*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum warahmatullah,
Tajuk e-mail ni sebenarnya loghat Kelate- soalan tu ditujukan pada Mahathir.
Lebih tepat ia mengenai 'isu' terbaru yang Mahathir cuba gunakan untuk
bantai PAS- buku 'Islam Optimis...Mengapa Pilih Parti Islam'.
Dalam paper hari ini termasuk paper Star, Mahathir bising-bising sebab dalam
buku tu penulis tulis rasul sallallahu'alaihiwasallam sebagai pemimpin
'parti' Islam yang pertama.
Dia terus tuduh inilah bukti PAS memperalatkan Islam untuk politik.
(Walaupun tuduhan itu tiada makna kerana bagi Islam, politik itu sebahagian
dari Islam. Justru tidak timbul soal mempergunakan Islam untk politik. Yang
ada ialah berpolitik menurut tunjuk-ajar Islam sebagaimana yang dibuat PAS.
Ini yang Mahathir dan geng-geng dalam rejim dia tidak faham atau buat-buat
tak faham sebab dia berpolitik ikut tunjuk ajar 'Machiaveli'!!).
Mengapa si Mahathir ni suka membelakangkan pakar-pakar dia sendiri?
Maksudnya, oleh kerana isu ni bersabit ugama Islam, mengapa dia tak minta
mana-mana mufti berikan komen? Mengapa dia tak tanya dulu mufti-mufti boleh
atau tidak menganggap Rasul sallallahu'alaihiwasallam pemimpin 'parti'
Islam? Mengapa dia tak tanya ulamak2 apa definisi parti di sini? Dia sengaja
buat2 keliru dengan istilah 'parti' yang membawa maksud 'sekumpulan manusia'
atau pergerakan sekumpulan manusia.
Dari sejarahnya, Mahathir ini memang suka buat-buat tak faham banyak benda.
Dia juga tak faham bila ulamak kata ulamak itu pewaris Nabi. Dia main hentam
saja definisi 'waris' itu- dia kata 'senanglah nak jadi waris nabi macam
itu'. Sedangkan maksud sebenar 'pewaris' di sini ialah mewarisi tugas-tugas
dakwah nabi sallallahu'alaihiwasallam bukan definisi waris sebagaimana
antara anak dan ayah.
Namun, sebagaimana biasa dia rasa dia yang maha pandai. Jadi, dia main komen
sahaja semua isu-isu membelakangkan mereka yang pakar dalam bidang-bidang
berkenaan.
Apa-apa pun, penulis buku ni (Ibnu Daulah) kena terimo kasih pada Mahathir
sebab kerana dia buat komen, buku ni sekarang dah popular. Saya pun nak beli
satu ni. (Lagi bengang Mahathir macam ni).
Wassalam.
Nota: PAS- hati2. Mungkin ini boleh Mahathir jadikan satu lagi alasan nak
haramkan nama Islam dari PAS.
Di http://www.mahafiraun.com ada artikel mengenai isu buku ini
Mati itu Pasti. Tegakkan Solat Sebelum Terlambat
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>