*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cuba lihat penyalahgunaan bahasa/perkataan yang terdapat didalam Utusan
bertarikh 4 Sept 2000 yang cuba untuk 'deceive' pembaca. Perhatikan:-

Perenggan pertama:
...sebuah pertubuhan politik Islam terbesar Amerika Syarikat...

Perenggan kedua:
...pertubuhan politik Islam tunggal di Amerika Syarikat...

Olehkerana AMC pertubuhan politik Islam tunggal di AS, kenapa mesti
dinyatakan sebagai TERBESAR sedangkan tiada pertubuhan politik Islam yang
kedua di AS yang boleh dibandingkan. Paling besar berbanding dengan
apa/siapa???

Was this another over-zealous attempt by Utusan...???
Profesionalism???

Majlis Islam Amerika iktiraf ketokohan Mahathir
CHICAGO 3 Sept. - Sebuah pertubuhan politik Islam terbesar Amerika Syarikat,
yang mewakili lebih 6.7 juta umat Islam di negara ini, secara terbuka
memberikan pengiktirafan dan penghormatan tinggi kepada Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin Islam yang telah banyak berjasa
kepada rakyat Malaysia dan umat Islam sejagat. 

Majlis Islam Amerika (American Muslim Council - AMC) yang merupakan
pertubuhan politik Islam tunggal di Amerika Syarikat memberikan
pengiktirafan dan penghormatan itu untuk meyakinkan masyarakat antarabangsa
bahawa kedatangan Perdana Menteri ke sini memang diterima dan dialu-alukan
oleh seluruh umat Islam di negara ini. 

Tiga orang pemimpin utama pertubuhan yang berpangkalan di Washington DC itu,
Presidennya, Dr. Yahya Mossa Basha, Pengarah Eksekutifnya, Aly R. Abuzaakouk
dan Bendahari dan pengasas AMC, Dr. Mohammad Aslam Cheema, telah mengunjungi
Perdana Menteri di sini hari ini untuk menyampaikan sendiri pendirian AMC
itu.

Turut juga mengunjungi Dr. Mahathir hari ini ialah seorang tokoh korporat
Islam terkemuka di negara ini, Dr. Mahmood Thahab, yang secara terbuka
menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang pemimpin dunia yang sepatutnya
menjadi lambang kemegahan seluruh umat Islam di atas jasa dan sumbangannya
kepada dunia Islam.

Beliau telah terbang khusus dari California untuk menemui Perdana Menteri.
Mereka adalah di antara lebih 20 orang tokoh-tokoh Islam ternama di Amerika
Syarikat, termasuk para sarjana, kalangan profesional, ahli perniagaan dan
usahawan serta pemimpin-pemimpin masyarakat Islam di negara ini yang telah
berjaya merebut peluang untuk menemui Dr. Mahathir di sepanjang lawatan
kerjanya selama tiga hari ke bandar raya ini. 

Bercakap kepada para wartawan Malaysia selepas pertemuan itu, Dr. Yahya
berkata, mereka berbangga berpeluang menemui Dr. Mahathir dan membincangkan
suasana politik, khususnya yang melibatkan umat Islam seluruhnya, di samping
mencari jalan untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara
umat Islam di Malaysia dan di Amerika Syarikat.

Ditanya mengenai keputusan Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA) menarik
balik undangannya terhadap Perdana Menteri, Aly Abuzaakouk pula berkata:
"Kami bukan ISNA dan kami bukan bercakap bagi pihak ISNA. Sebaliknya kami
bercakap bagi pihak seluruh umat Islam Amerika. 

"Walaupun kami tidak mahu sentuh tentang tindakan ISNA itu, tetapi
kedatangan kami untuk menemui Dr. Mahathir hari ini jelas mencerminkan
pendirian kami. Sebagai sebuah pertubuhan politik Islam di Amerika kami
merasakan amat perlu kami membina hubungan rapat dengan Dr. Mahathir dan
dengan seluruh rakyat Malaysia." 

Dr. Yahya pula menambah: "Sebagai sebuah pertubuhan aktivis politik, kami
memandang tinggi terhadap Dr. Mahathir, terutama sekali di atas wawasan
beliau dalam mencorakkan masa depan untuk rakyat Malaysia dan ketabahan
beliau berhadapan dengan pihak Barat. Kami sangat-sangat menghormatinya." 

"Malah, kami telah menerbit dan mencetak Wawasan 2020 yang dicipta oleh Dr.
Mahathir itu dan mengedarkannya kepada masyarakat Islam di negara ini,"
tambahnya. 

Menurut beliau, Dr. Mahathir memahami pendirian dan komitmen politik mereka
dan beliau bersetuju supaya AMC membina hubungan yang lebih rapat dengan
Malaysia.

Mahmood Thahab pula berkata, beliau bukan anggota ISNA, tetapi beliau
merasakan apa yang dilakukan oleh ISNA itu tidak profesional, tidak dapat
diterima dan amat memalukan.

"Dr. Mahathir ialah seorang pemimpin dunia. Beliau adalah seorang tokoh yang
kita semua sepatutnya berbangga dan bermegah di atas apa yang beliau telah
lakukan untuk Malaysia dan untuk dunia Islam seluruhnya," kata beliau. 

"Apa yang dilakukan oleh ISNA, atas apa alasan sekalipun, adalah salah dan
tidak dapat diterima. Kita tidak buat seperti itu kepada seorang pemimpin
seperti Dr. Mahathir," tambahnya. 

Pagi esok, Dr. Mahathir dijadualkan menerima kunjungan Ketua Pegawai
Eksekutif dan Presiden Amica Technologies, Mohamad Minhaj Khokhar di samping
15 orang lagi tokoh terkemuka Islam di Amerika yang dijadualkan menemui
beliau secara berasingan melalui atur cara One-on-One Session yang akan
berlangsung di hotel penginapannya di sini. - Utusan

Daripada: SIRAJUDDIN RAFIA

© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke