Tujuannya
antara lain untuk mengalihkan tumpuan masyarakat kepada penyelewengan dan
kepincangan kerajaan yng ada dengan mengkambing hitamkan kumpulan Al-Ma'unah.
Terlalu banyak keraguan dalam kes Ma'unah seperti mana 1001 macam keraguan
dalam kes Anwar. Kalau bekas TPM BN-UMNO sanggup di buat begitu, maka kes
Ma'unah jauh lebih mudah dipersalahkan walaupun di sana terdapat pelbagai
kesangsian, tidak cukup syarat untuk mensabitkan orang ynag tidak bersalah.
Mengapa dakwa kumpulan Ma'unah, mengapa tidak buat dakwaan rompakan dan
pembunuhan?
Siapa sebenarnya yang membunuh? Mengapa orang yang disyaki membunuh tidak
didakwa atas sebab membunuh?
Adakah kemungkinan SB dalam Ma'unah yang membunuh SB luar yang tahu akan
aktiviti SB yang menyamar dan bersama dengan Ma'unah?
Adakah kemungkinan kumpulan Ma'unah akan membunuh Anwar Ibrahim dalam penjara
apabila mereka ditempatkan di Sg. Buloh kelak?
Bekas PM Singapuran pun pelik bagaimana kerajaan sanggup buat lakonan
semata-mata untuk convince rakyat kerana selama ini rakyat tidak convinced
dengan data dan maklumat yang dikemukakan di dalam media oleh kerajaan
Malaysia.
Mengapa tidak abil orang biasa yang kononnya tak tahu pegang senjata dalam kes
lakonan semula lakonan itu?
Bagaimana dengan surat Lans. Korp. yang membuka tembelang kes sandiwara
BN-UMNO yang disebarkan melalui internet?
Mengapa tidak lakonan dibuat di tempat kejadian?
Yang pastinya, rakyat dapat mengagak apa keputusan akhir Mahkamah. Sudah pasti
kumpulan Ma'unah di dapati bersalah sebagaiman kes Anwar juga. Banyak
persamaan. Antara lain:
1. Pasukan lawak: Hakim gula2 hacks;SC Musa Hassan; Ghani Patail
2. Dakwaan tidak berasas dan hanya rekaan tetapi boleh diterima
sepertimana buku 50 Dalil.
3. Dakwaan melawan Agong mudah untuk disabitkan kerana terlalu subjektif.
Rakyat semakin bosan dan meluat dengan sistem kehakiman negara ini. Kes Anwar
yang banyak keraguan itu pun tidak diberi perhatian oleh hakim. Memang sistem
kehakiman sudah hilang prinsip-prinsip dan roh undang-undang yang adil. Rakyat
dah tahu dah keputusan Sauk! Hakim akan isytihat Ma'unah bersalah! mengikut
skrip yang ditulis oleh PM Yang Ariff Dr. Mahathir.
____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at
http://home.netscape.com/webmail
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>